4 Tanda Bayi Dapat Cukup Susu Ibu

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Apakah tanda bayi dapat cukup susu ibu?

Saya pernah ditanya oleh ibu

Macam mana saya nak tahu bayi saya dapat cukup susu ibu selepas menyusu?

Yelah, sebab menyusu ni kan kita tak nampak, banyak mana kuantiti susu yang anak minum?

Betul ibu semua, menyusu tidak sama seperti memberi anak susu formula di dalam botol.

Jika susu formula, kita nampak kuantiti susunya dan biasanya anak memang tidur lena.

Tetapi, bila kita menyusukan bayi, bukan sahaja perlu kerap menyusu di awal bayi lahir, bayi pula kerap bangun menyusu menyebabkan kita keliru, adakah bayi dapat cukup susu atau tidak?

Jadi, disini saya ingin kongsikan 4 panduan yang ibu perlu tahu sama ada bayi dapat cukup susu ibu atau tidak.

#1 KETIKA MENYUSU ~ MINGGU PERTAMA KELAHIRAN BAYI

slide_12

Apa yang ibu boleh perhatikan ketika bayi menyusu selepas lahir ialah bayi

  • Menyusu 8 – 12 kali dengan lekapan penyusuan yang betul
  • Bunyi menelan ketika menyusu
  • Bayi kenyang, tenang dan puas selepas menyusu
  • Payudara ibu lebih lembut selepas menyusu

Jika ini berlaku, tandanya bayi mendapat susu yang cukup ketika menyusu

Selain itu, ada lagi 3 tanda yang boleh diperhatikan sepanjang 2 bulan usia bayi bermula sejak hari pertama dilahirkan iaitu

2# BERAT BAYI SEMAKIN BERTAMBAH

10418174_287765648082844_6054590716178526344_n

Jika berat bayi bayi bertambah, ini bermakna bayi mendapat cukup susu walaupun bayi itu kerap menyusu!

Notes : Normal bayi hari 3-4 selepas lahir akan kurang 5% – 7% berat.

3# DIAPERS BASAH

breastfeeding-chart

Bayi buang air kecil dan air besar secara normal (lihat jadual di atas).

Najis bayi yang menyusu biasanya lembut berair dan berwarna kuning keemasan (pada hari ke-5).

Air kencing bayi pula biasanya dalam kuantiti 3 sudu besar, berwarna pucat dan tidak berbau.

MASALAH BAYI KENCING KUNING DAN BERBAU

Namun, sekiranya kencing bayi anda berwarna kuning pekat dan berbau, biasanya bayi ada masalah tak cukup minum, “dehydrated” atau mungkin bayi ada kencing kotor.

Kalau bayi ada kencing kotor, biasanya berat bayi tak naik, kuning lama, jadi boleh menyebabkan kencing jadi pekat. Hal ini diterangkan oleh Doktor Hairin Anisa, Pakar Paediatrik dan Kanak-kanak.

Saya sarankan ibu perlu minum air masak dan air suam yang banyak (lebih 3 liter) dan rujuk masalah kencing berbau dan kuning ini kepada doktor atau nurse yang merawat anak anda. (biasanya bayi berusia 3 bulan akan buat “check-up” di klinik dan boleh tanya dengan nurse atau doktor di klinik/hospital). Apa yang lebih baik ialah bawa bayi ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.

4# BAYI SIHAT DAN AKTIF

tumzee-baby-seat-in-pink

Ini yang paling penting, lihat perkembangan bayi anda. Jika bayi anda

  • sihat
  • aktif
  • peka
  • perutnya lembut (tidak keras)
  • perkembangan fizikalnya selaras dengan usia

Ini bermakna bayi anda mendapat susu yang cukup.

Semoga bermanfaat!

 

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

NuhaBaby

NuhaBaby

NuhaBaby Breastfeeding Centre adalah sumber rujukan khas buat ibu yang hamil, menyusu dan berpantang untuk belajar ilmu kehamilan dan penyusuan.
Pengasas (Founder) merangkap pemilik dan penulis blog nuhababy. com ialah Puan Siti Aisyah.

Beliau adalah seorang kaunselor penyusuan bertauliah dan ibu kepada dua anak, Nuha Areefa dan Umar Furqan.

Dibawah ialah senarai ebook di ebook.nuhababy.com

Antara ebook yang ada di NuhaBaby Breastfeeding Centre ialah (ebook.nuhababy.com) ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
NuhaBaby
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.