Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Anak Mengamuk, Menjerit Dan Tak Dengar Cakap? Apa Nak Buat?

March 31, 2016 by Blog, Nuha Parenting No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Agak-agak anda pernah hadapi tak situasi ni?

Anak nak tengok video kartun contohnya. Janji awalnya boleh tengok 2 episod sahaja di youtube.

Tapi, bila dah habis dua episod tu. Bila kita tutup dah video..anak mengamuk, menangis kuat!

Memang meraung..

Kalau anda pernah alami begini, sama juga seperti saya.

Nuha juga pernah begini. Rules untuk Nuha lihat video sama ada di komputer/ipad/phones ada batasnya. Ada hadnya.

Tapi, entah kenapa hari ni Nuha tetibe mengamuk. Bila dah limit masa tengok video. Umi dah tutup..meraung teruk dia.

Rules tetap rules, phone tetap ditutup. Dan..terangkan secara nada biasa, ulang semula rules yang kita dah setkan.

( tak perlu tinggi suara tunjukkan kemarahan)

Antara tips melegakan stress anak kecil, yang saya belajar dari Pn Maznah Ibrahim, Kaunselor Kanak-Kanak ialah

Kalau anak rasa sedih, marah

1. Ajarkan anak teknik bernafas dengan betul

2. Buat pergerakan badan supaya energy marah anak yang negatif tersalur kepada energy positif.

Okay, point satu, gagal dilaksanakan.

Nuha sudah meraung, mengamuk dan mahu baling barang sambil terjerit-jerit.

Hehe..time ni nak ajar Nuha deep breathing, tak jalan dah.

Jadi, terus saya angkat Nuha, duduk di luar rumah, atas rumput, Nuha baring di riba saya sambil die melihat awan, langit, tapak kakinya saya biarkan mencecah tanah.

Lama-kelamaan, lepas die perhatikan alam, dia kelihatan makin tenang.

Saya berbual sekejap dengan Nuha. Cakap tentang tanah, Nabi Adam diciptakan dari tanah, manusia dari tanah.

Saya tunjukkan awan, langit, “kawan umi kata, awan macam ni nama nya comulonimbus”

Kemudian, Nuha saya biarkan dia main di luar, memanjat penyidai kain.

Saya biarkan dan bantu die pegang supaya penyidai tak jatuh.

Dia panjat, gayut dan sebagainya. Sehinggalah dia gembira semula.

Anak kecil, mereka memang aktif. Jadi, salurkan energy mereka ke arah yang positif dan baik.

“Jika anak kecil marah, mengamuk dan sedih, emosi negatif sedang ada dalam badan. Dan ia perlu dikeluarkan.

Jika tidak, ia akan menjadi toksin emosi, dan lama-lama efek pada kesihatan diri anak juga.” – Puan Maznah Ibrahim

Contoh kalau anak selalu stress, atau kita stress, memang akan senang sakit..

Jadi, antara yang disarankan oleh Pn Maznah, Kaunselor Kanak-Kanak ialah

1. BODY MOVEMENT

Salurkan energy marah anak kepada pergerakan yang dia suka, contoh, anak lelaki yang kakinya kuat, suka berlari dan memanjat.

Minta dia lari keliling rumah, hingga lega dan hilang stressnya.

Bagi anak yang aktif, terutama anak lelaki yang biasanya kinestetik ( bergerak aktif), boleh sediakan punching bag atau kawasan yang anak boleh release energy aktif mereka seperti melompat, memanjat dan berlari.

Contoh : di rumah saya ada trampoline – untuk melompat.

2. TEKNIK PERNAFASAN

Boleh minta anak tarik nafas dan lepaskan, ketika dia kelihatan sudah agak tenang.

3. TERAPI ALAM

Alam mengandungi ion-ion yang mampu stabilkan kembali emosi dalam diri.

Kita asalnya dari tanah, dan aura tanah dan alam, mampu stabilkan kembali diri dan emosi.

Terapi tanah liat, memang boleh stabilkan emosi ibu dan anak.

Sebab itu saya bawa Nuha lihat langit dan pijak tanah.

Sebaiknya, di awal 7 pagi dan 6 petang, biarkan anak bermain luar rumah dan pijak tanah. Waktu itu waktu riadah anak.

InsyaAllah nanti kita boleh lihat emosi anak akan makin stabil, kurang moody dan kurang tantrum.

KENAPA KITA PERLU ELAKKAN MARAH ANAK SEMULA BILA DIA MARAH?

Ini kerana, dari kajian, anak-anak belajar dari tindakan orang dewasa.

Orang dewasa adalah role model, mereka meniru tindakan ibu dan ayah terutamanya.

Bila kita menengking dan marah anak yang aktif/menjerit tadi.

Tidak mustahil..nanti anak akan marah/jerit begitu pula pada orang lain/adik-adiknya.

Jadi, biar tegas..tanpa perlu jadi singa!

Ajarkan anak ilmu menguruskan emosi dan ilmu handle emosi negatif mereka.

InsyaAllah, kelak bila mereka dewasa, bila mereka berhadapan dengan cabaran seperti stress, marah, kecewa, mereka tahu cara handle emosi dan salurkan energy ke arah positif.

Teknik Pernafasan betul iaitu Deep Breathing dan Cell Tapping Method untuk hilangkan rasa marah, serabut dan letih. Yang mana saya belajar dari Puan Maznah, amat membantu.

Saya sangat sarankan, ibu-ibu belajar teknik pengurusan emosi ini dalam seminar yang dianjurkan Pn Maznah.

Supaya ibu boleh urus emosi sendiri, sekaligus mengajar anak cara uruskan emosi mereka.

1

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.