Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

3 Alat Untuk Selesaikan Masalah Puting Tenggelam

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Kali ini, saya ingin berkongsi penyelesaian untuk ibu yang mengalami masalah puting tenggelam.

Soalan ibu

Saya mengalami masalah puting tenggelam. Bolehkah saya berjaya menyusukan anak? Jika ya, bagaimana caranya?

Sebelum tu, tahukah anda.

3 Masalah Yang Dialami 99% Ibu Yang Ada Masalah Puting Tenggelam

Disini saya kongsikan antara masalah ibu puting tenggelam ialah

1. Puting rata, pendek, leper atau mungkin tenggelam (orang panggil puting buta) dan akibatnya susah anak nak menyusu.

2. Stress dan sedih sangat sebab tak dapat menyusukan anak langsung, kerana susu sikit dan kurang sebab bayi tak hisap.

3. Bayi tak pandai hisap untuk menyusu sebab cari puting tak jumpa..anda pula terpaksa pam 3 jam sekali tapi tu pun tak cukup.

Dan at last..

images

Bayi anda mengamuk dan menangis teramat sangat sebab lapar dan terpaksa minum susu formula.

Susu pula sikit, dan bayi pula dah biasa puting botol jadi dah tak nak hisap susu badan.

Jadi, Apa Penyelesaian Kepada Masalah Ini?

Bagi ibu yang mengalami masalah puting tenggelam, anda boleh berjaya menyusukan juga bayi anda walaupun tiada puting!

Cuma, anda memerlukan ilmu penyusuan yang betul untuk menjayakan penyusuan.

Antara caranya ialah anda boleh menggunakan beberapa alatan di bawah yang saya akan kongsikan, untuk membantu anda supaya berjaya menyusukan bayi!

3 Alat Sokongan Keluarkan Puting

Alatan juga boleh membantu mengeluarkan puting supaya ibu lebih mudah menyusu.

Jom, kita tengok apakah alatan yang boleh digunakan?

#1 NIPPLE SHIELD

contact2

Nipple shield ialah sejenis plastik nipis yang perlu dilekap di payudara. Disini saya hanya menyarankan Medela Nipple Shield kerana keberkesanannya dan kualiti plastiknya yang lembut.

Juga, anda perlu tahu dan pandai cara memakainya. Ini kerana, ramai ibu tersilap cara pakainya menyebabkan ianya tidak berkesan, dan mereka gagal menyusukan.

Ianya ada cara pemakaian dan cara penggunaannya yang unik, saya kongsikan di bawah video tutorial pemakaian Nipple Shield.

Selepas digunakan setiap kali menyusu, anda hanya perlu membilas dengan air suam sahaja.

Lama-kelamaan, puting ibu akan timbul dan ibu tidak perlu lagi menggunakan alatan ini.

VIDEO TUTORIAL MEDELA NIPPLE SHIELD

#2 PICAGARI YANG DIUBAH SUAI

productimage-picture-syringe-544

 

Ya, dengan menggunakan picagari sahaja. Cuma perlulah diubah suai sedikit.

Bagaimana pengubahsuaiannya? Disini saya kongsikan imej cara menjadikan picagari ini boleh digunakan ibu inverted nipple. Ada 3 langkah sahaja.

syringe-nipple-puller

Jika anda masih tidak memahami caranya berdasarkan poster di atas, saya kongsikan di sini juga video cara mengubah suai daripada Dr Amrita Desai, Consultant Penyusuan Antarabangsa.

3# NIPPLE SUPPLE

SuppleCups-ProductBox

Alat ini dicadangkan sendiri oleh Dr Hairin Anisa Tajudin, Pakar Kanak-kanak Adda, Pakar Paediatrik dan juga Consultant Penyusuan Antarabangsa.

Sepertimana mesej beliau kepada saya apabila kami berbincang tentang isu ini

Aisyah, cuba cari satu gambar lagi sebagai tambahan iaitu penggunaan nipple supple which I always use it to help inverted mother.
Nipple supple ni lebih lembut suctionnya berbanding picagari yang diubahsuai dan boleh digunakan even masa baby tak menyusu just untuk betulkan sikit inverted nipple, sebelum bayi menyusu.

Beliau sendiri akan menyarankan pesakit di kliniknya yang bermasalah inverted nipple menggunakan alat ini.

Ianya sangat lembut dan lebih mudah digunakan. Malah, lama-kelamaan puting ibu akan timbul dan keluar hingga akhirnya ibu tidak perlu bergantung lagi kepada alatan ini.

Apa Risiko Guna Alatan Ini Jika Ibu Tiada Asas Ilmu Penyusuan?

Berdasarkan pengalaman dan kepakaran kami yang telah berhubung dengan ratusan ibu yang mempunyai masalah ini.

Alatan seperti pam susu, picagari dan nipple shield, ianya berisiko untuk tidak berkesan JIKA IBU TIADA ASAS ILMU PENYUSUAN YANG KUKUH.

4

Kenapa kami kata begini?

Ini diantara komen ibu yang kami dapat selama kami berurusan dengan ratusan ibu yang bermasalah puting tenggelam.

” Saya pernah cuba keluarkan puting guna pam susu dan picagari tapi puting timbul tak lama “

” Saya dah pernah buat semua tu (tarik puting guna picagari, nipple shield, pam susu dan alat sedut puting), puting akan timbul sekejap sahaja, lepas tu puting balik pada asal. Leper je. “

” Saya ada try dengan cara pam susu dulu, dan kesan dia sekejap saja. Lepas tu dia tenggelam balik. Nurse pernah bagitau saya supaya urut puting susu time mandi. Saya dah cuba dan tak berjaya. Baby tak dapat hisap puting susu saya. ”

12721633_1063604606993594_135350909_n

” Saya dah cuba macam-macam cara tapi puting memang keluar tak lama, menggunakan picagari ”

12788085_1063604653660256_1079153801_n

” Saya ada pakai nipple shield, last-last memang anak tak boleh suck jugak. Saya pam je la susu. Sampai 4 bulan ke 5 bulan. Lepas tu bagi formula sebab terlalu penat. Now dah pregnant anak kedua. Harap takde masalah ni lagi ”

12527753_1063604670326921_787158692_n

” Beli puting palsu, jadi jadi tapi sapa luko pulak ”

12721605_1063604663660255_247189126_n

” Dulu masa anak first, sryinge. Hari-hari dok sedut-sedut puting tak mau keluar. Sakit sangat rase lagi ade. Masa anak first, luka berdarah-darah kat puting. Jadi bila sakit, saya lepas anak, ladi lapar. Last-last susu botol saya bagi “.

12499416_1063604696993585_812740356_o

Adakah Penggunaan Alatan Ini Satu Kerugian?

Tidak sama sekali.

Perkongsian ini bukan mahu memburukkan atau menakutkan mana-mana ibu yang mahu mendapatkan alat sokongan puting ini.

Ianya adalah satu pendedahan supaya anda akan lebih bersedia dengan ilmu penyusuan dan teknik yang betul jika mahu berjaya menyusu anak anda nanti.

Ramai ibu terlalu asyik mahu membeli peralatan seperti pam susu dan lain lagi, sehingga terlepas pandang kepentingan ilmu penyusuan. Sedangkan, kejayaan penyusuan amatlah bergantung kepada ilmu dan sokongan.

Bukan semata-mata alat menyusu sahaja.

 

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

P/S :  Ebook ini hanya sesuai untuk ibu yang sedang mengandung, mahu membuat persediaan menyusu anak yang bakal lahir dan juga ibu yang masih menyusu badan campur susu formula, dan bayi lebih sukakan botol daripada puting anda.

Supaya anda berjaya menjadi ibu yang sepenuhnya menyusu bayi dengan susu ibu sepenuhnya secara terus, tanpa bergantung kepada susu formula.

Jika itu impian anda, maka dapatkan segera ebook ini sebelum ia naik harga.

Ia tidak sesuai buat ibu yang telah sepenuhnya berhenti menyusu dan anak sepenuhnya minum susu formula.

 

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat

Latest posts by Aisyah Samat (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.