Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

4 Teknik Simple Untuk Bercerai Susu

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Sewaktu anak saya Nuha dah 2 tahun 5 bulan, ada yang bertanya

  • Nuha dah berhenti menyusu ke?
  • Saya dah stop menyusu ke bile Nuha 2 tahun?
  • Kenapa Nuha masih menyusu lagi?
  • Tidak kurang juga orang yang memberi idea kepada saya suruh letak asam, garam jugak menyuruh saya kata “susu basi”, “susu pedas” dan lain2 lagi kerana mereka ingat Nuha tak mahu berhenti menyusu

Ilmu bercerai susu ( weaning off ) memang ramai yang tidak tahu. Jadi saya rasa perlu saya kongsikan di sini apa yang saya buat dan bagaimana proses berhentikan penyusuan tu berlaku.

Teknik weaning off yang saya pakai ialah peraturan

1: Dont offer and dont refuse.

Waktu Nuha masuk 2 tahun, kita tak perlu offer menyusu dan jangan tolak kalau anak minta mahu menyusu. Pastikan anak makan makanan seimbang. Leka dan lengahkan dia untuk menyusu.

2: Kurangkan sesi penyusuan sedikit demi sikit.

Saya tak mengepam dah dan kurangkan sesi menyusu.
Bila kurang menyusu memang automatik susu kita akan kurang dan sikit.

Saya juga ajarkan Nuha minum susu pakai cawan/sippy cup. Letak cawan di meja, cakap,

Nuha sekarang dah besar, kena minum susu dalam cawan.

Awal2 memang anak akan protes, tapi kita perlu tegas, jangan cepat mengalah. Anak kita bijak! Dia memang faham. Dia nak uji kita saja nak tengok serius mana mak aku ni buat rules kat aku hehe.

Alah, rules macam ni la yang saya apply juga kat Nuha supaya die hari-hari mangaji AlFurqan dengan saya.

Setkan rules dengan anak, disiplinkan dari awal.

Sehingga sekarang, rules saya seterusnya ialah

3: Terangkan pada Nuha, dia sudah besar, dia bukan lagi baby.

Kalau dah besar, nanti nak pegi sekolah tak boleh dah minum susu ummi. Baby je yang menyusu. Nuha faham beza baby dan kanak-kanak. Terangkan apa dan mengapa. Anak kita ini bijak, ibu semua! Tambah anak yang minum susu ibu lagi la berganda-ganda kebijakkan dan IQ diorang. Jadi kita perlu bijak terangkan pada mereka.

4: rules sekarang yang tengah saya apply. Menyusu hanya malam saja,

Nuha memang sudah tidak menyusu di siang hari walaupun saya ade. Malam hanya sekali menyusu. Selainnya die request fresh milk/susu kambing.

Ibu semua, proses bercerai susu bukannya hari ini menyusu dan esok/minggu depan stop terus!!Bukan!! Macam saya, target tempoh berhentikan penyusuan dari umur 2-3 tahun. Ini kerana Ustaz Hassan Din AlHafiz memberitahu saya Rasulullah SAW berhenti menyusu pada umur 3 tahun. 3 tahun ialah maksimum penyusuan. So saya go on dengan plan ini. ( setiap ibu berbeza bila mereka mahu stopkan menyusu ye bergantung masing-masing)

Adakah logik, setiap hari bayi anda menyusu ibu, tiba-tiba hari ini anda mahu stop terus tak bagi susu, anda lumur garam, asam? Macam anda setiap hari diberi makan nasi, tiba-tiba hari ini anda di”sekat” tak boleh makan nasi!! Bayi anda kecil lagi, dia pun tak faham kenapa mama ni..tiba-tiba tak kasi susu?
Kasihan emosi bayi tercedera bila kita buat sesuatu yang tak sepatutnya..malah anda tak perlu menipu pun anak anda untuk berhenti menyusu.

Saya tak tergamak menipu Nuha, anak saya yang bijak. Nuha kalau makan, die sendiri tahu makanan apa yang rasa pedas, rasa manis, rase asham ( masam) dan rasa pahit. Juga, Nuha tahu rasa basi macam mana. Terus terang, saya tak tergamak tipu dia cakap susu saya basi. Rasa tak patut kerana susu inilah susu terbaik yang Allah anugerahkan pada saya, untuk Nuha sehingga die membesar sihat, cergas dan cerdik.

Malah melalui susu inilah, segala antibodi disalur kepada Nuha dan susu inilah susu paling bersih, selamat dan tidak tercemar, kerana ia ciptaan Allah! Adakah patut kita katakan susu yang Allah cipta ini pedas ataupun basi?

TIdak menipu, dan bercakap perkara benar. Bukanlah maksudnya, saya beri sahaja dia menyusu. Tetapi dia perlu akur pada rules, dan kita perlu tegas pada rules.

Sehinggalah selepas beberapa bulan, setiap malam saya berdoa kepada Allah supaya Nuha berhenti menyusu dan setiap malam saya “program”kan mindanya dia akan berhenti menyusu waktu bila.

Akhirnya Nuha berjaya juga berhenti. Secara berperingkat dari siang berhenti, malam sahaja dan beberapa bulan selepas mindanya diprogram, siang dan malam berhenti.

Jika dia rindukan pada menyusu, saya akan kata, “Nuha boleh cium dan peluk umi je, atau berlakon menyusu, tapi tak boleh menyusu tau sebab dah besar.”

Nuha menjawab, “Orait Umi” dan dia hanya berlakon saja menyusu sambil cakap, “Nuha sayang susu ummi, Nuha rindukan susu ummi “.

Berhenti menyusu perlukan ibu dan anak masing-masing bersedia.

Juga, penyusuan tempoh sekarang yang saya tengah lalui ini, ia lebih kepada penyusuan kasih sayang, hubungan erat, bonding antara saya dan Nuha. Bukan untuk hilangkan dahaga/kenyang!

Nuha sendiri dia cakap, ” ummi, susu ummi dah takda..”

Saya jawab, ” memangla takde Nuha, sebab Nuha kan dah besar “.

Nuha faham, dan dia akur. Saya pun akur.

Perasaan berpisah susu, hanya ibu dan anak saja yang faham. Adakala anak dah bersedia stop menyusu. Tapi ibu masih tidak bersedia.

Apepun, biarlah proses bercerai susu, berlaku dalam keadaan keduanya bersedia.
Penyusuan saya pada Nuha sekarang hanya sekadar bonding kasih sayang antara kami berdua!

Apepun menyusu ini ibu yang buat keputusan, perlu perancangan yang rapi sejak awal. Kita sendiri boleh buat keputusan untuk banyakkan susu..dan bila anak dah nak berenti menyusu, kite sendiri boleh buat keputusan untuk susu kita kurang dan hentikan pengeluaran susu dengan ilmu dan teknik yang betul dan dalam masa yang sama menjaga hubungan baik kita dengan anak.

Alhamdulillah, Nuha berhenti menyusu ketika umurnya 2 tahun 11 bulan.

Sekarang umur Nuha sudah 4 tahun, adakala dia berlakon menyusu juga, dan peluk saya sebab rindukan momen itu.

Katanya, “Nanti bila kat syurga, Nuha nak minta Sungai Susu Ummi, Nuha boleh minum banyak susu Ummi!”

DIDIK MEREKA DENGAN HIKMAH

1. Jika mereka tidak dapat sesuatu (contoh : perlu berhenti menyusu), dan mereka sabar. Allah akan sediakan ganjaran yang lebih baik lagi selepas ini

2. Tidak semestinya apa yang anak kita nak dan suka itu, terbaik untuk dia kerana Allah lebih tahu.

3. Di Syurga, mereka boleh dapat kesemua apa yang mereka mahu di Syurga nanti.

Ajarkan Syurga pada anak-anak, jika mereka sudah hampir 3 tahun dan kecewa kerana perlu berhenti menyusu,

dan mereka masih lagi protes, ajarkan hikmah pada mereka.

” Kadangkala, tidak semestinya apa yang Nuha nak sekarang, terbaik untuk Nuha, sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk Nuha “, jika Nuha nakkan sesuatu dan dia tidak dapat.

” Macam sekarang, Nuha tak dapat menyusu lagi dan kena berhenti, Allah tahu apa yang terbaik untuk Nuha.

Dan kalau Nuha sabar, Allah akan bagi benda lain yang lagi best dekat Nuha nanti! “

Ajarkan Syurga, biarkan mereka idam-idamkan Syurga kerana tidak dapat di dunia.

Seperti Nuha, dia sedar dia sudah perlu berhenti menyusu, tetapi dia okay apabila saya katakan, nanti di Syurga, Nuha boleh minta pada Allah, nak sungai susu.

Sungai susu ummi pun ada dan boleh minum sepuasnya.

Bulat mata Nuha bila tahu, “ada sungai susu Ummi!!! Wah..Nuha nak masuk Syurgalah! “

1

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.