Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

5 Tips Berhentikan Susu Formula Untuk Anak

June 1, 2016 by Blog, Penyusuan, Weaning Off No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara persoalan yang pernah ditanya kepada saya ialah,

Assalamualaikum, anak saya berumur 2 tahun 4 bulan. Saya nak stopkan anak saya daripada minum susu formula sebab gigi dia sudah banyak rosak.
Jadi, bagaimana caranya untuk saya hentikan susu formula kepada anak?

Sebelum ini, saya ada tuliskan mengenai perlukah susu formula selepas anak berusia 2 tahun.

Jawapannya ada di link ini.

http://www.nuhababy.com/perlukah-susu-formula-selepas-anak-2-tahun-dr-suriyakhatun/

Kesimpulannya, anak selepas usia 2 tahun sebenarnya tidak perlukan sebarang susu formula ataupun susu dalam bentuk tepung.

KESAN BURUK SUSU FORMULA

Ini adalah apa yang saya belajar daripada Dr Hairin Anisa Tajudin, Pakar Klinik Kanak-kanak Adda & Pakar Penyusuan. Beliau pernah berpesan kepada ibu bapa dan anak-anak. Antara pesanannya ialah,

1) Elakkan sebarang makanan mee segera dan junk food terutama makanan yang mengandungi MSG.

2) Perlu ajarkan anak-anak makan buah dan sayur-sayuran yang banyak setiap hari.

3) Tolong jangan percaya dengan iklan komersial susu formula. Antara pesakit yang dirawat oleh Dr Hairin Anisa ialah kanak-kanak berumur lebih 2 tahun tetapi bermasalah tidak mahu makan apa-apa ( picky eaters) dan sembelit, hanya kerana bergantung kepada susu tepung sahaja.

4) Praktiskan masa makan yang aktif, kreatif dan menyeronokkan. Jadikan masa makan ialah “FOOD IS FUN”. Jangan sesekali berputus asa dalam berusaha mengajar anak makan.

Malah, ada juga diantara kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan ( speech delay ) kerana mereka hanya minum susu formula sahaja selama 2 tahun. Kanak-kanak ini enggan makan solid food dan hanya mahu makan seperti sup dan makanan yang berair sahaja.

Mereka mengalami masalah sukar menggunakan otot mulut untuk menggigit dan mengunyah, hendak menganga pun susah. Otot mulut mereka sangat keras dan sukar dibuka.

Masalah ini dikenali sebagai Food Aversion. Ianya juga ada kaitan dengan pertuturan yang juga memerlukan pergerakan otot mulut.  Rawatannya ialah terapi otot mulut, tetapi bila anak sudah besar dan lasak. Memang sukar untuk terapi ini dilakukan.

ANAK  KETAGIH SUSU FORMULA, BAGAIMANA CARA HENTIKANNYA?

Apabila anak berumur 2 – 6 tahun ketagih susu formula, masih minum berbotol-botol susu.

Bagaimana cara untuk ibu bapa menghentikan susu formula tersebut dan mengajar anak makan?

Disini saya kongsikan beberapa tips daripada pengalaman saya sendiri dan juga apa yang saya belajar daripada Dr Suriyakhatun, Pengasas Spectrum Of Life.

#1 HENTIKAN PENGGUNAAN BOTOL, AJAR PADA ANAK MINUM MENGGUNAKAN CAWAN.

Ini juga ialah saranan Dr Suriyakhatun kepada ibu pada. Apabila anda hentikan penggunakan botol pada anak. Anak akan minum guna cawan dan susunya juga tidak diminum dengan banyak berbanding botol, yang mana boleh dikawal kuantitinya.

Antara respon ibu bapa ialah,

Saya tak tahu macam mana nak hentikan botol, nanti anak saya mengamuk.

Jadi, sebagai ibu bapa perlulah banyak berfikir apa cara kreatif untuk memujuk anak kerana hanya ibu bapa anak itu lebih kenal anaknya berperangai bagaimana.

Bak kata Dr Suriyakhatun,

Ibu bapa juga perlu tahu teknik memujuk anak, belajar menggunakan psikologi supaya anak ikut cakap ibu bapa, bukan ibu bapa ikut cakap anak.

#2 SETKAN RULES DAN TEGAS PADA ANAK.

Apabila anak mengamuk nakkan sesuatu. Jangan beralah terus ikut cakap anak dan jangan pula terus marah. Teruskan berkata padanya dengan lembut,

Tak boleh, sebab tak bagus. Pujuk anak dengan alternatif lain dan benda lain yang lebih baik. Janjikan sesuatu yang bagus dan tunaikan janji itu.

Jangan sesekali beralah sebab apabila kita beralah, anak akan belajar dengan mengamuk itu adalah cara untuk dia dapatkan apa yang dia mahu.

Ada juga ibu bapa akan menjawab,

Sukar nak hentikan gula-gula dan jajan, dia mengamuk nanti terus terguling di pasar raya kalau tak bagi. Saya memang selalu kata tak boleh tapi bila dia sudah mengamuk, saya pun beralah.

Jika begini keadaannya, siapa ketua rumah tangga atau “tuan” dalam institusi kekeluargaan? Kalau kita sentiasa mengikut kehendak anak, maka anak kitalah ketua rumah tangga.

Anak perlukan ada ibu bapa yang ambil peranan mengawalnya,bukannya anak yang mengawal semuanya boleh dan ikut suka hati. Ibu bapa perlu mengawal dengan peraturan dan tegas dengan apa yang ditetapkan.

Kalau pada mula kata tidak boleh, kemudian kata boleh selepas anak mengamuk, anak akan menjadi lebih tidak terkawal dan makanan tidak berkhasiat pula hanya akan merosakkan penghadaman mereka.

Saya ambil contoh anak saya, Alhamdulillah anak saya menyusu susu ibu selama 2 tahun dan kemudian kami tidak membeli sebarang susu formula. Hanya sehari 1-2 kali saya membancuh susu tepung coklat atau memberi susu fresh untuk anak saya.

Namun, akan ada juga hari yang dia mahu susu itu lebih. Contohnya, pagi bangun tidur, dia akan terus minta

Nak susu coklat!

Tetapi, saya awal lagi sudah setkan rules. Sebelum makan atau minum susu itu, dia perlu minum dahulu

Sedikit air kosong

Madu, Zaitun dan Habbatus Sauda

Kemudian, makan dahulu roti ataupun buah-buahan yang saya potong.

Ketika dia sedang makan buah itulah, baru saya bancuhkan susu coklat kegemarannya.

Jadi, itu syaratnya jika mahu.

#3 BIAR ANAK RASA LAPAR, BARU DIA AKAN MAKAN.

Persoalan ibu lagi,

Kalau anak saya merajuk tidak mahu ikut cakap saya bagaimana? Nanti anak saya lapar tak mahu makan.

Apa yang saya buat, saya biarkan sahaja dia tidak makan. Nanti lama-lama, dia sendiri akan rasa lapar dan akhirnya dia akan mengalah dan makan juga apa yang saya sediakan.

Kalau awal-awal lagi kita sudah mengalah, kasihan pada anak tidak makan dan akhirnya beri susu juga. Bagaimana dia mahu rasa lapar itu?

Pendek kata, kalau anak sudah kenyang dengan susu, bagaimana dia mahu makan? Biarlah anak rasa lapar dahulu dan perutnya kosong, barulah dia hendak makan.

Bila anak sudah betul-betul lapar, dia akan belajar makan juga walaupun susah sebab dia tahu dia tidak ada pilihan lain.

Mungkin sebelum ini, dia hanya tahu, kalau saya lapar, saya ada susu yang mama bancuhkan. Namun, untuk mengubah mindsetnya kepada makan perlulah ada prosesnya dan mengambil masa juga.

Jadi, awalnya mungkin sukar namun lama-kelamaan anak sendiri akan faham, kalau lapar bukan susu yang perlu dicari tetapi makanan seperti nasi, sayur, ikan, ayam dan lain lagi.

Lama-lama perutnya akan terima juga dan otaknya juga akan bertukar mindset setelah biasa nanti.

Apa yang penting, kita perlu ingat matlamat iaitu mahu ajar anak makan dan kenal makanan berkhasiat. Perutnya perlu dilatih supaya apabila lapar, carilah buah, sayur, kekacang atau makan nasi.

#4 IBU BAPA IALAH CONTOH UTAMA ANAK

Dalam mendidik anak, saya lebih sukakan prinsip ini.

Action speak louder than words.

Jika kita mahu anak kita suka makan sayur, kita sendiri perlu makan sayur itu bersama anak. Sama juga, jika kita mahu anak makan buah dan lain lagi. Adakan masa makan bersama ibu bapa dan makan bersama-sama anak. Anak perlu lihat yang dia juga makan makanan apa yang ibu bapanya makan.

Anak juga akan merasa kebersamaan makan beramai-ramai bersama ahli keluarga lain.

Apabila anak saya pernah suarakan dia tidak mahu makan, dia mahu minum susu sahaja.

Saya hanya jawab,

Nuha, Nuha ada tengok Umi minum susu ke sekarang? Umi dengan Abah makan sayur, protein, nasi.

Selepas itu, saya pun bercerita dalam sayur ada kalsium, nanti tulang kuat, muka cantik, gigi cantik dan sebagainya.

Sambil buat gaya makan dengan penuh enak lagi sedap sekali.

Nanti lama-lama dia makanlah.

Sama juga dengan minuman, kami biasanya di rumah amalkan minum air kosong sahaja. Jadi, Nuha juga sukakan lebih untuk minum air kosong berbanding air manis ketika di luar. Kerana sudah biasa, di rumah memang tiada kordial.

Susu juga kami biasanya stok susu fresh namun dikawal juga, sehari dalam 2 gelas kerana selainnya Nuha dan kami semua perlu makan makanan seimbang.

Tidaklah hanya bergantung kepada susu semata-mata untuk kenyang.

#5 SEDIAKAN MAKANAN YANG SEDAP BERKHASIAT DAN PERALATAN MAKAN YANG ANAK SUKA

Pendek kata, sediakan pinggan dan cawan yang berwarna-warni dan anak pun suka. Seeloknya, biarlah anak sendiri yang pilihkan.

5077020_B_V5

Kita pula perlu kreatif dan rajin mencari resipi-resipi baru yang anak sendiri suka untuk makan.

Mengajar anak makan bukan sahaja kita mahu anak kenyang. Akan tetapi, kita mahu lebih kenal perangai, sikap dan kesukaan anak kita. Jadi, kenal pasti dahulu apakah buah dan sayur yang anak kita suka makan.

Dari situ, barulah kita mula kreatif dan mencari resipi yang anak suka. Sentiasa mahu mencuba dan jangan sesekali berputus asa dalam mendidikan anak supaya makan makanan yang sihat lagi berkhasiat.

Dibawah ialah beberapa contoh resipi yang anda sendiri boleh cari di google dan facebook.

13335421_1112608792093175_1243361307_n (1) 13318950_1112608788759842_769018991_n 13351145_1112608802093174_1599566225_o

Apa yang penting, konsep asasnya ialah. Anda tidak perlu pening mahu cari resipi baru untuk ajar anak anda makan. Tetapi, anak hanya perlu belajar makan apa yang anda sendiri masak dan makan setiap hari di rumah.

Disini, saya ingin kongsikan beberapa senarai makanan yang halal, berkhasiat dan baik untuk perkembangan otak yang saya belajar daripada Dr Rizal Abu Bakar, Pakar Pemakanan Otak dan Saintis Tidur di dalam Seminar Otak Cantik Otak Cerdik ialah

1) Roti Multigrain dan Roti WholeMeal

2) Regular Oat/Rolled Oat

3) Multigrain Cereal

4) Buah dan sayuran pelbagai warna

5) Capati, tosai dan kuah dhal

6) Kekacang seperti badam, cashewnut, pistachio

7) Buah-buahan kering seperti kurma, kismis, aprikot dan buah tin.

8) Ubi Keledek

9) Sumber protein daripada ikan, ayam dan daging.

Dr Rizal juga menyarankan supaya anak yang minum susu formula, digantikan dengan susu kambing. Itu adalah alternatif yang terbaik.

Jadi, anda boleh kreatif memasak menu makanan yang sedap untuk dimakan bersama nasi. Asasnya sama sahaja iaitu pemakanan yang seimbang dan mengandungi segala nutrisi yang diperlukan badan.

Semoga bermanfaat.

1

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat

Latest posts by Aisyah Samat (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Set Berpantang Lengkap

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

(KLIK PADA GAMBAR)

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.