Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

7 Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan Ibu Hamil

September 6, 2015 by Blog, Kehamilan No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Sememangnya, badan ibu perlu sihat dan bersedia sepanjang kehamilan supaya bayi dapat membesar dengan sihat dalam kandungan.

Tiada gunanya jika ibu hanya mengambil makanan yang sihat namun tetap berterusan mengambil makanan yang tidak sihat. Ini kerana, makanan tidak sihat akan tetap menjejaskan kesihatan si ibu.

Jemput ke artikel Pemakanan Anak Sihat dan Gebu & Pemakanan Anak Tinggi IQ

Ibu bukan sahaja perlu memastikan makanan yang diambil ialah makanan sihat, juga perlu mengelakkan mengambil makanan yang tidak sihat.

11994333_972458462774876_750771469_n

Kredit : Dari Fb Dr Suriyakhatun

Disini saya kongsikan 7 Jenis makanan yang perlu dielakkan oleh ibu hamil.

#1 SATAY DAN BBQ
76-chicken-satay-skewers

Sebolehnya ibu hamil elakkan makanan yang dipanggang dan berkerak hitam. Kerana kerak itu mengandungi karbon dan karsinogen (bahan penyebab kanser).

Jika dimakan, biarlah sekali sekala sahaja. Sebolehnya jika ibu makan satay, makan sekali bawang dan timun kerana bawang dan timun boleh meneutralkan kembali karbon dan mengandungi bahan anti-karsinogen.

#2 AIR GAS/BIKARBONAT
501512900_487

Elakkan minum air gas/berkarbonat. Ianya mengandungi kadar gula yang tinggi, pewarna dan pemanis tiruan yang tinggi serta asid di dalamnya juga tidak elok untuk badan ibu. Sebaiknya hentikan lebih bagus. Bila mana gula diambil dengan berlebihan, ianya mampu membiakkan bakteria jahat yang dinamakan candida albicans dalam usus ibu. Bakteria ini makanannya ialah gula. Bila ia membiak, dan meng”kucar-kacir”kan usus ibu, maka ia jadi punca pelbagai penyakit seperti keputihan, keletihan, sembelit dan paras gula dalam darah juga tinggi.

#3 JERUK DAN PENGAWET
1

Makanan berpengawet sememangnya tidak elok untuk kesihatan. Bahan pengawet dan pewarna, bukan sahaja tidak berkhasiat malah membawa kepada pelbagai penyakit lain di masa akan datang.

#4 CUKA
1346665119_CukaBuatan_650ml

Sebolehnya elakkan cuka kerana sifat cuka yang menghakis. Bayi perlukan lemak untuk terus membesar dan hal ini berlawanan dengan sifat cuka yang menghakis dan mencairkan lemak serta menurunkan berat badan.

#5 MAKANAN SEPARUH MASAK/MENTAH
2HalfBoilEggs

Makanan separuh masak atau telur mentah mungkin mengandungi bakteria salmonella, oleh itu lebih baik jika anda mengelak dari memakannya semasa hamil. Ini kerana, ketika hamil, sistem imun anda berubah di mana tugas utamanya kini ialah melindungi bayi dalam kandungan.

Ini bermakna, anda lebih mudah mengalami keracunan makanan daripada bakteria salmonella.Keracunan salmonella tidak membahayakan bayi anda secara langsung, tetapi ia boleh membuatkan keadaan lebih teruk apabila anda hamil dan menyebabkan muntah, cirit-birit serta pening kepala.

#6 HERBA DAN REMPAH RATUS
Essential-Herbs-Spices-01-pg-full

Sesetengah ibu tidak tahan dengan herba/rempah menyebabkan badan menjadi “panas”. Sebaiknya kurangkan atau hadkan pengambilan rempah ratus dan herba. Jika berlebihan, ibu mungkin akan pening kepala dan tidak selesa tidur malam.

#7 GULA PUTIH
c3e794eebd11e557_467009529.xxxlarge_2x

Pengambilan gula putih perlu dikawal ketika mengandung. Ini kerana, janin perlukan khasiat dan nutrisi yang sihat untuk membesar. Pengambilan gula berlebihan hanya menyebabkan zat dan nutrisi tidak dapat diserap sepenuhnya oleh badan dan ia mampu menjadi punca pelbagai penyakit lain seperti sembelit, keputihan, dan badan terasa tidak sihat

Akhir kata, semoga artikel ini bermanfaat!

Anda Sedang Hamil?

Adakah anda nak ilmu kehamilan supaya anda dapat bina kekuatan fizikal, mental dan emosi untuk menjadi seorang ibu, sihat tubuh badan ibu & bayi serta mudah bersalin?

Bagaimana ebook ini boleh bantu anda supaya anda kekal sihat sepanjang kehamilan melalui pemakanan yang betul dan senaman yang sesuai sepanjang hamil.

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.