7 Cara Selesaikan Masalah Bengkak Susu

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Kali ini, saya ingin berkongsi tentang masalah bengkak susu.

Antara masalah ibu yang pernah saya bantu ialah seorang ibu yang bersalin anak ke-3 dan sudah 31 hari berpantang.

Masalahnya ialah, payudaranya sakit dan bengkak.

Katanya

Payudara saya bengkak, saya merasakan sekeliling payudara saya ada ketulan, sehingga menggigil demam dibuatnya, sangat sakit. Apa yang saya boleh buat?

Anda pernah alami masalah ini?

Biasanya ia berlaku ketika minggu pertama selepas bersalin

Antara tanda-tanda payudara membengkak ialah

  • Sakit pada payudara
  • Bengkak yang panas
  • Kulit payudara tegang dan berkilat
  • Payudara keras dan terasa ada ketulan
  • Puting tenggelam ke dalam
  • Bayi sukar melekap di payudara

Sekiranya tanda di atas ini berlaku kepada anda, memang sah!

Payudara anda sudah bengkak! Jadi, apa anda perlu buat kalau anda kena masalah ini?

Sebelum itu, mari saya fahamkan dahulu apakah punca yang sebabkan payudara membengkak ni?

Punca utamanya ialah apabila

Susu ibu TIDAK dikeluarkan dan payudara TIDAK dikosongkan secara kerap dan efisien

Apabila anda dapati..

Lekapan dan hisapan bayi ketika menyusu tidak betul

Bayi kurang menyusu (mungkin akibat kenyang atau faktor lain)

Maka, akan bengkaklah payudara ibu akibat saluran susu yang tersumbat hasil daripada ketulan susu ibu yang tidak lancar.

Jadi, sangatlah penting untuk ibu pastikan

Susu ibu lancar dan saluran susu ibu tidak tersumbat!

Sebab itu penting, untuk pastikan bayi kerap menyusu!

Ianya baik kerana melindungi ibu daripada terkena masalah bengkak susu ini.

Okeylah..kalau sudah faham. Mari kita lihat 7 cara menyelesaikan masalah bengkak susu ini.

7 cara selesaikan masalah bengkak susu ini saya belajar daripada salah seorang pakar penyusuan iaitu, Dr Hairin Anisa Tajudin, Pakar Paediatrik dan Konsultant Penyusuan Antarabangsa (International Board Certified Lactation Consultant – IBCLC).

Apa caranya? Jom..kita tengok

1# TUAM SEJUK DAN TUAM PANAS

disposable_ice_pack_instant_cold_pack_cold_compress

Sekarang, anda sudah sangat sakit ! Jadi, legakan kesakitan dengan lakukan tuam sejuk dahulu. Iaitu balut ais atau ice pack dengan tuala basah dan tuamkan di sekitar payudara.

Tujuannya supaya, kesejukan itu menyebabkan kulit payudara kebas dan kesakitan akan berkurang.

hot-compress

Selepas itu, buat pula tuaman panas. Ambil tuala yang direndam air suam panas dan tuamkan sekeliling payudara. Tuam payudara daripada atas dada ke arah puting, buat putaran ke semua arah. Ini supaya saluran susu akan mengembang kerana kepanasan tuala tadi dan ianya dapat melancarkan semula saluran susu yang tersumbat.

Buat tuaman panas ini berulang kali okey.

2# URUTAN DI SEKITAR AROELA

lymphatic-breast-massage-9-638

Gunakan ibu jari dan jari telunjuk anda, main-mainkan disekitar kawasan aroela, tekan aroela ke dalam secara perlahan dan tarik puting perlahan.

Kemudian, gunakan 4 jari anda (jari telunjuk sehingga jari kelingking) buat urutan di sekitar keliling payudara. Urutkan daripada atas dada ke arah puting, buat putaran ke semua arah. Tepek-tepekkan secara perlahan. Buat berulang kali juga sehingga payudara terasa lembut.

41AizxaDcCL._SY300_

Anda boleh juga gunakan handheld massager, yang boleh memberi urutan lembut pada payudara. Urutkan daripada dada turun ke arah puting, buat putaran ke semua arah. Ini kerana ia membantu tanggalkan gumpalan susu yang tersumbat dan terlekat dalam saluran susu anda.

9

 

Selain itu, anda juga boleh menggunakan Tuam Bayi untuk masalah bengkak susu ini. Tuam ini mengandungi sireh, jintan hitam dan halba. Panaskan tuam dengan menggunakan seterika atau lalukan di atas api lilin.

Tuam di kawasan belakang tengkuk, sekeliling payudara termasuk bawah payudara dan di celah ketiak serta ulu hati. InsyaAllah ia boleh melegakan bengkak dan urat-urat di badan kita.

3# MEMERAH SUSU

breast-feeding-babys-right-41-638

Setelah payudara dan aroela lembut, barulah anda boleh memerah susu.

Jangan sesekali terus mahu pam payudara yang sedang keras membengkak itu! Aduh..sakit tu. lembutkan dahulu payudara anda dengan 2 cara di atas dahulu, kemudian baru mula memerah.

Anda boleh memerah menggunakan tangan ataupun pam. Paling efektif ialah perahan menggunakan tangan. Jika anda menggunakan pam, pastikan level pam adalah rendah dan perlahan ye.

Apabila susu sudah diperah keluar dan payudara sudah semakin lembut, barulah anda boleh mula susukan bayi.

4# MAKAN SUPPLEMENT

nn_bio lecithin

Anda boleh makan Lecithin (1000 mg) setiap hari untuk melancarkan semula saluran susu yang tersumbat. Lecithin ibarat “minyak pelincir” untuk licinkan “highway” saluran susu anda itu.

image_Vitamin-C

Juga, vitamin C (1000 mg) setiap hari, supaya badan anda dapat bertindak cepat untuk menghasilkan kolagennya sendiri dan “repair” balik kerosakan saluran susu anda yang sudah rosak akibat tersumbat itu.

Sama ada anda mahu mengambil supplement semulajadi atau pil, ianya terpulang.

5# MINUM AIR SUAM BANYAK

AIR SUAM 4

Anda sedang berpantang dan menyusu, jadi sangat perlu untuk anda minum air banyak supaya susu lancar dan perjalanan darah anda lancar.

Ketika berpantang, air yang dilarang minum banyak ialah air sejuk dan air masak biasa.

Air yang boleh anda minum banyak sehingga 2 liter setiap hari ialah air SUAM dan air ubat periuk herba. Ini kerana, air ubat periuk dan air suam bertindak untuk penyembuhan badan dan melancarkan aliran darah.

Apabila air cukup, barulah perjalanan darah lancar.

Tahukah anda? kekurangan air dalam badan akan membuatkan perjalanan darah tidak lancar, dan ia menyebabkan sel-sel payudara akan menghasilkan asid. Jika darah berasid, ia menyebabkan ketulan susu ibu senang terbentuk dan susu ibu mudah berketul serta tersumbat di dalam saluran susu!

Jadi, kena minum air cukup ye..bahaya tu kalau air tak cukup!

6# SUSUKAN BAYI SECARA KERAP

breastfeeding-muslim-woman

Okey, setelah payudara sudah hilang sakitnya serta semakin lembut lepas anda amalkan tips di atas, maka susukanlah bayi anda dengan kerap.

Ketika bayi menghisap, rajin-rajinkan buat urutan payudara mula daripada atas payudara turun ke puting (gunakan 4 jari anda).  Ini dapat melancarkan lagi aliran susu, supaya lebih banyak lemak susu yang terperangkap tu dapat dikeluarkan..

7# MELETAKKAN KOBIS

image001

Anda boleh juga letakkan kobis di payudara. Basuh kepingan kobis dan letakkan selama 15 minit sehingga bengkak itu surut dan lega.

Tetapi, tidak boleh terlalu kerap ye. Ini kerana, kajian membuktikan kobis mampu mengurangkan penghasilan susu secara perlahan-lahan.

Boleh sahaja untuk guna sekali sekali, cuma tidak digalakkan setiap hari dan setiap masa.

PETUA BIDAN LAMA

Petua ini saya belajar daripada Puan Siti Aishah, Juru urut bertauliah & perbidanan melayu lama. Bagi masalah bengkak susu ketika berpantang, ia dikategorikan sebagai bentan urat. Iaitu sumbat angin.

Jadi, ibu boleh cuba rebus 2 paket herbanika NR dengan 3 mug air. Rebus sehingga air menjadi 2 mug air (pekat). Tambah madu di dalam air rebusan akar tersebut.

Hirup perlahan air akar panas dengan sudu sehingga pecah peluh.  Amalkan juga 2 biji Phytonatal dan anda akan mula kentut, sendawa atau muntah angin. Ia normal.

Saya juga guna cara ini ketika bengkak susu sewaktu berpantang anak kedua saya, dan Alhamdulillah ianya berkesan. Selepas itu, esoknya saya berurut pula dan bidan mengurut di bawah ketiak untuk surutkan ketulan bengkak.

Seterusnya, saya bertuam (meletakkan tungku) di kawasan ketulan yang buatkan bengkak susu sehinggalah lama-kelamaan bengkak susu surut.

Selain itu, ibu juga perlu pastikan untuk mengamalkan mandian herba dan bertungku (tuaman 1 badan) supaya mengelakkan masalah bengkak susu ini terjadi sepanjang berpantang.

Pastikan puting susu dibersihkan juga ketika mandi supaya tidak berkerak dan susu mudah keluar.

Okey, setakat ini sahaja perkongsian daripada saya.

Harapan saya, semoga beberapa cara ini membantu legakan masalah bengkak susu anda.

NuhaBaby doakan semoga perjalanan penyusuan anda lancar dan dimudahkan oleh Allah.

Moga tabah ye!

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

 

NuhaBaby

NuhaBaby

NuhaBaby Breastfeeding Centre adalah sumber rujukan khas buat ibu yang hamil, menyusu dan berpantang untuk belajar ilmu kehamilan dan penyusuan.

Senarai ebook di ebook.nuhababy.com

Antara ebook yang ada di NuhaBaby Breastfeeding Centre ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
NuhaBaby

Latest posts by NuhaBaby (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.