



Antara masalah yang ibu alami apabila mahu mula menyusu
Jawapan kepada persoalan ini ada di bawah, baca sampai habis ye..hehe
Sepanjang pengalaman saya membantu ibu dalam penyusuan, ramai ibu tidak arif tentang pelbagai posisi ketika menyusu menyebabkan ibu cepat lenguh, sakit badan, sakit belakang dan tidak cukup tidur.
Apabila ibu sendiri tidak selesa dan kurang rehat, ibu akan tertekan dan ini menganggu kelancaran susu ibu, menyebabkan susu tidak lancar.
InsyaAllah, jika anda menggunakan posisi dan lekapan penyusuan yang betul dan sesuai, masalah di atas dapat diatasi.
Jadi, bagaimana cara untuk tahu posisi penyusuan yang terbaik untuk kita ye?
Posisi ketika menyusu, sangatlah penting.
Tidak kisah anda nak pakai posisi yang macam mana, asalkan yang penting, ibu selesa dan bayi juga selesa.
Ada ibu selesa posisi begini, tetapi bayi tidak selesa.
Jadi, cubalah setiap satu posisi yang saya akan kongsikan di bawah, sentiasa “try and adjust” sehinggalah anda berjaya menemui satu posisi yang anda dan bayi anda selesa ye.
Oh ya, sebelum tu, pastikan dahulu ibu
- duduk selesa
- bantal untuk menyokong belakang badan dan tangan ibu
- kaki juga disokong kedudukannya
- otak yang relaks dan tenang
- Sokong breast dengan tangan (bentuk C atau U) terutama jika breast ibu terlalu besar
Jom, mari saya kongsikan 4 posisi penyusuan yang anda boleh praktikkan!
#1 MENDUKUNG ( CRADLE )
Posisi ini sangat biasa dan “popular” dikalangan ibu. Sememangnya saya rasa anda pun sudah tahu kan posisi ini, sangat mudah, hanya dukung sahaja.
Namun, jika lekapan penyusuan tidak betul dan kurang bantal untuk “support” tangan dan badan ibu, lama-kelamaan ibu akan cepat lenguh.
Jika anda bersalin secara pembedahan atau mengalami masalah puting tenggelam, amat sukar juga menyusukan bayi dengan posisi ini.
Ianya mudah bagi ibu yang
- bersalin normal
- betul lekapan penyusuannya
- tidak mempunyai masalah puting rata atau tenggelam.
Oh ya, posisi ini tidak sesuai untuk bayi kuning atau tidak cukup bulan, kerana bayi yang ini suka tidur. Jika posisi mendukung digunakan, bayi jenis ini akan lebih selesa untuk tidur dan kurang menyusu.
2# MENDUKUNG BERSILANG ( CROSS CRADLE )
Posisi ini pula adalah mendukung bersilang, yang mana ianya posisi yang sangat sesuai untuk ibu yang
- payudaranya besar
- mengalami masalah puting rata/tenggelam
- bayi bermulut kecil
- ibu yang bersalin secara pembedahan.
Ini kerana, posisi ini menggunakan sepenuhnya kedua belah tangan anda. Ianya posisi yang sangat senang buat ibu yang mahu mula belajar menyusu.
Tangan pertama akan mengampu payudara. Manakala, tangan kedua akan menyokong bahu dan punggung bayi.
Jadi, anda boleh merangsang bayi untuk membuka mulut dengan luas, dengan main-mainkan puting di mulut bayi. Bila mulut terbuka luas barulah anda boleh masukkan puting ke dalam mulut bayi.
Juga, kalau ibu mahu “tukar angin” ketika menyusu, bolehlah cuba posisi ini ye.
3# MENDAKAP ( FOOTBALL )
Posisi ini juga mudah, kerana biasanya kurang lenguh, dan ia juga sangat sesuai untuk semua ibu menyusu.
Terutamanya ibu yang
- bersalin anak kembar, boleh menyusu serentak
- masalah flat/inverted nipple
- mulut bayi kecil
- payudaranya besar
- bersalin secara pembedahan
Dan juga buat ibu bayi kembar, boleh menyusu serentak.
4# BERBARING ( SIDE-LYING)
Inilah posisi kegemaran saya, posisi menyusu yang paling best sekali! Sebabnya, sambil menyusu tu boleh sama-sama tidur dengan anak!
Ia juga posisi yang sesuai untuk ibu yang bersalin secara pembedahan.
Tetapi, berhati-hati ye. Kalau bayi masih kecil, sebolehnya elakkan dulu kerana risau tertidur ketika menyusu dan bayi tertutup hidung kan bahaya..
Anda boleh mula praktiskan posisi ini ketika bayi sudah pandai meniarap/berpusing. Biasanya pada usia bayi 3 bulan bayi sudah pandai “adjust” keselesaan diri dia sendiri ketika menyusu.
Oh ya, menjawab persoalan jika anda risau bayi tertutup hidung ketika menyusu, anda hanya perlu “tinggi”kan sedikit posisi bayi terutama punggungnya, supaya bayi kedudukannya lurus dan selari, barulah susu akan lancar mengalir dan hidung bayi tidak tertutup.
Elakkan guna jari untuk menekan breast ye kerana ia menyebabkan susu tersekat dan tidak lancar!
Okey, selamat mencuba posisi-posisi ini ye.
Semoga anda selesa ketika menyusu dan dapat mempraktiskannya.
Awal-awal saja susah sikit untuk “bertemu” posisi yang selesa. Nanti lama-lama bila bayi sudah besar, sudah hampir setahun. Waktu itu posisi ini hanya tinggal kenangan, sebab anak ketika itu selesa dengan gaya menyusu “freestyle”. Macam-macam gaya ada nanti.
Jadi, bersabarlah awal-awal ini ye.
Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam?
Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?
Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?
(KLIK SINI UNTUK EBOOK)



