Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

[Quran] Fasa 6: Anak Belajar Buah Tin & Zaitun Melalui Surah At-Tin

April 28, 2016 by Blog, Nuha Parenting No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Alhamdulillah, kali ini, Nuha sudah belajar membaca dan menghafaz Surah At-Tin.

Apa yang menarik yang Nuha belajar mengenai Surah ini ialah,

Selain dari membaca dan menghafaz..

Pastinya usai sesi mengaji kami.

Nuha akan request,

“Umi, cerita !”

Maka, saya pun berceritalah kisah kat sebelah tu, terjemahan surah.

Demi buah Tinnn..dan zaitun..

Sampailah ke ayat,

” Allah jadikan manusia ni dengan sebaik-baik kejadian, Nuha.

Cantik, sempurna”

Nuha : Ohh, sebab tulah Abah selalu suh Nuha jadi baik!

Umi : Haah ye Nuha.

Sampailah ke ayat 5,

” Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang yang rendah..”

Saya ceritakan Asbabun Nuzul ini,

” Nuha, cuba tengok ayat 5 ni..”

Nuha pun lihat dan baca dengan saya.

Nuha tahu apa maksudnya?

Maksudnya, sampai satu masa nanti, Allah akan jadikan kita semua ke peringkat paling bawah iaitu nyanyuk!

Nuha tahu ape tu nyanyuk?

Nyanyuk ni, orang yang dah tua..

Nyanyuk tu apa Nuha?

Nuha : Aaa nyanyuk tu orang tua yang dah lupa banyak tu.

Umi : ye Nuha.

Tapi…( suara tinggi), Rasulullah SAW bersabda, kalau kita buat baik ( amal soleh) waktu kita muda.

Nanti kalau dah tua dan kita nyanyuk.

Kita akan still dapat pahala yang banyak dan tak putus-putus.

Nuha : Oo sebab tu la Abah selalu tegur Nuha jangan memarah ( marah-marah)

Umi : ye Nuha, sebab marah kan sikap yang tak bagus.

Selain itu, antara kisah menarik ialah kenapa Allah bersumpah dengan buah tin dan zaitun.

Kerana, ia merujuk kepada Negara Syam. Yang mana banyak tanaman tin dan zaitun di sana. Serta ramai para nabi diturunkan di tempat itu.

Lagi satu, kenapa surah ini buat Nuha terasa dekat?

Kerana..setiap pagi Nuha akan makan Minyak Zaitun sesudu, saya suapkan.

Awalnya dulu, dia menolak.

Hehe. Nak tahu apa yang buatkan Nuha tidak menolak makan minyak zaitun.

Sebab, saya telah “educate” khasiat zaitun kepadanya iaitu,

Makan zaitun nanti Nuha senang uk-uk (tak kena sembelit)

Memang Alhamdulillah sejak anak saya amal ini, dia lawas sahaja dan tak sembelit.

Dulu, sebelum kami beramal dengan minyak zaitun, Nuha pernah alami sembelit hingga nangis dan terpaksa makan ubat di Farmasi!

Jadi, bila dia terkenang pengalaman susah buang air besar dahulu, dan sekarang sudah lawas sebab amalkan zaitun.

Maka, Nuha dengan rela hati sudu telan sesudu Extra Virgin Olive Oil!

Oh ya, kali ni aktiviti best sebab pakai Worksheet Surah At Tin dari AnakkuAnakku Alhafiz!

13010708_1089224027764985_4208106556202534564_n 13012805_1089224047764983_6016702125863523927_n 13051629_1089228107764577_3543802869979858373_n

 

 

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.