Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

4 Langkah Merangsang Pengeluaran Susu Ibu Selepas Bersalin

September 22, 2015 by Blog, Newborn, Penyusuan No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Biasanya ibu selepas bersalin, sangat risau akan penghasilan susu ibu. Terutama ibu yang baru melahirkan anak pertama.

Persoalan seperti

Macam mana kalau susu tiada nanti atau susu sedikit sahaja?

Sering menghantui ibu dan bakal ibu. Masalah tiada susu sebenarnya hanyalah satu mitos semata-mata.

Ini kerana, susu memang akan terhasil sebaik sahaja hari pertama bayi lahir ke dunia.

Cuma, susu ibu tidak akan menjadi banyak dan cukup dengan sendirinya. Susu ibu perlu dirangsang supaya dapat menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi.

Disini saya ingin kongsikan apa yang saya belajar daripada Kelly Bonyata, IBCLC tentang perubahan pada payudara ibu ketika minggu pertama bayi lahir. Saya mempelajari ilmu ini setelah membaca satu artikel beliau tentang Breastfeeding Your Newborn-what to expect in the Early Years di blognya KellyMom.

Kelly Bonyata ialah salah seorang Konsultant Penyusuan di US, International Board Certified Lactation Consultant (IBCLC)

Saya sarankan anda fahamkan dahulu perubahan pada payudara selepas bersalin supaya anda faham apa yang berlaku sebenarnya pada kilang susu anda.

PERUBAHAN PADA PAYUDARA

Susu pada hari pertama hanyalah sedikit sahaja, berwarna kuning, pekat dan likat seperti madu. Ianya dipanggil kolostrum.

Normal seorang ibu hanya menghasilkan beberapa titis sahaja kolostrum dan ianya cukup untuk mengenyangkan bayi. Ini kerana perut bayi juga pada masa ini sangat kecil, hanya sebesar guli.

11047153_886032014750855_2132992095_n

 

Kolostrum yang sedikit ini pula kaya dengan protein dan antibodi untuk bayi.

milk-colour

 

BERAPAKAH AMAUN KOLOSTRUM YANG DIPERLUKAN BAYI BARU LAHIR?

1714_1063633166990738_1361606708583201291_n

Saiz perut bayi pada hari pertama hanyalah sebesar buah ceri atau sebesar guli, jadi bayi hanya memerlukan 1 sudu teh kolostrum sahaja untuk membuatkan bayi kenyang.

1234233_1063632786990776_9112027123750152191_n

 

Dari segi kuantiti, bayi hanya memerlukan 2-10 ml sahaja susu/kolostrum untuk setiap kali sesi penyusuan.

Hari kedua, barulah anda akan lihat susu mula bertambah dan juga mengalami perubahan dari kolostrum kepada susu matang ( hari ke 2 hingga hari ke 7)

 

HE-90693-2

Tapi, dalam tempoh antara hari ke-2 hingga hari ke-7 ini, anda perlu rangsang penghasilan susu ibu supaya bertambah banyak sehinggalah anda boleh lihat susu anda mula menjadi putih (susu matang) pada minggu kedua dan seterusnya.

SUSU ANDA AKAN BERUBAH DARI COLOSTRUM — TRANSITIONAL — MATURE

the-magic-of-breastmilk

Jadi, disini saya ingin kongsikan 4 langkah yang anda perlu lakukan supaya susu ibu bertambah banyak pengeluarannya!

Okey mari kita lihat apa langkah-langkahnya? yang pertama ialah

#1 MENYUSU DENGAN KERAP

8013_696065327080859_1433013029_n

Anda perlu menyusu bayi dengan kerap sekurang-kurangnya 10-12 kali setiap hari!

Ianya bagus untuk galakkan pengeluaran susu dan juga mengurangkan bengkak susu daripada berlaku.

Bengkak susu dapat dielakkan jika anda kerap menyusu dengan memastikan lekapan penyusuan yang betul.

Biarkan bayi menyusu habis payudara pertama dan melepaskannya sendiri, sebelum menawarkan payudara yang sebelah lagi.

Jika bayi anda bermasalah untuk melekap kerana payudara membengkak, perah susu sehingga payudara menjadi lembut dan kemudian baru cuba menyusu semula.

Pastikan ibu menggunakan posisi yang betul dan bayi melekap di payudara dengan betul ye.

 

#2 MENYUSUKAN BAYI SEMASA BAYI MENUNJUKKAN TANDA LAPAR

IMG_1712

Apa tanda bayi lapar? Saya yakin tentunya anda akan menjawab, tanda bayi lapar ialah bila bayi menangis, merengek dan mengamuk!

Sebenarnya, BUKAN..

Bila bayi menangis, ianya bukan tanda awal bayi lapar tetapi tandanya bayi sudah lapar terlalu lama dan anda sudah terlewat menyusukannya!

Bayi menangis, menunjukkan kita sudah terlewat menyusukannya.

Sepatutnya, anda perlu menyusukan bayi ketika tanda awal bayi lapar!

Apabila anda terlewat menyusukan bayi, bayi akan menangis dengan kuat! Kesannya, anda akan stress dan kelam kabut, tambah kalau susu pula sudah bengkak, lagilah menyebabkan lekapan penyusuan tidak betul dan cara menyusu juga salah.

Ianya menyebabkan bayi tidak dapat cukup susu kerana ibu menyusu dengan cara yang tidak betul.

Seeloknya, susukanlah bayi ketika bayi masih belum terlalu lapar supaya anda lebih tenang ketika menyusu!

#3 KEJUTKAN BAYI UNTUK MENYUSU SETIAP HARI

IMG_3102

Anda perlu kejutkan bayi anda supaya menyusu setiap 2 jam (pada waktu siang) dan setiap 4 jam (pada waktu malam)

Cara kejutkan bayi yang betul ialah membuka bedung bayi dan letakkan bayi anda di dada. Boleh lihat imej di atas untuk tips mengejutkan bayi untuk menyusu.

#4 MENYUSU DENGAN LEKAPAN YANG BETUL

Blausen_0118_Breastfeeding_CorrectLatch-On_02

Anda perlu pastikan bayi melekap dengan betul di payudara, dan bayi menghisap susu dengan betul.

Tahukah anda, banyak kes yang berlaku bila ibu menyusu dengan lekapan yang salah, ia akan menyebabkan

Jadi, pastikan anda menyusukan bayi dengan lekapan penyusuan dan posisi yang betul.

Okeylah, setakat ini sahaja dulu.

Semoga bermanfaat!

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

 

 

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat

Latest posts by Aisyah Samat (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.