Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Adakah Anak Kecil Faham Maksud Surah Yang Mereka Hafal?

April 5, 2016 by Blog, Nuha Parenting No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Berikutan baru-baru ini saya rajin post mengenai cara dan teknik mengajar bayi membaca Al-Quran.

Antara komen yang saya terima ialah,

” Kenapa perlu mahu ajar anak kecil baca dan hafal Quran, adakah anak kecil ini faham ayat Quran yang mereka hafal? “

Baiklah.

Ingin saya ceritakan.

Perjalanan saya ini, bukan sekadar mahu hasil yang bagus pada anak.

Mengajar anak sendiri membaca, menghafal dan faham AlQuran, sebenarnya ia salah satu proses untuk diri saya supaya menjadi insan yang lebih baik.

Juga, pembelajaran AlQuran adalah satu learning proses yang amat panjang.

Jika kita mahu aim anak yang faham isi kandungan AlQuran dan berakhlak dengan akhlak AlQuran, ia tidak akan datang sekaligus.

Fasanya lama..panjang..malah jauh lagi.

Setakat ini.

Secara ringkasnya fasa yang sudah saya lalui baru sedikit. Namun, yang sedikit itu saya ingin kongsikan buat inspirasi semua.

Kenapa saya mulakan mengajar sejak anak masih bayi?

Ini kerana, potensi seorang anak kecil usia 0-5 tahun sangat hebat!

Kemampuan IQ mereka pada tahap ini adalah maksimum. Saintis memanggil fasa ini sebagai fasa usia emas anak kecil.

Baiklah. Disini saya kongsikan fasa yang saya lalui hingga anak usia 4 tahun sekarang

FASA 1 – kenal hijaiyah baris atas ( 9 bulan hingga 1 tahun 5 bulan

FASA 2 – kenal dan baca hijaiyah baris atas, bawah dan depan. ( usia 1 tahun 5 bulan – 2 tahun 6 bulan)

FASA 3 – kenal dan baca huruf sambung, sukun, tanwin, mad asli ( usia 2 tahun 6 bulan – 3 tahun 8 bulan)

FASA 4 – sudah boleh membaca AlQuran ( masih merangkak) dan sudah mula hafalan. Usia 4 tahun

ADAKAH SAYA MENGEJAR ANAK UNTUK HAFALAN?

Sama sekali tidak, kerana saya ajarkan anak hafal surah secara slow and steady sahaja.

Malah, saya juga membuat aktiviti supaya anak lebih faham maksud surah yang dihafal!

SAYA AJARKAN SEKALI TERJEMAHAN SURAH

Saya gunakan Terjemahan AlQuran Pertamaku Juzuk Amma dan Quran PerKata.

Bila Nuha usia 4 tahun, mulutnya memang petah.

Sangat banyak bertanya.

Contoh : Surah Al-Zalzalah.

Nuha dan saya sama-sama membaca baris ayat.

Nuha pasti akan tanya saya.

“Umi, ni maksud apa?”

Jadi, setiap kali habis satu ayat.

Say terangkan.

Iza Zulzilatil….( hingga akhir ayat)

Maksudnya,

“Ketika Bumi bergoncang dengan sangat dasyat!”

Waktu tu, Nuha ambil globe Bumi dan goncang-goncang.

Saya terang, “Haah macam nilah Nuha, Hari Kiamat, Bumi bergoncang.

Dia lihat pula Bumi dalam flashcard 4D nya.

Aktiviti kami biasanya hari itu berkisar dengan makna surah yang Nuha sedang baca/hafal.

12939669_1080849898602398_1002961073_n

CONTOH :

Surah Al-Adiyaat.

Kami lukis gambar kuda berlari.

Kencang

Api keluar dari kakinya!

Itu aktiviti kami buat lukis kuda, api keluar dari kaki kuda dan kuda tu serang musuh pada waktu Subuh.

Dari mana kisah ini?

Di dalam terjemahan surah Al-Adiyaat.

Ia membuatkan, bila saya sebut saja nama surah, Nuha pasti cakap,

“Kuda yang berlari kencang!”

Mudah saja sebenarnya, mahu buat anak faham surah yang mereka hafal.

CONTOH : Surah Al-Kauthar

Nuha sudah hafal, jadi aktiviti yang kami buat selain saya bercerita maksud surah.

Nuha juga menggunting dan lekatkan ayat yang berkaitan dengan gambar terjemahan surah itu.

12963718_1080138298673558_4663749127993999224_n (1) 12928203_1080138325340222_6871301638214782590_n 12963718_1080138298673558_4663749127993999224_n

Saya hanya berusaha mahu penuhkan kisah yang baik untuk anak saya.

Saya belajar dari kak Siti, Anakku Alhafiz dan Puan Lina Karim, Islamic Parenting Network.

Method supaya anak kecil juga faham kisah, asbabun nuzul dari surah yang mereka hafal.

Bila anak faham surah yang dihafal, baru timbul rasa cinta pada AlQuran.

InsyaAllah.

1

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.