Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

3 Masalah Besar Jika Ibu Terlalu Jarakkan Masa Mengepam Lebih 3 Jam

June 10, 2016 by Blog, Breast Clinic, Penyusuan No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Diantara tips sukses ibu yang bekerja supaya dapat terus menyusukan bayi dengan susu ibu ialah, ibu perlu mengepam setiap 2-3 jam sekali sewaktu bekerja.

Antara kata-kata yang kerap saya dengar ialah,

Tidak mahu pam lagi kerana breast masih lembik dan tak bengkak, saya nak tunggu susu penuh sampai rasa bengkak baru mengepam.

Jadi, hal ini membuatkan ada ibu yang tidak mengepam setiap 3 jam sekali mengikut jadual dan hanya menunggu breast bengkak baru pam susu.

Kadangkala, ada juga ibu yang tidak mengambil berat jadual pam susu dan menunggu sehingga 4-5 jam barulah mengepam.

Tahukah anda, apa masalah besar yang akan berlaku sekiranya anda melewat-lewatkan masa mengepam susu?

Disini saya ingin kongsikan 3 masalah besar jika ibu melengah-lengahkan masa mengepam dan tidak mengepam mengikut jadual.

1# PENGHASILAN SUSU AKAN SEMAKIN BERKURANG KERANA…

HORMON PROLAKTIN (BANYAKKAN SUSU) AKAN BERKURANG

Apabila jarak mengepam semakin lama, maka akan semakin kurang rangsangan hormon prolaktin. Otak akan memberi isyarat supaya hormon prolaktin dikurangkan penghasilannya.

Apakah itu hormon prolaktin? Hormon prolaktin ialah hormon untuk membanyakkan susu dan menghasilkan susu. Hormon ini hanya akan banyak untuk menghasilkan susu jika ibu mengepam setiap 3 jam sekali mengikut jadual.

Untuk anda faham konsep supply and demand serta kepentingan pam mengikut jadual untuk membanyakkan susu, boleh ke link ini

>>http://www.nuhababy.com/rahsia-ibu-ini-membanyakkan-susu-dari-4-oz-ke-12-oz-secara-percuma/

supply demands

PROTEIN PENGHALANG SUSU (FIL) AKAN BERTAMBAH

FIL Milk Production

Jika anda menunggu sehingga breast terasa penuh dan bengkak, kemudian baru pam susu. Akibatnya, akan ada protein penghalang di dalam susu ibu akan muncul dan menghalang penghasilan susu ibu. Nama protein ini ialah Feedback Inhibilator Lactation (FIL) yang mana ia akan mengurangkan penghasilan susu di masa akan datang jika breast hanya di pam ketika penuh/bengkak.

bbfe67a483befeda0b865948ff7bfa3c

 

 

2# SUSU AKAN SEMAKIN KURANG KANDUNGAN LEMAK (FAT) : BAYI KEMBUNG PERUT

Semakin lama jarak ibu tidak mengepam, susu ibu yang sepatutnya tinggi dan kaya dengan lemak untuk tumbesaran bayi akan semakin rendah lemak dan tinggi laktosa.

Ini daripada apa yang saya belajar melalui Dr Hairin Anisa Tajudin (Pakar Penyusuan, Klinik Pakar Adda) iaitu komposisi susu ibu yang asal dan sepatutnya ialah:

1. Protein                               1 gram : 4 kcalori

2. Carbohydrate (lactose)  1 gram : 4 kcalori

3. Fat (DHA/ARA)              1 gram : 9 kcalori

Jadi, fat (lemak) adalah paling tinggi kalorinya untuk perkembangan bayi. Lemak ialah sumber kalori utama di dalam susu ibu untuk bayi.

Apabila ibu semakin berjarak masa pam, susu akan semakin kurang lemak dan tinggi laktosa. Semakin jarang ibu mengepam, maka semakin tinggilah kandungan laktosa di dalam susu ibu dan lemak semakin berkurang. Jadi, susu ibu akan semakin cair.

Apabila bayi minum susu yang cair dan kurang kandungan lemak, maka bayi akan cepat kembung perut dan cepat lapar kerana kurang sumber kalori.

IMG_0773

 

Malah, ada bayi yang bukan sahaja kembung perut tetapi najisnya berwarna kehijauan. Ini menunjukkan walaupun bayi menyusu, bayi tetap tidak mendapat susu yang secukupnya.

Anda boleh lihat di post ini untuk faham apa lagi masalah yang akan berlaku dan cara mengatasinya jika susu ibu terlalu cair.

>>http://www.nuhababy.com/susu-saya-cair-bayi-tak-kenyang-apa-nak-buat/

hindmilk

 

ANTARA PUNCA BAYI KEMBUNG PERUT

Jika bayi minum susu ibu yang tinggi kandungan laktosa dan kurang lemak (fat), laktosa yang berlebihan ini melebihi daripada kemampuan usus bayi untuk mencernakannya.

Ketika ini, usus bayi masih belum matang jadi enzim laktose (yang fungsinya mencernakan laktosa) hanya sedikit sahaja mengikut keperluan dan tidak mampu untuk mencernakan laktosa yang berlebihan.

Akibatnya, laktosa berlebihan ini akan pergi kepada usus besar dan melalui proses penapaian (fermentation) yang mana akan menghasilkan gas yang banyak.

Akhirnya anak akan kerap meragam kembung perut dan menangis di waktu malam.

Sekiranya ini berlaku, pastikan anda semak semula adakah

1. Ibu terlalu jarakkan masa mengepam

2. Ibu mengalami saluran susu tersumbat yang mana saluran susu tidak lancar kerana lemak susu tersumbat di dalamnya.

Anda boleh rasakan jika di sekitar breast anda terdapat ketulan-ketulan kecil yang banyak atau 1-2 ketulan keras.

Jadi, saluran susu anda sudah tersumbat dan hal ini menyebabkan pengaliran susu menjadi tidak lancar. Bukan masalah susu kurang ya.

Saya ada ceritakan masalah ini dan cara mengatasi saluran susu yang tersumbat di link ini >>

http://www.nuhababy.com/7-cara-selesaikan-masalah-bengkak-susu/

1

3# TIPS ELAKKAN MASALAH DI ATAS BERLAKU

Apa yang penting ialah ibu perlu pastikan jaga waktu mengepam. Bersedialah untuk mengepam di mana saja sama ada di dalam meeting, kereta, ofis dan sebagainya. Apa yang penting ialah menutup aurat dan tutup bahagian-bahagian yang perlu ditutup.

HAK ANAK PERLU DI DAHULUKAN!

Semoga anda semakin kreatif dengan persediaan ilmu dan peralatan mengepam yang sebaiknya supaya anda terus dapat menyusukan anak anda.

 

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.