Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

3 Fakta Penting Tentang Demam Kuning

September 16, 2015 by Blog, Newborn, Penyusuan No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Kali ini saya ingin berkongsi tentang demam kuning atau bahasa perubatan dipanggil “jaundis”. Apa yang ibu bapa perlu tahu?

Buat ibu bapa yang baru, anak lahir-lahir je terus akan di”diagnos”oleh doktor untuk lihat sama ada kena demam kuning ataupun tidak.

Ianya sangat “menakutkan” dan merisaukan anda sebagai ibu dan bapa kan?

Ini kerana, kita akan mula fikir ada sesuatu yang buruk bakal berlaku bila bayi kita terkena demam kuning, dan juga kerana kurangnya info dan maklumat yang kita tahu berkaitan hal ini.

Disebabkan demam kuning ialah situasi yang biasa berlaku, sesetengah pakar perubatan tidak sempat nak terangkan detail apa dia demam kuning ni kerana hari-hari diorang sangat sibuk dengan urusan di hospital setiap hari.

Tetapi, bila bayi yang terkena demam kuning tu ialah bayi kita, permata hati kita. Kita perlulah cari dan dapatkan info yang sepatutnya, supaya kita tak la cuak dan kelam kabut sangat!

Jadi, kali ini saya ingin kongsikan apa yang saya belajar daripada Anne Smith, IBCLC setelah saya membaca artikel beliau bertajuk Jaundice In The Breastfeed Baby di blognya Breastfeeding Basics.

Anne Smith ialah salah seorang Konsultant Penyusuan di US, International Board Certified Lactation Consultant (IBCLC). Berpengalaman lebih 35 tahun di dalam Kaunseling Penyusuan.

=====

APA YANG DIBERITAHU OLEH ANNE SMITH TENTANG DEMAM KUNING BAYI?

=====

Melalui artikelnya, Anne Smith menerangkan bahawa demam kuning bukanlah sesuatu yang merbahaya namun…

#1 DEMAM KUNING ADALAH NORMAL

Memetik kata-kata Anne Smith, Konsultant Penyusuan (IBCLC) di blognya Breastfeeding Basic menyatakan

Nearly all infants are jaundiced to some degree. In the vast majority of cases, newborn jaundice is a normal process, which many researchers feel may even serve protective functions, such as guarding the infant from the effects of oxygen free radicals.

yang mana maksudnya, semua bayi pasti ada kuning dan ia adalah proses yang normal. Malah ramai pengkaji mengatakan demam kuning adalah satu proses detoxifikasi dan anti-oksidan untuk melindungi bayi itu sendiri.

Ia menunjukkan, sesuatu yang berlaku pada majoriti bayi, sebenarnya ianya adalah salah satu perkara semulajadi yang perlu dilalui oleh bayi.

#2 DEMAM KUNING BUKAN PENYAKIT TETAPI PROSES DETOKS

Malah, memetik pula kata-kata Pn Norashida Abdul Rahman, Konsultant Penyusuan di Malaysia (IBCLC)  di dalam kelas penyusuannya mengatakan

Normal untuk 90% bayi Asia kena demam kuning. Ianya bukan penyakit tetapi keadaan di mana badan bayi mahu “flush”kan segala kotoran sejak di alam rahim lagi.

Sebenarnya, waktu bayi di alam rahim. Bayi perlukan sel darah merah yang sangat tinggi!! Untuk dapatkan oksigen daripada ibu. Sel darah merah yang angkut oksigen dari darah ibu kepada bayi (melalui uri) dipanggil “fetal hemoglobin”.

download

Selepas bersalin, bayi mula menyedut oksigen luar, bukan lagi dari rahim ibu..

Jadinya, bayi sudah tidak lagi memerlukan sel darah merah berlebihan yang dipanggil “fetal hemoglobin” ini.

Sel darah merah berlebihan ini akan pecah dan perlu dikeluarkan dari dalam badan bayi. Sel ini pecah menjadi bilirubin dalam darah..kemudian pergi ke hati dan dikeluarkan melalui najis!

Anda masih ingat lagi kenangan check anak kena kuning? Doktor ada cakap kan, kalau bilirubin tinggi, maknanya itulah paras kuning anak pun tinggi.

Bilirubin ini perlu dikeluarkan, kalau tak ia akan serap balik dalam badan.

#3 DEMAM KUNING IALAH PROSES MEMATANGKAN HATI BAYI

Cumanya..

hati bayi pada masa ini biasanya belum matang lagi.

Jadi hati tak boleh nak proses dan keluarkan bilirubin tu secepat mungkin pada 1-3 hari pertama bayi lahir. Sebab tulah punca demam kuning terjadi.

Dan, demam kuning sangatlah normal berlaku pada bayi yang lahir terutama pada bayi yang tidak cukup bulan.

Ade paham?

Sebenarnya, hati bayi juga lama-kelamaan akan matang, melalui proses ini. Bila hati memproseskan bilirubin dan ia dikeluarkan melalui najis, hati akan mula “bekerja” dan lala-lama ia akan matang. Macam pekerja baru yang mula kerja, lama-lama baru pandai kan. Hati yang belum matang pada ketika ini umpama enjin kereta yang masih baru lagi. Baru nak beroperasi.

Biarkan saja hati bayi matang melalui proses semulajadi ini.

Saya sangatlah berharap anda yang baca ni, boleh faham penerangan saya tentang bagaimana demam kuning terjadi?

Dan sedikit sebanyak mengurangkan kerisaukan ibu bapa yang risau anaknya kena demam kuning.

KENAPA SEMUA ORANG RISAU ANAK KENA DEMAM KUNING?

Ops, persoalan timbul lagi.

Kalau demam kuning ni ialah keadaan normal dan biasa, kenapa semua orang risau dan ambil berat ye?

Hal ini kerana, ada sesetengah kes terpencil yang mana aras bilirubin naik tinggi hingga ke paras bahaya, dan boleh menyebabkan kerosakan otak.

Bertahun-tahun dulu, sebelum kita ada perubatan dan peralatan hospital yang moden dan canggih. Sesetengah bayi yang tinggi aras kuningnya menderita penyakit yang dipanggil bilirubin encephalopathy, atau kernicterus.

Jaundice-In-Newborns

Kes ini sudah jarang berlaku, dan selalunya berlaku pada bayi yang sakit atau tidak cukup bulan.

Hal ini kerana, para doktor dan jururawat pada hari ini akan memeriksa aras dan tahap kuning bayi setiap hari dengan berhati-hati, serta menyediakan rawatan yang selamat sebelum aras kuning naik hingga ke paras bahaya dan menyebabkan masalah.

ADA BERAPA JENIS DEMAM KUNING?

Jika anda mahu tahu, demam kuning ada 3 jenis iaitu

Ini bukanlah kelas perubatan untuk saya terangkan semuanya ye hehe, tapi jika anda yang membaca mungkin pelajar perubatan atau sains kesihatan, boleh dapatkan lagi info tentang jenis kuning ini di link ini ye.

Jadi, sekiranya ibu lepas bersalin dan anak terkena kuning.

Ubati dulu kerisauan ibu dengan memahami tentang apa itu demam kuning.

Dan ibu perlu tahu cara yang mujarab dan selamat untuk menurunkan paras kuning bayi sekiranya tinggi.

Selain itu, ada juga beberapa masalah yang persoalan yang timbul berkaitan demam kuning ini iaitu

  • Bagaimanakan cara terbaik dan selamat untuk menurunkan kuning bayi
  • Saya sudah menyusukan bayi dengan kerap, tetapi kuning anak masih tidak turun. Kenapa?
  • Boleh ke saya bagi bayi minum air masak, susu kambing atau lain-lain cecair?
  • Perlukah saya berikan anak saya susu formula supaya kuning turun?

InsyaAllah di post akan datang, saya akan menjawab persoalan-persoalan ini.

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Set Berpantang Lengkap

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

(KLIK PADA GAMBAR)

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.