Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

5 Peralatan Penyusuan Yang WAJIB Ibu Menyusu Tahu

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Kali ini, saya ingin kongsikan keperluan peralatan penyusuan yang WAJIB ada buat ibu yang ingin menyusukan anak terutama ibu yang bekerja.

Yelah..kalau nak sukses berjaya menyusu selama 2 tahun, anda perlulah “melabur” sedikit wang untuk membeli beberapa peralatan penyusuan ni.

Antara persoalan ibu

Apa peralatan penyusuan yang saya perlu sediakan?
Breastpump ni ape jenis yang ade? Ice pack dan ice brick tu apa dan apa fungsinya?
Plastik liner tu pula macam mana rupanya dan perlu ke dalam menyusu nanti?
Cooler bag? Menatang ape tu? Tak tahu la..

Jadi, di sini saya kongsikan 5 jenis peralatan penyusuan yang anda perlu kenal dan tahu fungsinya, dan anda perlu sediakannya sebelum anda bersalin nanti jika anda mahu menyusukan bayi anda.

Sekurang-kurangnya, jika ada apa-apa risiko selepas bersalin nanti. Tidaklah kalut sangat kan.

Okey, mari kita lihat apa dia peralatan tu?

1# BREASTPUMP

Breastpump ada dua jenis, iaitu single breastpump atau double breastpump.

malish manggo PUMP-500x500

Single breastpump ialah pam susu yang boleh memerah susu sebelah payudara sahaja. Biasanya single pam yang automatik, harganya Rm 200 ke atas.

passion-500x500

Double breastpump pula ialah pam susu yang boleh memerah kedua-dua belah payudara secara serentak. Biasanya double pam yang automatik memerah dan “freestyle” harganya dalam lingkungan RM 400 ke atas.

Nasihat saya, jangan sesekali merasakan membeli pam susu yang berharga RM 200 ke atas ialah satu kerugian, ini kerana membeli pam susu ialah satu pelaburan yang sangat baik untuk jangka masa panjang jika anda memang benar-benar mahu menyusukan anak selama 2 tahun!

Elakkan membeli pam susu yang murah hanya kerana anda mahu berjimat, ini kerana pam susu yang murah biasanya sakit bila digunakan, cepat rosak dan tidak tahan lama. Bila sakit, puting ibu juga akan mudah luka.

Letakkan di minda, duit membeli pam ialah satu pelaburan jangka panjang. Pam yang mahal, seperti double breastpump biasanya sangat selesa digunakan, tidak sakit kerana punyai level sedutan dan juga tahan lama sehingga bertahun-tahun hingga ke anak seterusnya.

Saya sendiri menggunakan Double Breastpump Spectra3 yang saya beli pada tahun 2011 dan menggunakannya sepanjang 2 tahun menyusukan anak saya.

Kini, anak saya sudah berusia 4 tahun pada 2016 dan Alhamdulillah pam itu masih elok motornya dan masih boleh digunakan.

Sekiranya anda ibu bekerja yang sangat sibuk seperti doktor, guru, kerja di Jabatan Kerajaan yang keluar pagi dan balik petang/ malam serta selalu tersangkut di jalan kerana jem, saya sarankan anda melabur untuk mendapatkan double breastpump kerana kini sudah ada pam yang bukan sahaja automatik memerah kedua belah payudara anda, ia juga boleh “freestyle” yang mana anda tidak perlu pegang pam ketika memerah!

Dalam kereta sambil memandu pun boleh pam susu! Senangkan..

Selamat memilih breastpump yang terbaik dan selesa untuk diri anda!

Jika anda ingin melihat breastpump yamg kami sediakan beserta hadiah FREEGIFT yang banyak! Boleh ke link ini.

Oh ya, saya juga bagi hadiah FREE POSTAGE untuk sesiapa yang beli mana-mana breastpump di kedai kami!

Semoga tawaran ini membantu anda mendapatkan pam yang terbaik untuk bayi anda.

2# COOLER BAG

11008507_666908306754567_3413125000385286811_n-500x500

Apa tu cooler bag? Cooler bag ialah satu bag penyejuk yang kita akan gunakan untuk bawa susu ibu yang sudah diperah tu.

Sebab, susu ibu ni tak tahan lama di luar suhu bilik..lama-lama lepas 3 jam ia akan basi!

Jadi, selepas anda memerah di tempat kerja, atau untuk membawa susu anda kepada pengasuh, anda perlu meletakkan susu anda di dalam cooler bag bersama ice pack.

Ini kerana, susu anda akan kekal sejuk di dalam beg tersebut selama 12 jam lamanya..

Wow lama kan?

Jadi, anda perlukan 1 atau 2 cooler bag sebagai persediaan.

v-coool113230O

 

COOLER BAG DI TEMPAT KERJA

Jika di tempat kerja anda tiada peti ais atau peti ais jauh, cooler bag ialah peti ais mini untuk anda simpan susu anda. Selepas perah susu, simpan susu anda dan juga corong pam di dalam cooler bag. Nanti, nak pulang ke rumah, usung sahaja bag tersebut okey. Ianya sangat berguna jika anda perlu ke kursus di luar kawasan.

COOLER BAG DI RUMAH PENGASUH

P7130014

Ini juga pilihan jika di rumah pengasuh, peti ais tidak disediakan untuk simpan susu atau anda risau susu anda bercampur dengan susu anak-anak pengasuh yang lain. Boleh saja sediakan cooler bag tersebut bersama susu yang sudah dilabelkan nombornya untuk diberi kepada anak. Tahan sejuknya dari pagi hingga ke petang.

Pengasuh pun mudah hanya ambil dan simpan di bag itu sahaja.

3# ICE BRICK & ICE PACK

Ice brick & ice pack ini ialah ice yang di pekkan dan boleh dibekukan berulang-ulang kali untuk kegunaan sepanjang perjalanan penyusuan anda.

Memang, beli sekali sahaja kemudian bekukan. Esok, anda hanya perlu masukkan ice pack/ice brick di celah-celah botol susu untuk sejukkan susu sepanjang anda bekerja dan ketika meninggalkan susu untuk anak anda dengan pengasuh. Malamnya, anda perlu keluarkan dari beg dan masukkan ice pack/ice brick dalam peti ais semula untuk dibekukan dan guna pada esok harinya pula.

Jadi, tak perlulah anda beli ais setiap hari! Kalau tiada ice pack ini…terpaksalah anda membeli ais ketul atau letak ais ketul pula di dalam beg anda. Kena buat ais setiap hari pula, dan nanti bila ais cair, basah pula beg anda nanti!

Sekarang sudah senang, dapatkan sahaja ice pack/ice brick ini.

Mari saya ceritakan perbezaan di antara ice pack dan ice brick.

ICE BRICK

ice brick vcool-500x500

Tahan lama penggunaannya dan tidak mudah pecah kerana gel aisnya disaluti dengan plastik yang keras.

Harganya juga murah dan berpatutan.

 

 

 

ICE PACK

ice pack-500x500

Tahan lama penggunaan tetapi plastiknya mudah pecah. Kerana gel aisnya hanya disaluti plastik yang tidak tahan lama.

Namun jangan risau, saya akan kongsikan penyelesaian, apa anda perlu buat untuk guna semula ais pek, jika plastik ais pek anda pecah.

Teruskan membaca..

 

4# STORAGE BOTTLE

labeling expressing-breastmilk

Botol penyimpanan susu ibu ini juga sangat penting, iaitu untuk

  • simpan stok susu ibu yang sudah diperah (di rumah)
  • dibawa ke tempat kerja (untuk mengepam)
  • dibawa ke rumah pengasuh (untuk bayi)

Biasanya selepas pam, saya akan labelkan TARIKH DAN KUANTITI SUSU YANG DISIMPAN.

Contohnya, 12/5/2015 (4 OZ)

Penting untuk anda pastikan botol penyimpanan anda itu BPA-FREE. Kebaikannya ialah, boleh dibasuh dan digunakan berkali-kali.

Autumnz Milk Storage Bottles natural 10pcs_m

 

Jadi, sepanjang perjalanan penyusuan anda menyusukan bayi anda. Anda perlulah memiliki MINIMUM 10 BOTOL untuk memudahkan urusan penyusuan.

Sebaiknya belilah lebih sedikit. Dalam 15 botol pun sudah sangat mencukupi.

Ini berdasarkan pengalaman saya dan pemerhatian saya, biasanya anda perlukan MAKSIMUM

  • 4 botol untuk pam di tempat kerja
  • 5 botol untuk dibawa kepada pengasuh
  • 3 botol untuk stok susu (di peti ais bawah di rumah)
  • 3 botol kosong sebagai “back-up” (sekiranya anda mahu pam di rumah)

Aik..3 botol je ke stok susu simpan di rumah tu? Mesti anda rasa pelikkan? Cukup ke? Simpan dekat peti ais bawah je?

Jadi, susu yang beku dan “frozen” tu nak simpan dalam bekas mana?

Okey, nanti saya akan ceritakan.

5# STORAGE LINER

ATZzlsL

Ianya ialah sejenis plastik liner yang digunakan untuk menyimpan susu dan BPA free juga.

Cuma bezanya, ia pakai dan buang. Kebaikannya ialah, harganya lebih murah daripada botol simpanan susu dan menjimatkan masa (kerana tak perlu basuh).

Ia juga menjimatkan ruang simpanan. Jika anda tiada deep freezer atau peti ais anda kecil, memang plastik storage ini sangat bermakna untuk jimatkan ruang peti ais anda!

Biasanya, saya akan guna botol simpanan susu di peti ais bahagian bawah, di bahagian chiller. Susu yang telah diperah, dan tidak lagi dibekukan, saya akan simpan di peti ais bawah dahulu untuk disejukkan.

Jika sudah beberapa hari dan susu itu tidak digunakan lagi, barulah saya akan pindahkan susu ini kedalam storage liner dan bekukan di dalam freezer (peti ais atas).

Banyak tau ruang peti ais yang boleh saya jimatkan bila saya bekukan susu pakai plastik liner ni! Tengok gambar di bawah.

12355069_1010728245614564_1331961723_n 12348753_1010728225614566_1363735748_n 12355254_1010728235614565_935800245_n

Kesimpulannya : Bila guna storage liner, simpanan stok susu kita akan lebih teratur dan menjimatkan ruang.

PETI AIS BAWAH : Hanya gunakan botol simpanan susu sahaja. (untuk sejukkan susu yang baru diperah)

PETI AIS ATAS      : Hanya gunakan plastik liner (untuk bekukan susu ibu untuk kegunaan akan datang)

Pendek kata, bila teratur begini. Kita nak ambil stok susu yang tarikh paling awal pun senang! Stok susu bertarikh paling awal akan berada di bawah sekali, dan perlu digunakan dahulu.

Manakala, stok susu yang baru akan berada di atas, dan lama-kelamaan akan turun ke bawah bila kita sudah habis guna stok yang paling bawah. Best tau sistem rak susu ni.

milkies-breast-milk-freezer-storage-system (1)

 

Plastik liner ini juga berguna bila..ice pack anda pecah! Jika ice pack yang anda gunakan pecah, anda boleh potong dan keluarkan ice gel tersebut, masukkan dan sealkan ke dalam plastik liner.

(Kalau ice brick lebih tahan lama dan tidak mudah pecah)

Jadi, memang berguna sangat plastik liner ini kan!

Okeylah, setakat ini dahulu perkongsian saya. Next post saya akan cerita tentang berapa lama susu ibu tahan untuk disimpan.

Anda masih tak faham lagi cara nak simpan dan uruskan stok susu ibu?

Terutama nanti bila naik kerja nak bagi pada pengasuh?

Download panduan ini supaya anda faham pengurusan stok susu ibu yang betul tanpa menjejaskan khasiat susu ibu selepas diperah.

(KLIK PADA IMEJ DI BAWAH SEKARANG)

Screen Shot 2016-07-29 at 10.16.48 PM

 

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.