Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Sejarah Keturunan Syed Abdul Aziz Al-Yahya

May 22, 2020 by Blog, Nuha Parenting No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

NAMA PENUH : SYED ABDUL AZIZ BIN SYED HAMZAH AL-YAHYA @ BEN YAHYA

# Tok Abah asal dari keturunan Arab Hadralmaut,Yaman.

KISAH BAGAIMANA KELUARGA BELIAU BERGERAK DARI YAMAN KE TANAH MELAYU

Secara sinopsisnya, Yasin pertama dilahirkan di Palembang, kemudian dihantar menuntut ilmu di Yaman. Atas sebab tertentu beliau keluar dari Yaman dan ke Terengganu

Generasi ke-dua ialah Yasin b Jaafar yang berhijrah ke Indonesia (Jambi).

Generasi ke-enam selepas itu kembali ke Tanah Melayu. Cerita langsung dengar dari Tok Mah bt Syed Idrus

(Ami Ali yang tinggal di Puchong) yang menyambut Syed Hamzah di Sungai Muar sebelah Istana Muar.

# Belayar ke Sumatera,Indonesia sebagai pedagang & pendakwah yang sebarkan Agama Islam di nusantara ini.

# Tok Abah dilahirkan di Bengkalis, ada lima adik beradik. Kemudian keluarganya berpindah ke Selat Panjang, membesar disana waktu kanak-kanak.

# Kemudian, Tok Abah ikut arwah Tok Hamzah & Tok Aminah (ibubapa Tok Abah) berpindah ke Muar,Johor. Jadi, di Muar, Johor kita ada saudara. Tok Hamzah kerja dengan Majlis Perbandaran Muar.

#Masa tu mereka naik sampan kecil saja. Macam kita dari Dumai ke Pulau Rupat. Masa tu jarak Bengkalis dengan Tanah Melayu agak dekat sedikit, turun di pelabuhan Batu Pahat, lepas itu baru gerak ke Muar, Johor sebab sebelum tu, tok Hamzah dah berhijrah dulu ke Muar.

#Selepas beberapa lama barulah dia pulang ke Selat Panjang untuk membawa semua keluarganya berhijrah ke Muar, Johor ( isteri dan anak-anak).

#arwah Tok Minah iaitu ibu kepada Tok Abah pula adalah kaitan dengan kerabat Sultan Riau.

#Masa sampai di Sungai Muar,Tok Minah mengendong seorang budak kecil yang pasti bukan Ami Wi sebab Ami Wi (tetap di Bengkalis) dan menjadi cucu kesayangan Tengku Dara sampai satu keadaan ekonomi Tok Hamzah agak okay sikit baru diambil Ami Wi. Sebab tu Ami Wi lebih dikenali sebagai Tengku Baharom dari nama sendiri.

# Masa ini, ramai raja dibunuh dan disingkirkan dari takhta, sekitar Kepulauan Sumatera. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1940-an.

# Zaman remaja dan dewasa Tok Abah adalah di Muar, Johor. Semasa di Muar, Johor, masa ini, lahir 2 orang anak Tok Abah iaitu Syed Hamzah dan Sharifah Mardhiah.

Manakala semasa di Bakar Batu, lahir dua orang anak iaitu Sharifah Sukhaila dan Sharifah Norizah.

Sharifah Najibah pula lahir di Bp Muar, Johor.

Syed Nazarudin lahir di Kamunting, Taiping.

Sharifah Saidah pula dilahirkan di Kampung Batu atau dikenali sebagai Butterworth, RAAF Butterworth. Pada masa ini, Tok Abah saya bekerja sebagai HA di Hospital Butterworth.

Manakala, anak bongsunya pula ialah Sharifah Sofiah yang dilahirkan di British Military Maternity Hospital, Georgetown yang sekarang jadi tapak Universiti Sains Malaysia (USM). Hospital ini adalah milik tentera British iaitu Royal Australian Air Force (RAAF).

# Awalnya Tok Hamzah bekerja sebagai menyapu kawasan@ kerja bersih kawasan. Tok Mah yang ceritakan hal ini asalnya.

#Tok Mah ialah kakak kepada Syed Ali @ Ami Ali yang tinggal di Puchong. Tok Mah & Syed Ali ini satu bapa, tapi lain ibu. Jadi, tok Mah @ Shfatimah @ ibumah ini adalah sepupu kepada tok Minah @ sh Aminah @ mak kepada Tok Abah.

# Kalau Tok Abah masa remaja, masa tu pakai seluar pendek besar bertampal. Baju singlet koyak dan ambil kerja cuci pingan di gerai sebab nak jaga adik-adik sampaikan adik-adik panggil Tok Abah, abah la.

#Ini cerita langsung dari Tok Abah. Masa tu Tok Abah tengah tengok cerita penarik beca. Masa Tok bah menangis depan tv, yang ada hanya 3 orang sahaja iaitu Amidin,Mak dan Tok Abah.

#Masa Tok Abah remaja itulah, tok hamzah meninggal, rasanya sebab muntah darah.

# Sharifah Mardhiah, anak kedua pula meninggal semasa bayi sebab demam panas. Jadi adik-beradik yang asalnya 8 orang, tinggal 7 orang saja.

Saya depan sekali yang memakai baju kurung merah.

# Nama penuh beliau iaitu Tok Abah ialah Syed Abdul Aziz bin Syed Hamzah Al-Yahya @ Ben Yahya

#Di Bengkalis, Tok Abah dikenali sebagai Tengku Harun Shah @ Syed Abdul Aziz.

# Kerjayanya pula sebagai ‘ British Army’ di Tanah Melayu.
# Selepas bersara, Tok Abah sambung kerja sebagai jururawat lelaki @ HA di RAAF Hospital, Butterworth, Pulau Pinang.
# ada Gurkha kat hospital itu dan Tok Abah bersara pada umur 55 tahun.

 Sejarah kehadiran Gurkha di Malaysia

Laporan khas Rakyat Nepal atau “Gurkha” mula hadir dalam sejarah negara ini sejak 57 tahun lalu. Mereka mula menjejakkan kaki di Semenanjung (ketika itu dipanggil Malaya) pada tahun 1948. Warga Nepal dibawa ke Malaya oleh British sebagai sebahagian daripada bala tenteranya.

Askar British keturunan Nepal ini ditempatkan dalam unit khas yang dikenali sebagai Briged Gurkha’. Briged Gurkha ditubuhkan di India pada tahun 1948 dan dihantar ke Malaya untuk menangani darurat.

Askar-askar Gurkha ini, walaupun bertubuh kecil tetapi sasa, memiliki sifat berani, berdisiplin, handal berperang dan kesetiaan yang tinggi. Bersama dengan askar tempatan, unit Gurkha berkhidmat di hutan memerangi komunis.

Keberanian dan kehandalan askar Gurkha tidak akan dilupakan oleh generasi selepas Perang Dunia Kedua. Namun generasi muda sekarang, hanya mengenali warga Nepal sebagai pengawal keselamatan yang berkawal di kompleks membeli belah, bangunan komersil dan pejabat-pejabat swasta di Lembah Klang. 

Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/41774

Itulah sebabnya kita hidup berpindah randah, asalnya di Singapore, kemudian ke Kamunting, Taiping dan seterusnya di RAAF Telok Air Tawar, Pulau Pinang sehinggalah akhirnya Tok Abah bersara di Telok Air Tawar.

# Jadi, kita semua duduk di Bagan Tambang, Telok Air Tawar.

#Sebab tu tok abah bukan warga negara, kena mohon warganegara pula di Tanah Melayu.

# Tok Abah lahir bulan 4, tapi masa tok abah mohon kerja belum cukup umur 18 tahun. Jadi, beliau ubah sendiri yang lahir pada tahun sebelumnya pada bulan 10. So dapatlah kerja ‘British Army’ tu.

Tok Umi@ Sh Hatijah bt Syed Abbas al-Ba’aqil :
# Lahir di Bakar batu, Johor Bahru.
#SyedAbbas bin Ali Al-Ba’aqil, seorang pedagang batu permata yang bawa beg jinsbond tu, pakai tarbus tinggi warna merah. Juga seorang pendakwah yang menyebarkan Islam.

Tarbus yang dipakai oleh Tok Abas.

Beliau cakap melayu pun masih “pelat-pelat @ slang Arab” yang macam dalam filem P. Ramlee.
# Tetapi waktu umur Tok umi usia 2 tahun & Ayah Chu, Syed Abdul Rahman usia 1 tahun, tok Abbas meninggal.
# Jadilah Tok Umi sebagai anak yatim.
# TokPetum@wanPetum ( mak tok umi) kerja menjahit baju kurung melayu @ selimbat@ jahit tangan dan jadi tukang jahit diraja Johor. Masa itu akan hantar baju kurung kerabat Johor untuk tok petum jahit selembat, leher dan badan.


# Sebab itu tok umi pandai betul buat baju kurung johor, tak perlu ukuran pun, hanya pakai ukuran badan.
# Umi tau sikit-sikit cara menjahitnya, sebab dulu minat juga menjahit.

# Cincin batu delima merah, satu-satunya tinggalan arwah Syed Abbas berniaga kepada Tok Umi.

KISAH PERKAHWINAN SYED ABDUL AZIZ DAN SHARIFAH TIJAH

Hubungan akrab keluarga Arab Sheikh dan Syed dari Jambi ke Bengkalis Ke Selat Panjang ke Batu Pahat tak terpisah. Mereka sama-sama berhijrah, disebabkan takut hubungan ini terpisah sebab tu dinikahkan dan janji mulut dari kecil-kecil lagi.

Asalnya dari Wan Safiah iaitu isteri kepada Syed Hamzah di Pekan Baru, yang juga sepupu kepada Wan Petom. Kedua-duanya iaitu Wan Petom dan Wan Safiah adalah anak saudara kepada Wan Debah.

KISAH PERKAHWINAN SYED ABDUL AZIZ DAN HAJJAH KALSOM BINTI YAACOB

Semasa bekerja sebagai askar, tok abah menyewa bersama abang Maktok @ Kalsom bt Yaacob @ Maksom.

Abangnya bergurau dengan berkata “kau kahwinlah dengan adik aku”.

Sambil bergurau juga Tok Abah mengiakan. Akhirnya, terjadilah perkahwinan tu. Sudah jodoh.

Zaman dulu, ada perjanjian mulut yang Tok Umi akan dikahwinkan dengan Tok Abah tak menjadi sebab Tok Abah dan Tok Umi ada pertalian darah.

Jadi, mak sedara tok abah usahakan juga untuk tok abah kahwin juga dengan tok umi selepas 5 tahun maktok kahwin tak dapat anak.
# Alhamdulillah, bila kahwin saja dengan Tok Umi, dua-dua mengandung.
– kaklong 1956
– abgAgil@amiAgil 4/1957
– amichak 12/1957

#kalau tak silap umur Maktok kahwin dengan Tok Abah ialah 13 tahun. Umur tok abah pula 19 tahun @ 20 tahun.
Jadi, masa umur 18 tahun baru maktok melahirkan kaklong@umilong.
# mak@tokumi pula kahwin dengan tok abah masa umur 24 tahun dan masa itu tok abah dah berumur 25 tahun.

Masa ini umur perempuan, orang dah kata anak dara tua, sebab zaman itu perempuan kahwin umur biasanya 12,13,14 tahun.
Lelaki rasanya kahwin pada umur 18, 19 tahun

Bila kahwin saja dengan tok umi, maktok pun mengandung.

Sebenarnya, masa Tok Umi kahwin dengan Tok Abah. Tok Umi pun tak tahu Tok Abah ini suami orang. Sebab semuanya orang tua-tua susunkan. Pernah Tok Umi bagitau saya, patutlah takda orang tangkap gambar Tok Umi masa kahwin. Rupanya sebab suami orang.

Hal ini pernah Tok Umi ceritakan pada saya masa saya masih kecil lagi, dalam kereta masa tu. Sebab saya tanya “macam mana Tok Abah boleh kahwin dua?”

Tok Abah dulu masa muda-muda hensem, tinggi, badan gagah perkasa, muka macam Jins Shamsudin dan masa muda, ada kerjaya British Army pula.

Kakak Maktok ada seorang kita panggil Bung Haji, macam bomoh jugalah dia, masa balik kampung, kami tidur ramai-ramai di rumah sedara maktok, kami kecil-kecil tak sekolah lagi, kak long suruh bung haji menurun masa tu tok abah ada dalam rumah juga.
Lawaknya, Bung Haji kata, “tak beranilah, azid kuat zikir”. Lepas tu tak taulah, sebab rasanya macam tak pergi dah ramai-ramai berkumpul ke rumah tu, jadi tak ingat rumah siapa pula.
Sebab kita pun dah semakin ramai, tokbah,tokumi dan maktok pun tengah berjuang membesarkan kita tambahan pula kita dok nun jauh di Penang iaitu Telok Air Tawar.

Masa ini rasanya tok abah dah mula rajin berzikir kuat La ila haillallah.

Abah lahir – 21.4.1931
Mak – 6.6.1932
Maksom – 5.11.1938

Rasanya tahun 1964, selepas Amidin lahir di Kemunting, atau awal tahun 1965. Sebab umisaid lahir 30/12/1965 kita dah duduk di Bagan Tambang, Telok Air Tawar

Sebelum itu kita sewa rumah kampung depan SKTAT, tak jauh dari Tok Kong Cina, kat situ ada Cina bela b*b*.

Masa mak lahirkan Enda di Hospital Tentera Penang@ sekarang USM, tok abah hantar kita semua ke rumah maktok di Permatang Kuching.
Umiela teringat lagi yang maktok potong rambut umiela. kita masa tu semua baik-baik , tak ookk tak ekkk pun dan kita pun tak tau tu mak tiri kita😍

Tokbah pernah cakap, masa Umiela dah besar. Masa tokbah kahwin dengan tok umi, maktok memang marah tapi tokbah kata jangan marah, yang salah tok abah, budak-budak pun tak salah, jangan marah budak-budak.

Oleh sebab itu umiela tak pernah rasa yang maktok marah ke kita bila umiela fikir balik.

 

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.