



Ini ialah apa yang saya belajar daripada Puan Siti Aishah, Juru Urut Bertauliah dalam Urutan Perbidanan dan Rawatan Berpantang Melayu Lama.
Berikut ialah apa yang dikongsikan oleh Puan Siti Aishah tentang beberapa tips untuk mengatasi masalah faraj yang berbau dikalangan kaum wanita.
Jika seorang wanita mengalami masalah faraj berbau, anda perlu memantau beberapa perkara berikut.
1# PEMAKANAN
Elakkan memakan makanan yang diperam seperti jeruk dan pekasam. Ibu berpantang pula tidak digalakkan memakan ikan kering dan ikan masin, amalkan ikan yang segar sahaja ketika berpantang.
2# LAWAS MEMBUANG AIR BESAR
Masalah faraj berbau atau masalah haid dan nifas berbau hanyir juga berpunca daripada masalah sembelit. Pastikan anda tidak mengalami masalah sembelit.
3# AMALAN MERUANG
Membersihkan faraj dengan mengorek sedikit dalam faraj atas tujuan berhadas.
4# RAWATAN SELEPAS HAID DAN NIFAS
Rendaman faraj dan bertangas mampu mengatasi masalah faraj berbau.
5# KESAN JAMU RAPAT YANG EKSTREME
Jika anda mengamalkan jamu rapat yang ekstreme dalam keadaan anda sembelit, ia akan membuatkan faraj berbau. Seeloknya, elakkan jamu yang hanya rapat semata-mata. Pilihlah jamu herba yang melancarkan nifas, membersihkan rahim dan juga merapatkan kewanitaan.
6# AMALKAN MEMAKAN HERBA DAN REMPAH RATUS
Tidak ada satu supplement pun yang berfungsi untuk menjaga kerapian faraj melainkan herba. Bukan supplemen, bukan vitamin dan bukan kolagen
Hanya herba yang membantu merawat dan kerapikan kewanitaan seorang wanita itu.
Masalah faraj berbau tidak boleh dibiarkan berlarutan. Ini kerana, jika dibiarkan ia akan menyebabkan masalah bau badan. Masalah bau badan yang terbentuk daripada faraj lebih hanyir daripada bau badan akibat peluh. Malah, kadang kala boleh mencapai tahap sehingga badan berbau bangkai.
Maka, seeloknya jagalah kewanitaan kita dengan rapi. Jika anda mengalami masalah faraj berbau dan hanya spray atau menyapu perfume atau membasuh dengan air inai atau sireh sahaja, ia tidak akan mampu mengatasi masalah ini. Kerana ia melibatkan kebersihan dan kesihatan dalaman seorang wanita.



