Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

4 Teknik Selesaikan Masalah Bayi Tak Nak Botol Dengan Pengasuh

June 2, 2017 by Blog, Ibu Bekerjaya No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara soalan yang pernah ditanya kepada saya ialah,

“Assalam Puan Aisyah, saya ada masalah. Bayi saya tak mahu langsung EBM (susu ibu perahan) yang diletakkan dalam botol di rumah pengasuh. Susu badan saya tak berapa banyak lagi.

EBM = Expressed BreastMilk

Hanya dapat sekali perah 2 oz. Saya perlu pam susu dan simpan untuk buat stok nak hantar rumah pengasuh keesokan hari.

Masalahnya di rumah, pengasuh minta saya sepenuhnya bagi anak dalam botol untuk biasakan dia dengan botol tersebut.

Saya dah mula stress. Perlukah saya campur dengan susu formula untuk diberikan kepada anak di rumah untuk pastikan anak saya serasi dengan botol. Saya agak buntu.

Anak pula menangis-nangis tak nak minum langsung dalam botol. Minta pendapat Puan Aisyah untuk membantu.

Usia bayi saya 3 bulan dan sudah 4 hari kat rumah pengasuh.”

Jawapan saya :

1# Puan tak perlu ajar sepanjang masa botol di rumah sebab masalah sebenar ialah, bayi yang tak biasa lagi kena tinggal dengan pengasuh dan masih tak faham yang

Mak tak ada = bayi kena minum botol

Mak ada = bayi boleh menyusu direct.

2# Puan elakkan bagi susu frozen (dibekukan) dulu pada anak waktu ditinggalkan dengan pengasuh nanti. Bagi anak minum susu fresh @ chilled.

Sebab susu frozen ini rasa tak sedap sangat dan biasanya bayi akan senang terima susu fresh @ susu yang belum dibekukan. Rasa lagi sedap.

3# Dalam kes puan, elakkan letak matlamat tinggi untuk kumpul stok. Puan hanya perlu fokus pam hari ini = cukup untuk esok.

Sebab bila puan letak target yang tinggi, puan akan stress. Hormon puan akan terganggu sekaligus susu puan akan merudum.

Untuk pastikan puan berjaya, letak mindset untuk susu hari ini cukup untuk esok dahulu.

4# MASALAH BAYI TIDAK MAHU PUTING BOTOL

Bayi kalau sudah berusia 3 bulan ke atas ini sudah bijak dan dia kenal bau ibu dan ibunya. Jadi, punca kenapa bayi tak nak botol ialah dia tahu puan ada.

Bila puan pergi kerja, lama-lama bayi akan faham dia ditinggalkan, ibunya tiada (breast takda) jadi dia akan minum dalam botol juga.

Biasanya kalau ibu ada, bayi tak akan pilih untuk minum botol. Kalau tinggalkan dengan orang lain yang bagi susu, baru bayi akan belajar minum pakai botol.

Kalau puan risau pengasuh tak boleh bagi minum susu tu atau bayi tak hisap, ini cadangan saya.

Boleh cuba spoon feeder kerana kalau bayi menangis teruk tak nak hisap pun, susu dalam spoon feeder ini akan keluar (kalau kita tonggengkan sikit botol spoon ini) dan bayi boleh terus telan.

SPOON FEEDER

Maksudnya, senang nak paksa bayi telan susu tanpa perlu bayi hisap puting botol (untuk keluarkan susu). Bayi jenis ini biasanya dia nak susu tapi dia cuma tak suka puting botol dan tak nak hisap puting tiruan sahaja.

Biasanya bayi akan minum juga di rumah pengasuh bila sangat lapar dan penat menangis.

Kalau puan beri puting juga, risikonya pengasuh nak paksa bayi telan susu susah juga kalau bayi tak hisap puting botol sebab susu hanya keluar kalau bayi hisap.

Perlu faham,

Bayi hanya tidak mahu puting botol (puting tiruan) tetapi bayi nak minum susu.

Jadi, botol sudu ini bayi boleh telan susu walaupun tak hisap puting. Sekurangnya pengasuh boleh nak paksa bayi telan susu juga walaupun bayi tak hisap.

Biasanya bayi yang seperti ini, ambil masa 2-7 hari untuk biasa minum botol dengan orang lain (pengasuh). Puan tak ajar minum botol pun takpa waktu hari cuti sebab bayi pun kenal maknya dan agak sukar nak bagi botol di saat puan boleh menyusu terus.

Biar bayi faham, mak ada = breast. Mak pergi kerja = botol.

Katalah minggu pertama tinggalkan bayi, bayi minum sikit susu, takda masalah juga sebab biasanya minggu pertama bayi akan ambil masa untuk sesuaikan diri dan sanggup tahan lapar.

Biasanya minggu kedua, bayi sudah boleh faham dan terima. Bayi ini dipanggil reversed cycling dan tiada masalah kalau bayi minum sedikit di hari siang ketika puan bekerja.

Puan boleh refer dan baca dua artikel di bawah untuk faham tentang reverced cycling baby.

3 Tips Mengurus Bayi Yang “Reverse Cycling”

5 Teknik Memberi Susu Ibu Jika Bayi Menolak Botol Susu

Setelah ibu ini faham penerangan di atas serta membaca artikel yang saya kongsikan, masalah ini telah pun selesai.

“Alhamdulillah puan, anak saya sudah boleh minum botol susu kat rumah pengasuh”.

“Alhamdulillah, bayi saya usia 4 bulan lebih suka minum dalam sippy cup bila ditinggalkan walaupun sebelum ini dia menolak botol susu.”

Anda masih tak faham lagi cara nak simpan dan uruskan stok susu ibu?

Terutama nanti bila naik kerja nak bagi pada pengasuh?

Download panduan ini supaya anda faham pengurusan stok susu ibu yang betul tanpa menjejaskan khasiat susu ibu selepas diperah.

(KLIK PADA IMEJ DI BAWAH SEKARANG)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.