Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

3 Tips Hilangkan Parut Strechmark Ketika Hamil

October 22, 2016 by Blog, Kehamilan No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

1. ATASI RASA GATAL DI PERUT DENGAN TUALA BERHABA

Apabila kandungan anda semakin membesar, kulit perut anda juga akan meregang. Sesetengah ibu hamil akan merasa pedih dan gatal di perut sehingga menggaru.

Cuba kawal tangan anda dari menggaru. Jika anda tak tahan untuk menggaru. Boleh cuba petua ini.

Ambil kain seperti tuala kecil yang berbutir kasar dan seterikakan sebentar. Apabila tuala kecil sudah panas, lekapkan tuala berhaba tadi kawasan yang gatal.

Anda boleh gosok perlahan-lahan tetapi tidak dengan menggaru.

Ini kerana, aktiviti menggaru boleh membuatkan kulit di sekitar itu makin kering dan boleh menjadi parut hitam yang sukar untuk hilang.

2. AMALKAN MINYAK ZAITUN (EVOO) SECARA KONSISTEN 

Minyak zaitun yang tidak bertapis atau lebih dikenali sebagai E.V.O.O amat penting untuk diamalkan sepanjang kehamilan untuk mengelakkan masalah parut strechmark ini.

Anda boleh amalkan untuk menelan 2 sudu minyak zaitun setiap hari dan sapukan minyak ini di perut setiap kali selepas mandi.

Ia dapat mengelakkan strechmark yang menggerunkan di perut anda.

Amalan mengambil minyak zaitun sepanjang kehamilan mampu meningkatkan kelembapan dan daya elastik kulit anda, sekaligus mengurangkan masalah gatal-gatal.

Anda boleh menelan minyak zaitun setiap malam dan pagi bagi mendapatkan sumber vitamin E yang tinggi.

Ianya amat bermanfaat untuk anda dan bayi dalam kandungan.

3. MINDSET POSITIF DAN EMOSI YANG STABIL

Mental seorang ibu ketika hamil perlu disiapkan supaya menjadi lebih positif.

Setkan di dalam minda anda bahawa, parut strechmark ini bukanlah hodoh, tetapi ia sebagai lambang kasih sayang seorang ibu yang sanggup mengorbankan keindahan tubuhnya untuk merasai nikmat menjadi seorang ibu.

Malah, bagi seorang wanita muslim. Pengorbanan ini sudah pasti mendapat ganjaran dan pahala besar disisi Allah SWT.

Jadikan pengalaman ini sebagai satu pengalaman indah dan istimewa yang perlu anda tempuhi sepanjang kehamilan.

 

Anda Sedang Hamil?

Adakah anda nak ilmu kehamilan supaya anda dapat bina kekuatan fizikal, mental dan emosi untuk menjadi seorang ibu, sihat tubuh badan ibu & bayi serta mudah bersalin?

Bagaimana ebook ini boleh bantu anda supaya anda kekal sihat sepanjang kehamilan melalui pemakanan yang betul dan senaman yang sesuai sepanjang hamil.

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat

Latest posts by Aisyah Samat (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Set Berpantang Lengkap

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

(KLIK PADA GAMBAR)

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.