



1# BILAKAH MASA YANG SESUAI UNTUK IBU BERSALIN CEASER BERBENGKUNG?
Sebaiknya sehari selepas bersalin. Gunakan bengkung moden IbuSuri untuk memberi sokongan kepada otot perut yang menggeleber dan luka jahitan.
Bengkung moden yang express ini sangat mudah dipakai. Cuma elakkan memakai dengan ketat sahaja.
2# HARI KE-7 DAN SETERUSNYA
Pada hari ke-7 dan seterusnya apabila anda sudah selesa bergerak, anda boleh sapukan Btoned Slimming Gel di kawasan sekeliling perut, pinggang dan punggung. Elakkan menyapu di tempat pembedahan.
Selepas itu, sapu Body Beauty Oil (BBO) pula di kawasan seperti peha, dan sekeliling perut yang mempunyai kesan parut strechmark.
3# 2 MINGGU SETERUSNYA
Teruskan memakai Btoned Slimming Gel, Body Beauty Oil dan boleh perketatkan lagi bengkung yang dipakai (ikut keselesaan masing-masing). Perkemaskan lagi pemakaian bengkung supaya pinggang lebih ramping.
4# KENAPA BERBENGKUNG ITU PENTING?
Cepatkan proses pengecutan rahim
Bantu untuk keluarkan angin dan toksik di dalam badan
Melancarkan pengeluaran darah nifas
Elakkan rasa sengal dan pedih pada luka pembedahan (bila darah nifas keluar lancar, barulah rasa sengal dan sakit boleh hilang.
Elakkan rasa ngilu dan pedih ketika hubungan bersama suami selepas berpantang.
5# KESAN JIKA TIDAK BERBENGKUNG DAN MEMAKAI UBAT SAPU.
Perut senang buncit
Menggeleber perut yang menyebabkan sakit dan lenguh di bahagian pinggang dan pinggul
Betis dan tumit senang sakit dan lenguh (tumit berkaitan dengan masalah rahim)
Sakit lutut yang buatkan pergerakan anda terjejas.
(Simpton di atas berlaku kerana urat peranakan, ari-ari dan celah peha anda tegang dan membengkak)
6# UNTUK SIAPA RAWATAN INI?
Khas untuk ibu-ibu yang boleh duduk diam dan tidak lasak ketika berpantang. Rawatan ini juga sesuai untuk anda yang tidak mengalami komplikasi pada luka pembedahan.
Tidak sesuai untuk ibu yang lasak kerana dikhuatiri luka jahitan anda mudah terbuka. Namun, jika anda tidak melakukan rawatan ini, perut anda senang buncit, merekah dan menggeleber.
Jadi, pastikan anda kurangkan pergerakan ketika berpantang ya!
Komen ibu bersalin ceaser yang menggunakan Bengkung Moden Ibusuri



