Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

6 Tips Melatih Anak Minum Menggunakan Botol Susu

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Kali ini saya ingin kongsikan tips untuk melatih bayi minum susu ibu melalui botol.

Antara soalan yang pernah ditanya kepada saya ialah

Anak tak mahu menyusu menggunakan botol.
Masalahnya susu yang akak pam terbuang sahaja sebab anak tak mahu menyusu menggunakan botol semasa akak bekerja.
Aisyah ada tip untuk dikongsi ke macam mana dapat membantu masalah akak supaya dapat memberikan anak susu ibu melalui botol?

Jadi kali ini saya ingin kongsikan, terutama buat ibu yang bekerja dan menyusu sepenuhnya, tips melatih anak minum menggunakan botol susu!

1# MASA YANG SESUAI UNTUK MELATIH ANAK

Ini adalah tips paling penting! Ibu perlu tahu bila masa yang sesuai.

Masa yang sesuai ialah ketika umur bayi berusia 4-6 minggu ye.

Jika anda melatih bayi awal sangat, sebelum usianya 1 bulan, bayi berisiko untuk keliru puting.

Jika anda melatih bayi lewat sangat pula, risikonya ialah bayi memang akan tidak mahu lagi puting botol! Ini kerana bayi ketika itu sudah bijak membezakan yang mana satu puting ibu dan mana satu puting botol.

Alamatnya, kalau terlewat ajar. Terpaksalah bawak bayi ke ofis. Hehe (gurau)

Bayi yang menyusu sangatlah cerdik, jadi kita perlu lebih “bijak” daripada mereka.

Mulakan melatih botol pada masa yang sesuai ye iaitu usia 4-6 minggu.

2# BERI SUSU KETIKA BAYI BELUM BETUL-BETUL LAPAR

Breastfeeding-and-formula-feeding-early-cues

Anda boleh mulakan latihan memberi susu ketika bayi menunjukkan tanda awal lapar. Jangan pula tunggu sampai bayi menangis  dan betul-betul lapar! Mengamuk nanti bayi.

Macam kita kan, kalau dah lapar sangat, mana boleh nak sabar lagi.

Jadi, supaya suasana latihan tenang, ibu tenang dan bayi pun tenang, mulakan beri bayi botol ketika dia belum betul-betul lapar.

Menangis bukan tanda awal bayi lapar ye.

3# POSISI MENYUSUKAN YANG BETUL

introduce-baby-to-bottle-feeding

Bukan ibu menyusu sahaja yang perlukan posisi yang betul ketika menyusu, namun jika anda mahu melatih bayi minum botol juga anda perlukan posisi yang betul.

Antara masalah yang boleh berlaku jika anda menggunakan posisi yang salah ialah, bayi tidak selesa dan tidak mahu menghisap botol!

Juga, jika bayi boleh menghisap botol, bayi minum dengan banyak sehingga anda merasakan susu yang anda pam tidak cukup pula!

Jadi, pastikan posisi anda betul iaitu tinggikan kepala bayi dan pastikan aliran susu adalah perlahan, supaya bayi boleh mengawal hisapan susu.

4# MENGGUNAKAN SUSU IBU YANG BARU DIPAM ATAU YANG TIDAK DIBEKUKAN

Sebaiknya pada hari pertama, gunakan susu ibu yang “fresh” sama ada yang baru dipam atau atau hanya disejukkan di peti ais bawah.

Elakkan menggunakan susu ibu yang sudah dibekukan di peti ais atas (frozen).

Ini kerana, bayi yang biasa menyusu terus dengan ibu, biasa dengan rasa susu yang “fresh”. Susu yang baru dipam dan yang belum dibekukan, lebih segar dan rasanya masih sama dan sedap seperti asal. Manakala, susu yang telah dibekukan, rasanya sudah berubah sedikit, agak kurang sedap pada bayi namun masih elok dan berkhasiat.

Seperti kita, antara makanan yang baru dimasak, makanan yang sudah disejukkan kemudian dipanaskan atau makanan yang sudah dibekukan kemudian dicairkan semula, mana satu yang lagi sedap?

Tentunya makanan yang baru dimasak kan? Sama juga seperti susu ibu.

Juga, pastikan segala bahan basah seperti ayam, ikan, udang atau apa sahaja makanan berbau dalam peti ais anda disimpan di dalam tupperware yang bertutup rapat. Ini kerana, bau makanan tersebut boleh meresap masuk ke dalam susu ibu yang disimpan. Nanti rasanya akan kurang sedap.

Akibatnya, bayi akan menolak jika diberi susu ibu yang dipanaskan itu!

Hanya kerana rasa susu yang lain dan kurang sedap daripada biasa.

5# PASTIKAN BUKAN IBU YANG MEMBERI BOTOL

Pastikan orang lain selain ibu yang mengajar bayi minum botol.

Anda boleh dapatkan bantuan suami, pengasuh, ibu anda sendiri atau ibu mertua.

Anda pula? Tak perlu ada sekali. Duduklah di bilik, jauh dari bayi dan..boleh lah mengepam susu ketika ini untuk dibuat stok ketika mula bekerja nanti.

Kalau anda ada sekali bersama bayi, alamatnya bayi juga akan cenderung menolak botol. Ini kerana, bayi pada ketika ini sudah kenal dengan bau anda dan kelibat anda.

Bayi ini sangatlah bijak, dia boleh bau badan anda dan dia kenal dan boleh bezakan mana satu payudara ibu dan puting botol.

Jadi, pastikan anda tidak kelihatan di depan bayi ketika mahu melatih bayi.

6# PROGRAMMING MINDA ANAK SEJAK AWAL LAGI

Mula programkan minda anak anda sejak awal lagi, mulakan ia seminggu awal sebelum tiba hari dimana anda mahu mula melatih bayi minum botol.

Selalu katakan pada bayi anda, anda perlu pergi bekerja dan jika anda tiada, dia perlu minum susu ibu melalui botol. “Install”kan selalu pada bayi supaya masuk di dalam minda separa sedarnya.

Contohnya

Mama nak masuk kerja lagi 3 minggu. Minggu depan mama nak ajar Amar minum botol ye, sebab minggu depan mama takde.
Kalau mama takde, Amar kena minum botol.

Supaya bayi lebih bersedia dari segi emosi bila anda mahu mengajar bayi minum botol nanti, tidaklah bayi anda terlalu terkejut kemana pula hilang ibunya?

Buatkan bayi faham, jika ibu tiada, maknanya ibu pergi kerja dan “breast” juga tiada untuk dihisap.

Jadi, bayi perlu minum botol. InsyaAllah, lama-lama bayi faham yang bila ibu tiada, dia hanya ada satu pilihan sahaja iaitu perlu minum susu ibunya melalui botol susu.

Anda nak tahu bila waktu paling best nak “reset minda” anak? Waktu paling baik dan bagus ialah lakukannya 5 minit sebelum anak tidur di waktu malam.

Okey cukuplah perkongsian saya pada 6 tips ini.

Semoga anda dapat mempraktikkannya.

Oh ya, macam mana pula bagi ibu yang terlewat ajar anak minum botol atau anaknya memang tidak mahu hisap botol?

Seperti masalah ibu di atas tadi. Katalah anda sudah cuba semua tips di atas dan buat macam-macam cara, tapi anak tolak botol juga.

Jadi, nak paksa macam mana lagi ye?

Sebenarnya, puting dan botol bukanlah satu-satunya cara untuk memberi bayi minum susu.

Kalau anda nak tahu, saya juga pernah mengalami masalah anak tidak mahu minum botol.

Ini kerana, saya terlewat mengajar Nuha minum botol. Saya mula melatih Nuha minum botol ketika usianya lebih 2 bulan, dan akibatnya jenuh dipaksa, dilatih, beli bermacam-macam jenis puting dan botol namun semuanya ditolak oleh anak saya, Nuha. Memang dia benar-benar marah dan mengamuk jika diberi botol!

Akhirnya, setelah saya meng”google” dan sehinggalah saya terjumpa satu blog penyusuan yang mana penulisnya ialah Pakar Penyusuan Antarabangsa iaitu Kelly Bonyata, blog Kellymom.com

Barulah saya faham rupanya banyak lagi alatan selain puting botol untuk beri bayi minum susu ibu.

Anda nak tahu bagaimana cara saya selesaikan masalah ini dan bagaimana akhirnya Nuha boleh minum juga susu ibu tanpa menggunakan botol susu?

Jemputlah pula membaca artikel tentang cara menyusukan bayi menggunakan alternatif selain botol susu.

Khas untuk anda yang bayi memang menolak botol!

 

Anda masih tak faham lagi cara nak simpan dan uruskan stok susu ibu?

Terutama nanti bila naik kerja nak bagi pada pengasuh?

Download panduan ini supaya anda faham pengurusan stok susu ibu yang betul tanpa menjejaskan khasiat susu ibu selepas diperah.

(KLIK PADA IMEJ DI BAWAH SEKARANG)

Screen Shot 2016-07-29 at 10.16.48 PM

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.