Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

4 Teknik Cepat Dan Mudah Menurunkan Demam Kuning

September 16, 2015 by Blog, Newborn, Penyusuan No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

InsyaAllah, kali ini saya ingin berkongsi tentang 4 teknik mujarab yang selamat untuk menurunkan paras demam kuning bayi anda.

Pada post yang lepas, saya telah kongsikan tentang 3 fakta penting tentang demam kuning dan saya harap anda telah membacanya ye.

Jadi, kali ni saya nak kongsi pula tentang cara yang CEPAT dan MUDAH untuk turunkan demam kuning!

Teknik dan rawatan yang selamat untuk meurunkan demam kuning ini, saya belajar daripada Beverly Ann Curtis, IBCLC selepas membaca satu artikel beliau di blognya iaitu Breastfeeding Centre Of Pittsburgh.

Beverly Ann ialah salah seorang Konsultant Penyusuan Antarabangsa, International Board Certified Lactation Consultant (IBCLC)

Apa-apa pun, yang paling penting ialah ibu bapa kena selalu monitor paras kuning anak di klinik/hospital ye. 

Disamping mengamalkan teknik-teknik yang saya akan kongsikan ini.

======

APA YANG DISARANKAN OLEH ANN CURTIS UNTUK RAWATAN TURUNKAN DEMAM KUNING BAYI

======

Di dalam artikelnya yang bertajuk Jaundice : Causes and Treatment for The Breastfeed Baby di dalam blognya Breastfeeding Centre Of Pittsburgh.

Beliau menyarakan penyusuan yang kerap dan rawatan fototerapi kerana ianya selamat.

Selain itu, saya juga kongsikan tips yang saya belajar daripada Puan Fadillah Nur, seorang Pakar Perbidanan Islam dan juga Puan Norashida Abdul Rahman, salah seorang Konsultant Penyusuan (IBCLC) di Malaysia.

#1 PENYUSUAN PERLU KERAP

2013-11-24-ProjectBreastFeeding-0453-Edit

Ye..anda hanya perlu kerap menyusu untuk turunkan kuning bayi. Senang saja bunyinya kan..menyusu sekerap mungkin. Kalau boleh, setiap 1-2 jam.

Namun, ada juga kes dimana ibu menyusu dengan kerap, tapi bila esoknya ke klinik, kuning tak jugak turun! Malah kuning semakin naik atau mungkin turun sedikit saja.

Persoalannya, kenapa? Seperti keluhan ibu ini..

Aduh..saya sudah menyusu kerap, setiap satu jam rasanya..bayi pun menyusu lama sangat sampai saya tak cukup tidur. Tapi, kenapa paras kuning masih belum turun?

Kajian demi kajian dilakukan oleh Konsultant Penyusuan.

Rupa-rupanya puncanya ialah..ramai ibu tidak menyusu dengan cara yang betul, yang mana lekapan penyusuan mereka adalah SALAH.

Sesetengah ibu tidak perasan, kadang kala bayi bukannya menyusu, tapi sekadar menghisap puting sahaja dan tidak menelan susu. Akibatnya, bayi tidak dapat cukup susu dan kuning juga susah untuk turun.

Lekapan penyusuan yang betul ini sangat penting! dalam bahasa penyusuan ianya dipanggil Latching Position.

Bila lekapan bayi tidak betul di payudara ibu, susu ibu akan tersekat dan tidak keluar dengan lancar!

Makanya sebab itulah bayi pun tak dapat cukup susu, tidak puas menyusu dan menyusu dengan lama..

Juga, antara puncanya bila bayi kurang menyusu juga..puncanya kerana bayi diberi titisan air atau cecair selain susu ibu.

Jadi, pastikan anda menyusu dengan lekapan penyusuan yang betul dan bayi kerap menyusu ye.

11

2# PEMAKANAN YANG BERKUALITI DAN SEIMBANG

What-should-breastfeeding-mothers-eat-ssl

Menjaga pemakanan yang sihat dan seimbang sangatlah penting untuk anda yang sedang berpantang dan menyusu.

Anda perlu sihat dan bertenaga, untuk menghasilkan susu yang cukup dan berkualiti untuk bayi.

Ibaratnya beginilah, kilang produk kan nak buat produk kan..tapi kalau bahan mentah tak cukup, macam mana produk berkualiti nak terhasil?

Macam tu jugak dengan kilang susu ibu iaitu payudara. Bila “bahan mentah” iaitu makanan tak cukup, jadinya kilang susu termasuk hormon sebagai pekerja ni “semput” sikit nak hasilkan susu yang berkualiti dan cukup.

Macam tulah ibaratnya, jadi pastikan pemakanan anda dijaga dengan baik ye.

Saya ingin kongsikan TIPS PEMAKANAN JIKA ANAK ANDA KUNING daripada Puan Fadillah Nur, Penulis buku Mudahnya Berpantang dan Konsultant Perbidanan Islam. Bak kata beliau di dalam bukunya.

Ibu perlu kerap makan kurma dan minum susu kambing yang dicampur za’afaran. Susukan bayi dan InsyaAllah bayi akan pulih setelah membuang air besar beberapa kali lepas kenyang daripada susu ibu tadi.

Ada ibu bertanya pada saya, anaknya kuning dan dia berhenti minum susu kambing, kerana orang mengatakan susu kambing panas nanti kuning anak lagi naik!

Saya melegakan perasaan beliau dengan menerangkan tentang demam kuning dan membalas

Terpulang sama ada sis nak percaya atau tidak, tetapi saya hanya sampaikan ilmu berpantang yang saya belajar daripada Muslim Cottage, bila ibu minum susu kambing mampu menurunkan bacaan kuning bayi. Dan saya hanya sampaikan apa yang saya belajar.

12

Disini saya kongsikan kenapa susu kambing dikatakan panas?

 

#3 PENJAGAAN EMOSI YANG STABIL

 

positive

Emosi yang gembira dan tenang. Penting dalam penghasilan susu. Ops, saya faham..memang risau bila anak kena kuning.

Contohnya macam akak kat bawah ni

Macam mana akak nak tenang dik oi..anak kuning tinggi ni. jenuh akak kena ulang alik klinik ha..dengan sakit bersalin pun tak habis lagi, berpantang pun dah entah ke laut..sedih akak ni, sedih..

Secara faktanya, tekanan memang mengganggu penghasilan susu ibu.

Bila ibu berasa tertekan, risau melampau dan kepenatan melampau, ianya mengganggu hormon untuk menghasilkan susu yang lancar.

Terutama bila ibu mula risau anak kena kuning, kerisauan itu boleh menyebabkan penghasilan susu ibu terganggu dan susah untuk badan menghasilkan susu ibu secukupnya. Sedangkan pada ketika ini, bayi perlukan susu ibu yang cukup untuk menurunkan kuning secara normal.

Sebab itu, anda perlu baca post saya tentang 3 fakta penting tentang demam kuning.

Sebab bila anda faham apa itu demam kuning dan bagaimana ia berlaku, sedikit sebanyak kerisauan itu dapat dikurangkan.

Percayalah, ilmu mengurangkan kerisauan!

#4 PANCARAN LAMPU SINARAN ULTRAVIOLET

jaundice-in-newborns copy

Jika bayi anda perlu ditahan di hospital dan diletakkan di bawah lampu ultraviolet pun okey, ini kerana cahaya lampu sangat selamat dan tidak berbahaya.

Memetik kata-kata Dr Syamirullah Rahim, Doktor Perubatan di salah sebuah hospital di Alor Setar.

Bila bayi didedahkan dengan sinaran lampu, biasanya lepas 2-3 hari kuning akan turun kerana lampu ini lambat sedikit keberkesanannya. Ini kerana ia melibatkan kulit bayi sahaja, tetapi ia sangat selamat untuk bayi baru lahir

ELAKKAN BERI BAYI MINUM AIR MASAK, SUSU KAMBING, SENGKUANG CINA ATAU APA SAHAJA CECAIR SELAIN SUSU IBU!

Ini yang saya belajar daripada Puan Norashida Abdul Rahman, salah seorang Konsultant Penyusuan (IBCLC).

Kalau boleh, elakkan daripada beri bayi minum air seperti air sengkuang cina, air masak, susu kambing atau pelbagai lagi yang orang lain sarankan.

ini kerana..perut bayi sangat kecil. Setitis cecair sahaja akan membuatkan dia KENYANG..

dan kesannya

#BAYI AKAN KURANG MENYUSU SUSU IBU

Fokus kita mahu bayi kerap menyusu supaya kuning dikeluarkan melalui najis.

dan

#BAYI AKAN KERAP KENCING

Fokus kita mahu bayi kerap buang air besar kerana 90% kuning bayi keluar melalui najis.

Air kencing bayi hanya mengeluarkan 10% kuning sahaja.

Fakta Penyusuan : Jika bayi kerap kencing, kuning akan lebih lambat dikeluarkan.

Jika bayi kerap berak, kuning cepat turun.

Semoga bermanfaat!

 

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.