Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

6 Cara Mandi Dalam Pantang Supaya Rambut Tak Gugur Lepas Bersalin

October 21, 2016 by Berpantang, Blog No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Bagaimanakah cara mandi dengan tertib yang betul buat ibu yang sedang berpantang mengikut cara bidan melayu lama?

Ini ialah apa yang saya belajar daripada Puan Siti Aishah, Juru Urut Bertauliah dalam Urutan Perbidanan dan Rawatan Berpantang Melayu Lama.

Berikut ialah apa yang dikongsikan oleh Puan Siti Aishah tentang cara mandi yang betul buat ibu yang sedang berpantang.

1# MANDI KETIKA WAKTU DHUHA

Mandi ketika matahari dah tinggi sedikit dan cuaca mula suam-suam panas. Kalau cuaca sejuk, elakkan mandi dan hanya lapkan badan. Jika mandi juga, pastikan air suam-suam panas dan cepat-cepat balut badan semula (jangan biarkan badan ibu menggigil).

Bahaya jika ibu menggigil kesejukan kerana dikhuatiri bentan.

2# MANDI AIR REBUSAN DAUN HERBA YANG SUAM-SUAM PANAS

22

Rebus daun-daun herba untuk mandian herba. Kalau tiada daun herba pun, air kosong pun boleh tapi pastikan air suam-suam panas. Bukan suam-suam sejuk okay.

3# WAJIB BASUH MUKA DAN KEPALA DENGAN AIR PAIP BIASA

Jangan sesekali basuh rambut dan muka dengan air panas. Ini memang pantang yang dilarang! Kalau dilanggar, kesannya ibu lepas pantang akan mudah pening kepala, migrain, rambut mudah gugur (keguguran rambut yang kronik) dan kulit muka cepat berkedut. Hanya badan sahaja mandi air suam. Rambut dan kepala guna air biasa.

4# JANGAN MANDI LAMA-LAMA

Orang dalam pantang tak boleh mandi lama-lama, hanya 10 minit sahaja paling lama.

5# AIR MANDIAN HANYA 1 BALDI BESAR SAHAJA

Mandian ibu berpantang hanya 1 baldi besar sahaja dan bukan 1 kolah. Bilas 1-2 gayung dan ratakan 1 badan. Kemudian, sabun badan sepuas-puasnya. Air lebihan dalam baldi digunakan untuk bilas sabun. Ia sudah cukup.

6# MANDI 1 HARI SEKALI

Mandi sehari sekali sahaja. Jika ibu mandi banyak-banyak dan lama-lama dalam pantang, kesannya badan ibu tidak anjal, kulit tak firm walaupun kurus, nampak menggelebeh badan dan muka nampak sembab.

Jadi, inilah aturan mandi ketika berpantang yang saya belajar. Bak kata Puan Siti Aishah, “tak nak ikut takpa tak dosa, tapi kalau ikut jadi lawa dan sihat ! Tepuk dada, tanya jiwa.”

TIPS PENJAGAAN RAMBUT KETIKA PANTANG

Malah, Puan Siti Aishah juga berkongsi penjagaan rambut yang beliau amalkan ketika berpantang iaitu:

1) Basuh rambut hanya seminggu sekali

2) Letakkan minyak herbanika di ubun-ubun kepala setiap hari ( setiap pagi lepas mandi dan malam sebelum tidur)

3) Rambut ditoncet tinggi-tinggi dan ketat-ketat.

Hasilnya, anak rambut mula keluar dan rambut juga jarang gugur lepas bersalin.

Cara membasuh rambut pula, syampoo macam biasa. Gunakan air pair biasa, elakkan membasuh rambut dengan air suam.

Komen ibu yang menggunakan Mandian Herba Ibusuri

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.