Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

7 Tips Selesaikan Masalah Tiada Susu Selepas Bersalin

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara masalah ibu ialah tiada susu selepas bersalin kerap ditanya kepada saya seperti di bawah

IBU 1

Salam sis, saya sekarang tengah berpantang. Mula-mula lepas bersalin, susu tak keluar. Hari ke-4 baru susu keluar tapi sikit sangat.

IBU 2

Salam kak, saya dah bersalin hari Isnin, hari ini hari ke-3, tapi still takde susu. Hanya kolostrum saja ada. Bayi nampak lapar, apa yang perlu saya buat? Perlu ambil supplement atau bagi formula?

IBU 3

Salam Aisyah, Alhamdulillah akak sudah selamat bersalin hari ni. Tapi, akak kurang susu lagi la. Kesian baby. Baby asyik nak menyusu je. Bila picit, susu memang tak keluar. Baby kerap nangis, mulut dia pun asyik dok cari puting. Nampak dia lapar, sebab tu dok nangis je.

Masalah ibu-ibu ini ialah mereka merasakan mereka “tiada susu” selepas bersalin!

Wah..memang ianya satu masalah yang besar! Masalah tiada susu selepas bersalin memang boleh membuatkan si ibu tidak lena tidur malam.

Jadi, kali ini saya ingin kongsikan penyelesaian bagaimana untuk ibu keluarkan susu dan menghasilkan susu selepas bersalin dengan banyak!

Jom, mari kita lihat satu persatu penyelesaiannya..

#1 SUSU MEMANG TIADA..YANG ADA HANYALAH KOLOSTRUM

Tahukah anda, sebenarnya semua ibu memang ada susu dan boleh menghasilkan susu! Anda perlu percaya dan yakin pada diri anda sendiri yang anda memang ada susu.

the-magic-of-breastmilk

Susu ibu ni sebenarnya ada 3 jenis iaitu

  • susu awal (kolostrum)
  • susu pertengahan (transitional)
  • susu matang (mature)

Pada hari 1 selepas bersalin sehingga hari ke-4, susu yang dihasilkan oleh kilang susu ialah kolostrum.

Ya, memang semua ibu selepas bersalin tiada susu, kerana..yang ada hanyalah kolostrum sahaja.

Kolostrum ialah sejenis susu awal ibu yang berwarna kuning, pekat dan likat seperti madu dan kuantitinya juga sangat sedikit. Ini kerana, kolostrum dihasilkan muat-muat mengikut saiz perut bayi.

Disini saya kongsikan amoun kolostrum (susu) yang normal dan walaupun “sedikit” sebenarnya ia cukup untuk bayi.

1234233_1063632786990776_9112027123750152191_n

babystomachsize

 

1714_1063633166990738_1361606708583201291_n

Malah, kolostrum ni kaya antibodi dan dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman serta penyakit. Memang banyak khasiat kolostrum ni.

colostrum-definition0134edf91cea6d75cf3249f404de66f2

 

#2 KALAU BETUL ADA KOLOSTRUM, KENAPA BILA PICIT ATAU PAM, TIADA SUSU KELUAR?

Okey, masalah ini memang kerap berlaku. Ramai ibu, pam susu ketika ini, tiada susu yang keluar.

Malah, picit juga tiada susu. Jadi, adakah benar memang saya tiada susu?

Sebenarnya, kolostrum ini pekat dan likat cecairnya, likat macam madu. Sebab itu, bila anda pam, memang ianya tidak akan keluar. Apa sahaja pam susu pun, tidak mampu untuk mengeluarkan kolostrum.

Hanya melalui perahan tangan sahaja, kolostrum ini mampu dikeluarkan.

Tapi, bukan sebarang picit ye. Ramai ibu yang kata pada saya, bila picit, tiada susu keluar. Bila saya tanyakan kembali di mana picitnya? Katanya picit di puting..Silap tu, memang kalau picit di puting, tiada susu yang keluar.

Ada juga yang picit, sudahlah tidak keluar..sehingga luka pula putingnya. Rupanya dia picit puting dan “tarik” putingnya kedepan. Akibat salah picit, maka sakitlah pula payudara ibu.

Jadi, amat penting ibu tahu teknik perahan tangan yang betul untuk keluarkan kolostrum ini.

Tujuannya supaya payudara ibu selamat dari sebarang luka dan sakit, serta kolostrum ini dapat dikeluarkan.

Disini saya kongsikan teknik perahan tangan yang dipanggil Teknik Marmet.

#3 TEKNIK MARMET

Anda perlu membuat tangan berbentuk C-shape, menolak breast (kawasan aroela) ke dalam dan baru tekan/picit.

Sentuhan yang betul ini akan kena pada urat-urat susu dan barulah kolostrum akan keluar. Kolostrum yang pekat ini hanya keluar jika betul sentuhannya kena pada urat susu.

Boleh besarkan imej di bawah untuk melihat perahan yang betul guna tangan.

Alert juga pada imej kesalahan supaya anda tidak melakukan kesilapan ketika memerah.

InsyaAllah, bila anda picit susu dengan betul, anda akan lihat cecair kekuningan mula keluar..ya, itulah kolostrum. Jika ada, ini bermakna anda memang ada susu.

marmetpull marmetpositon marmetroll marmet1

 

Jika bayi anda berjauhan dengan anda, perah kolostrum ini dengan tangan dan kumpulkan di dalam picagari.

Ini kerana, ketika ini kuantiti kolostrum sedikit dan pekat likat.

Jangan gunakan pam kerana nanti kolostrum hanya akan terlekat di corong dan kelihatan seperti “tiada susu”, kerana ketika bayi baru lahir, susu memang “sedikit”.

Anda perlu yakin susu “sedikit” ini mencukupi untuk bayi dan memang tiada ibu yang terus banyak susu selepas bersalin.

13442226_10206480888208475_4059365557247511146_n

 

Credit gambar : Faliyana bt Muda

#4 KENAPA BAYI KERAP MENYUSU SERTA KELIHATAN LAPAR?

Selalunya, ketika ini bayi memang kerap menangis! Malah, menyusu dengan sangat kerap dan lama! Baru sahaja menyusu, tak sampai 2 jam, bayi sudah lapar semula..

Kemudian, asyik menangis dan bila diletakkan di atas dada, barulah bayi diam dan lebih tenang.

Jadi, adakah ini tandanya, bayi lapar dan susu anda tidak cukup?

Adakah ianya normal bayi baru lahir kerap menyusu?

Disini saya sarankan anda membaca artikel saya yang bertajuk Bayi Kerap Menyusu, Adakah Ianya Normal?

2

 

#5 MEMAHAMI HABITAT BAYI DAN KEADAAN BAYI ITU SENDIRI

Ketika ini, amat penting anda memahami sebenarnya apa yang berlaku pada bayi anda, apa yang dia inginkan. Apa yang bayi perlukan. Jika anda kenal perangai bayi, maka barulah anda akan lebih faham kenapa bayi kerap menangis…dan seolah tidak kenyang.

Disini saya sarankan anda sebagai ibu baru, menghadamkan artikel Surat Bayi Untuk Ibu. Bacalah surat ini, supaya anda tahu sebenarnya, bayi anda sangat sayangkan anda.

surat bayi

#6 SETIAP BAYI BARU LAHIR, PERLU DILATIH DAN DIAJAR UNTUK MENYUSU

Setiap bayi adalah berbeza perkembangannya, termasuklah untuk belajar menyusu. Tahukah anda, bayi baru lahir yang baru belajar menyusu, perlukan masa selama 30 minit hanya untuk menghisap 5 ml susu!

Walaupun anda mungkin ibu yang bersalinkan anak kedua atau ketiga, ketahuilah bahawa bayi anda itu ialah bayi yang baru belajar untuk menyusu.

Anda umpama “coach” untuk melatih setiap bayi anda untuk belajar menyusu, dan memastikan teknik lekapan bayi anda adalah betul.

Kadangkala, ada ibu yang anak pertamanya senang menyusu, tapi anak keduanya pula sukar untuk dilatih menyusu. Jadi, anda perlu bersabar dan ada belajar Teknik Lekapan Penyusuan yang betul supaya anda lebih yakin dan tahu untuk mengajar bayi anda menyusu.

LEKAPAN

Elakkan puting botol sebab pada waktu ini, skill menyusu bayi anda masih belum betul-betul “establish”. Anda hanya boleh perkenalkan botol bila anda yakin bayi anda sudah cekap dan pandai menyusu ( biasanya usia bayi 4 – 6 minggu ).

Ini kerana, bayi berisiko untuk mengalami masalah keliru puting pula nanti. Apa itu keliru puting? Anda boleh ke link ini.

Jom fahami kenapa bayi keliru puting! 

#7 LAST TIPS, BAYI BARU LAHIR CENDERUNG MENANGIS, ADAKAH KERANA BAYI LAPAR?

Yang ini, memang wajib dibaca untuk anda yang baru bersalin. Baca bersama suami ye..Kenapa bayi baru lahir ni asyik nak menangis je. Diorang lapar ke?

Ehem..sebenarnya, bayi menangis bukan sebab lapar je. Tapi, sebab macam-macam..

Nak tahu ape sebab bayi menangis dan teknik meredakan tangisan bayi? Jom lihat 3 Teknik Meredakan Tangisan Bayi.

2

 

Okeylah setakat ini sahaja, semoga maklumat ini membantu meyakinkan anda yang anda memang ada susu selepas bersalin dan anda sememangnya mampu menyusukan bayi anda dengan susu ibu sahaja.

Selamat bersiar-siar di blog NuhaBaby untuk mendapatkan lagi ilmu penyusuan dari kami.

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

 

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat

Latest posts by Aisyah Samat (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Set Berpantang Lengkap

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

(KLIK PADA GAMBAR)

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.