Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

3 Cara Efektif Mengepam Supaya Susu Badan Anda Sentiasa Banyak

June 6, 2016 by Blog, Breast Clinic, Penyusuan No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara persoalan yang pernah ditanya ibu kepada saya ialah,

Bila kita pam susu sampai 15-25 minit, mesti ke kita pam 25 minit juga walaupun susu kita sudah berhenti keluar selepas 10 minit?

Soalan ini sangat bagus. Pertama sekali, apa yang anda perlu faham ialah

1) Kenapa kita perlu pam susu dan kosongkan breast setiap kali sesi penyusuan?

2) Kenapa kita perlu pam juga susu lebih kurang 25 minit setiap sesi walaupun ketika pam, tiada susu yang keluar?

3) Kenapa kita perlu ada jadual pam susu dan pam ikut jadual?

Kalau kita tidak buat 3 perkara ini, adakah susu kita akan lama-lama berkurang?

Jawapan saya untuk 3 soalan di atas ialah,

Ya. Susu anda akan berkurang jika anda tidak buat perkara di atas.

Mari saya huraikan kenapa supaya anda lebih faham.

1# KENAPA PERLU PAM JUGA SUSU DAN PASTIKAN BREAST DIKOSONGKAN SETIAP KALI SESI MENYUSU?

Konsep penghasilan susu ialah mengikut konsep supply and demand. Dimana apabila susu dikeluarkan, barulah susu baru akan terhasil. Jadi, amat penting bagi ibu jika selepas menyusu atau pam susu memastikan breast anda betul-betul kosong.

Anda boleh ke link ini untuk memahami Konsep Supply Dan Demand >>

supply demands

Okay, disini persoalannya.

BAGAIMANA CARA YANG EFEKTIF MEMASTIKAN BREAST ANDA BETUL-BETUL KOSONG?

Dalam hierarki penyusuan, cara yang paling efektif mengikut hierarki untuk memastikan breast benar-benar kosong ialah

1) Hisapan bayi ketika menyusu

2) Perahan menggunakan tangan (Teknik Marmet)

3) Pam susu yang terbaik iaitu mempunyai 2 mode (stimulate dan express)

Sekiranya selepas bayi menyusu, anda boleh mengosongkan breast anda menggunakan tangan.

Atau sekiranya anda pam susu, selepas pam pastikan anda perah lagi breast anda menggunakan tangan supaya susu anda benar-benar keluar sepenuhnya.

TANDA BREAST ANDA BETUL-BETUL KOSONG.

Antara tanda breast anda betul-betul kosong ialah, apabila anda picit sekitar aroela susu yang keluar meleleh di tepi-tepi breast. Sekiranya anda picit dan kemudian susu masih memancut, itu tandanya breast anda masih belum betul-betul kosong.

Selain itu, breast anda juga terasa lembik dan ringan tanpa sebarang ketulan. Jika begitu keadaannya, maka ianya okay.

2# KENAPA KITA PERLU PAM JUGA SUSU SELAMA 25 MINIT (1 SESI PAM) WALAUPUN KETIKA PAM TIADA SUSU YANG KELUAR?

Untuk menjawab persoalan ini, pertamanya anda perlu faham bilakah situasi yang memerlukan ibu untuk pam susu.

Antara situasi yang memerlukan ibu perlu pam susu ialah

1) Apabila ibu meninggalkan bayi untuk keluar bekerja

2) Apabila ibu perlu buat stok susu untuk persediaan bayi ketika bekerja tidak lama lagi.

Sekiranya, ketika anda di rumah dan bayi terlalu kerap menyusu kerana bersama anda. Biarkan sahaja bayi menghisap susu dan jangan terlalu utamakan mengepam lebih daripada keperluan bayi. Anda perlu utamakan bayi dahulu supaya kenyang menyusu dan barulah pam (jika mahu mengepam).

Andai cuti bersalin atau cuti masih banyak serta tiada keperluan mengepam, utamakan dahulu kehendak menyusu bayi anda.

Okay, sesi mengepam yang terbaik biasanya 20-25 minit untuk setiap sesi. Jika selepas anda pam 10 minit dan susu tidak keluar, kenapa anda perlu teruskan pam?

TEKNIK PAM YANG EFEKTIF DAN TERBAIK

Teknik pam yang betul sebenarnya bergantung kepada pam susu yang anda gunakan. Anda perlu faham breast adalah sangat lembut tisu disekelilingnya dan susu pula adalah sel hidup yang mana susu ibu juga mempunyai “mood”nya yang tersendiri untuk keluar.

Biasanya, susu ibu ini ada 2 “perangai” iaitu

1) laju hendak keluar

2)”malu-malu” hendak keluar

Disinilah peranan pam susu beserta mode sangat penting. Mode dan level di pam susu itu fungsinya seperti “gear” kereta yang mana, ibu perlu pandai main “gear” pam susu ketika mengepam.

Biasanya mode pam yang disediakan ialah mode Stimulate dan Express.

UNTUK IBU YANG GUNA DOUBLE BREASTPUMP.

Bagi ibu yang gunakan double breastpump, lihat aliran susu ketika pam. Jika aliran susu laju, guna mode express. Jika aliran susu mula slow, guna mode massage.

MODE STIMULATE

Mode Stimulate digunakan ketika kita lihat susu sudah tidak keluar atau “malu-malu” nak keluar. Stimulate bermaksud rangsangan dimana ianya lebih kepada urutan kepada puting dan payudara. Apabila diurut, barulah urat susu akan lebih relax dan lancar. Pendek kata, rangsangan ini ibarat kita membelai breast supaya lebih relaks.

MODE EXPRESS

Mode Express ialah keadaan dimana ketika kita lihat susu keluar, gunakan mode express iaitu mode ini untuk memerah susu dan keluarkan susu. Biasanya sedutannya lebih kuat.

UNTUK IBU YANG GUNA SINGLE BREASTPUMP

Soalan ibu, “Kalau saya guna single pam, macam mana cara yang betul nak guna pam. Selang seli pam setiap 5 atau 10 minit ke? Untuk pam kedua belah?

Jawapan :

Kalau single pam, puan tak perlu bergantung pada masa pam macam 5 minit sebelah @ 10 minit sebelah. Tapi, bergantung pada aliran susu yang keluar tu.

Puan kena faham dulu cara aliran susu kat breast ketika keluar ialah :

Laju – slow @ tak keluar – laju balik – slow @ tak keluar (aliran susu macam tu)

Jadi, katalah puan pam belah kanan, susu laju keluar. Bila aliran susu dah perlahan, baru puan tukar ke breast kiri, puan akan tengok susu laju dan nanti lama-lama akan slow balik.

Bila susu dah slow, puan ada 2 pilihan iaitu sama ada nak tukar ke mode massage atau tukar balik ke breast kanan.

Jadi, tak perlu bergantung pada minit dan masa sebab susu tak keluar ikut masa yang tetap tapi ikut fasa aliran macam di atas dan ikut mood ibu. Jadi, observe dan perhatikan aliran susu tu untuk puan tukar breast, selang seli bergantung pada aliran susu.

Sesi pam bergantung pada puan antara masa 10 minit – 25 minit.

Yang penting bukan masa pam lama untuk banyakkan susu tapi konsisten masa dan tempoh yang sama untuk esok dan hari seterusnya.

KENAPA PERLU GUNAKAN 2 MODE INI?

Anda perlu faham bila perlu gunakan mode express dan stimulate ini kerana ia membantu banyakkan susu anda serta mengelakkan puting susu luka.

Breast ialah makhluk yang sama seperti kita seorang wanita. Bayangkan jika setiap kali pam, kita asyik gunakan mode express iaitu sentiasa perah, perah dan perah walaupun susu ketika itu seperti tidak keluar. Ia akan menimbulkan stress dan tekanan kepada breast itu sendiri.

Kesannya yang anda boleh lihat, selain daripada susu tidak banyak. Puting susu dan tisu sekitarnya juga mudah luka. Sama seperti kita, adalah kita suka untuk dipaksa dan di”push” setiap hari? Tentunya tidak.

Jadi, fahami breast anda dan gunalah mode tersebut secara bertukar-tukar mengikut keadaan susu anda sama ada sedang keluar atau tidak keluar. Sesi pam 25 minit sudah mencukupi untuk setiap kali sesi.

3# KENAPA KITA PERLU ADA JADUAL PAM SUSU DAN PAM IKUT JADUAL

Selain daripada konsep supply dan demand, kita perlu pam ikut jadual kerana ia merangsang hormon untuk membanyakkan susu.

Antara hormon yang terlibat untuk banyakkan susu ialah hormon prolaktin dan oksitosin. Bagaimana kita mahu tingkatkan hormon prolaktin?

Hormon ini akan meningkat hanya jika kita pam susu pada masa yang sama. Jadi, otak akan setkan masa tersebut dimana hormon akan banyak pada masa tertentu mengikut kebiasaan masa mengepam si ibu.

Jadi, anda hanya perlu mengikut jadual pam anda. Tiada masalah jika anda terlewat dalam 30 minit dari jadual pam, asalkan anda masih pam juga.

Fahami tentang hormon prolaktin di post ini juga.

supply demands

Semoga bermanfaat!

 

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat

Latest posts by Aisyah Samat (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Set Berpantang Lengkap

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

(KLIK PADA GAMBAR)

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.