Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

[English]: Mengajar Anak Membaca English

June 13, 2016 by Blog, Nuha Parenting No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Alhamdulillah, setelah saya ke Seminar EarlyEduKids anjuran Dr Siti Fauzan N Siti pada 16 November 2015.

edukidt

Saya mula mengaplikasikan kaedah yang diajar kepada anak saya yang usianya sudah 4 tahun untuk membaca Buku Bahasa Inggeris.

OBJEKTIF KENAPA MENGAJAR ANAK BACA BAHASA INGGERIS DI AWAL USIA?

1) Saya mahu kurangkan penggunaan gajet dan skrin pada anak saya. Jadi, anak tak terlalu terikat pada tv, handphone dan gajet.

2) Saya mahu tanamkan minat membaca sejak kecil sebelum usia 5 tahun. Kerana usia 0-5 tahun otak anak kecil ibarat span yang akan menyerap apa saja.

3) Tujuan anak menguasai bahasa Inggeris supaya dia dapat serap banyak ilmu dan senang kita sebagai ibubapa nak sampaikan ilmu pada anak bila anak sudah pandai baca.

Secara asas bagaimana saya mulakan ialah

1. AJAR SEBUTAN PHONICS

Saya hanya gunakan video Youtube Phonic oleh Barbara Milne.

Sehari hanya tonton 2 kali sahaja. Ambil masa 3 minit sahaja sehari.

Tidak perlu biarkan anak tonton video lama-lama. Masa lain kita mahu fokus upgrade motor skill & social skill serta kreativiti anak kita.

Setelah anak boleh kenal dan sebut semua huruf phonic.

Nuha ambil masa sebulan untuk kenal dan sebut semua huruf phonic itu.

Perlu diingat, masa kita tayangkan video. Kita bersama anak, dan bukan kita membiarkan saja anak leka lihat video (walaupun video pembelajaran) berulang-ulang sambil kita buat kerja lain. Kerana anak akan rasa boring.

2. BLENDING PHONICS.

Selepas itu, baru saya ajarkan Nuha bagaimana nak “blend”kan kesemua sebutan huruf itu. Saya hanya gunakan ajar di website starfall.com

Sehari hanya buka 1 huruf video sahaja. Ambil masa selama 5 minit sehari sahaja.

Saya installkan software starfall. com di Ipad (yang mana Wifi off) dan hanya starfall dan audio Quran sahaja dalam Ipad tersebut.

Anda juga boleh gunakan komputer atau laptop

c b a

 

Saya suka starfall.com ini sebab dia animation dalam bentuk kartun, kemudian ada audio lagi dia akan bunyikan sebutan tu. Kita hanya klik saja jat huruf A contohnya.

Jadi, cikgu kat starfall ini akam ajar anak kita bunyi A, dan gabungan A dengan huruf lain seperti An, At.

Biasanya saya ajar 1 hari 1 huruf A. Esok baru huruf lain sampailah habis huruf Z dan sampai Nuha boleh kenal dan sebut.

Setelah Nuha sudah kenal semuanya..

Barulah saya ajarkan buku Peter and Jane 1a.

3. BUKU PETER AND JANE 1A.

Ajar baca ikut suka dia saja mahu baca mukasurat banyak mana.

Mana-mana perkataan baru, saya akan tulis di whiteboard.

j

Maksimum 5 perkataan baru sahaja. Oh ya, dekat board ini ada lebih sebab separuh perkataan itu Nuha dah boleh baca.

Alhamdulillah, sekarang Nuha sudah boleh baca sampai buku Peter and Jane buku 3b.

Kesan :

Anak sudah mula alerts pada persekitaran dan mula membaca signboard-sighboard di luar.

Anak juga suka membaca dan mula kurang ketagihan pada skrin dan gajet. Alhamdulillah.

ANAK JUGA BOLEH MEMBACA BUKU LAIN SEPERTI BUKU UNTUK KINDERGARDEN

Anda risau anak anda “ketagih” gajet dan nak tarik minat anak membaca di usia awal?

Klik link ini untuk lihat flipcard wow.

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.