Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

4 Teknik Lekapan Penyusuan

September 29, 2015 by Blog, Newborn, Penyusuan No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara masalah ibu yang selalu ditanya kepada saya

Breast saya besar sangat, tapi mulut bayi saya kecik..susah nak menyusu dengan betul
Puting payudara saya rata dan pendek, jadi bayi sukar nak hisap
Puting saya luka..dan bila menyusu terasa sangat sakit, bila perhatikan, sakit tu di laluan susu keluar. Waktu mula-mula bayi hisap. Lama-lama baru okey
Masa anak hisap susu, sampai pedih puting kita. Lepas tu, dah la hisap lama, dia masih menangis lagi, susu takde ke?
Tahukah anda? Punca semua masalah ini ialah kerana silap lekapan penyusuan.

Masalah ini kerap melanda ibu yang

  • putingnya rata atau tenggelam
  • breast terlalu besar
  • hisapan bayi adalah salah

Bila bayi susah mahu melekap di payudara ini, dan ibu pula mahu terus menyusu..akibatnya lekapan penyusuan ketika menyusu adalah salah.

Anda nak tahu apa kesannya?

Kesannya

  • Puting payudara akan sakit dan luka
  • Saluran susu tersumbat
  • Susu tidak keluar
  • Bayi anda tidak mendapat cukup susu

Antara tanda bayi tidak mendapat cukup susu ibu ialah beratnya tidak naik!

Jadi, penting sangat ibu tahu lekapan dan posisi penyusuan yang betul sebelum mula menyusu.

Mari kita lihat lekapan penyusuan yang betul tu macam mana.

#1 SELARI

HH-IV-6-Picture-1-Feeding

Pastikan posisi bayi selari. Kepala, bahu dan badan bayi lurus menghadap dada anda.

Posisi mendukung bersilang (cross cradle) ialah posisi yang sangat senang dan sesuai bagi ibu yang mahu mula belajar menyusu.

#2 RAPAT

Badan bayi perlu RAPAT menghadap ke badan ibu. Bawa BAYI KE PAYUDARA, bukannya payudara ke bayi.

#3 SOKONG BADAN BAYI

Pastikan kepala, bahu dan punggung bayi diampu. Jika bayi baru lahir /tidak cukup bulan, seluruh badan bayi perlu disokong.

Bagi ibu yang payudaranya besar, ibu perlu sokong payudara dengan tangan berbentuk C atau U

Kesan jika ibu tidak mengampu payudara ialah

  • bayi sukar melekap
  • Saluran susu tersumbat dan bengkak

#4 MENGHADAP

breast-feeding-babys-right-27-638

Muka bayi anda perlu menghadap anda. Senang saja nak pastikannya, pastikan hidung bayi menghadap puting.

Kalau hidung dah menghadap puting, betullah tu.

Okey, macam mane? anda dah check semua di atas ni. Dah okey follow semua 4 tips di atas, baru kita boleh mulakan latihan menyusukan bayi!

LATIHAN MENYUSU

379px-Latch-on

 

Ada 3 Step JeR

  1. Rangsangan. Gerakkan puting ke mulut bayi supaya nak rangsang bayi buka mulut dengan luas
  2. Bayi buka mulut LUAS-LUAS
  3. Terus gerakkan bayi masukkan puting dan aroela kedalam mulut.

Barulah bayi akan mula menghisap untuk menyusu!

Disini saya kongsikan lagi imej untuk lekapan penyusuan yang bagus.

Pastikan bayi “menangkap” puting dan sebahagian aroela ye!

Jika bayi hisap puting sahaja, memang lama-lama puting ibu akan sakit dan luka. Jadi, elakkan ini terjadi.

baby-attaching-breast_709_355_s_c1

 

Kalau masih rasa tak faham lagi, jangan risau, saya sediakan video daripada Dr Jack Newman (International Lactation Consultant) untuk anda tonton dan boleh “save”kan di phone anda sepanjang latihan penyusuan ini.

TANDA LEKAPAN PENYUSUAN YANG BERJAYA

Blausen_0118_Breastfeeding_CorrectLatch-On_02

 

Anda dah berjaya bila anda lihat mulut bayi

  1. merangkum sebahagian besar aroela (kawasan hitam keliling puting)
  2. Bibir atas dan bawah melengkuk ke luar
  3. Dagu bayi sentuh payudara
  4. Pipi kembung
  5. Hisap dan telan dalam keadaan perlahan dan mendalam.

Jika semua sudah okey, biarkan bayi menghisap sehingga puas, kenyang dan bayi sendiri lepaskan payudara ibu.

Hisapan penyusuan yang elok ialah diantara 20 minit – 40 minit untuk satu sesi penyusuan.

Jika bayi anda hisap lama lebih daripada 40 minit, anda perlu periksa semula lekapan.

Ini kerana, jika lekapan tersalah, susu akan susah keluar dan lama-kelamaan ibu akan mengalami masalah susu berkurang (low milk production)

Selamat mencuba!

Bila anda tersalah atau tersilap lekapan ini, usahlah rasa “down” atau gagal. Sebenarnya ianya masalah normal yang berlaku pada majoriti ibu.

Sebab, penyusuan ni umpama latihan buat ibu dan bayi. Ibu sebagai “coach” dan bayi sebagai peserta. Bayi baru nak belajar menyusu dan ibu mahu belajar menyusukan bayi.

Berikan ruang dan peluang pada diri anda untuk belajar dan terus mencuba berkali-kali sehinggalah anda berjaya menyusukan bayi anda dengan lekapan penyusuan yang betul.

bf

 

Namun, ada juga ibu yang cantik lekapan penyusuannya, memang sudah betul. Tetapi bila menyusu, masih sakit!

Kenapa? kerana bayinya lidah pendek dan masalah ini dikenali sebagai Tongue-Tie.

Next post saya akan cerita apa dia masalah Tongue-Tie ini.

 

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.