Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Anda Nak Tahu Cara Ajar Anak Berhenti Menyusu? Sila Belajar Dari Kisah Ibu Ini.

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara soalan yang pernah ditanya ibu kepada saya ialah,

(Ibu ini adalah adik sepupu saya)

“Kak Aisyah, nak minta tolong. Kita nak wean off Kyle (anak). Isnin minggu depan dah berpisah dah. Kyle duduk kat Segamat dan kita kerja kat Cheras, Selangor. Sempat tak nak wean off?”

Katanya, dia sudah slow talk dengan anaknya untuk berhenti susu tetapi setiap kali cakap mesti geleng kepala (tak nak stop menyusu).

Ada juga dia letakkan sapu lipstick kat breast dan berlakon cakap sakit kat breast (buat alasan supaya Kyle stop menyusu) tetapi usaha ini gagal kerana anaknya akan tiup, baca selawat di tempat yang “kononnya luka dan sakit” dan kemudian terus menyusu semula.

Selepas peristiwa ini, Kyle anaknya akan menghisap susu dengan kuat sampai memang sakit katanya. Sebab macam kuat sangat.

Jawapan saya :

1)Cara menipu anak dengan kata breast sakit itu memang tak salah tapi tak berapa bagus sebab kita menipu anak kita.

2) Saya sarankan ibu ini mencuba dengan cara yang lebih terbaik.

3) Saya terangkan kenapa Kyle menghisap susu dengan kuat, ini kerana ia mengalami gangguan emosi kerana tahu ibunya akan tinggalkan dia tak lama lagi. Jadi, ia sebagai tanda protes iaitu = menyusu dengan kuat. (tak nak tinggalkan breast)

4) Saya kongsikan cara yang lebih sesuai iaitu,

Terangkan pada anak (dalam kes ini merujuk kepada Kyle) yang dia rasa sakit sebab anak menyusu dengan kuat.

Buat perbincangan tentang memberhentikan anak menyusu ini. Contoh : Dahulu, saya, suami dan Nuha berbincang bersama bagaimana cara untuk Nuha berhenti menyusu. Melalui bercakap, dan penerangan melalui lukisan. Supaya anak lebih faham apa yang berlaku.

Saya kongsikan 2 artikel untuk ibu ini baca dan hadamkan supaya beliau mendapat idea. Boleh rujuk artikel di bawah.

ARTIKEL SATU

Ketahui 6 Perancangan Asas Memberhentikan Anak Menyusu Badan

ARTIKEL DUA

4 Teknik Simple Untuk Bercerai Susu

Saranan yang lain, ialah saya sarankan beri anak alternatif lain selain menyusu untuk dia tahan ketagih dia nak susu. Maksudnya, ibu boleh buat begini.

Contoh : Nuha dulu nak tahan diri dari ketagih menyusu, bagi dia makan kenyang dan minum susu fresh lepas tu peluk bantal dan tidur bilik belakang.

Lain budak lain caranya, ibu boleh cuba cari alternatif yang gantikan sesi menyusu tu. Lihat pada kesesuaian diri dan keadaan diri si ibu.

Ibu ini juga risau takut anaknya akan jauh hubungan (bonding) kalau anak sudah berhenti menyusu dan dia bekerja.

(Ibu ini saya panggil Kakti)

Jawapan saya :

Tak jauh, yang penting ada sesi Me-Time macam jalan bersama anak atau mengajar anak. Buat sikit-sikit pun okay. Cuma, dia sebagai ibu perlu fahamkan anak yang tanggungjawab ibu sekarang dan apa pun yang berlaku, ibu tetap sayangkan anak. Lama-lama anak akan faham.

Jangan buatkan anak rasa, ibu jauh dan pergi kerja = tak sayang Kyle.

Buatkan mindset anak fikir macam ni, Kakti pergi kerja dan tinggalkan dia = sebab sayang Kyle dan nak cari duit. Untuk masa depan Kyle, Ummi dan Abah yang lebih baik.

Dan Kakti serta Amir akan tetap spend time dengan Kyle setiap minggu (contoh). Sentiasa cakap kenapa dan bincang dengan Kyle. Bagi dia faham kenapa Umi dan Abah buat macam tu (kena tinggalkan Kyle kat Jidah dan pergi kerja)

Kakti, tak semestinya kalau nak rapat dengan anak kita kena 24 jam kepit anak kita. Ada juga jalan kalau kita ibu bekerja. Kakti kena yakin.

Yang jadi jauh tu kalau ibu tu pun tak cerita apa-apa kat anak dan tiba-tiba hilang depan mata anak setiap hari. Menyebabkan anak membesar tanpa faham kesusahan ibu ayah yag perlu meninggalkannya untuk mencari nafkah.

LEPAS PRAKTISKAN ILMU WEAN OFF YANG DIAJAR DALAM ARTIKEL DI ATAS.

 

 

BETUL TAK ANAK KENA WEAN OFF PADA USIA 2 TAHUN?

Kak Aisyah, usia 2 tahun ni memang usia terbaik untuk wean off kan? Betulkan decision kita ni?

Jawapan saya : 

Ya, betul. Boleh baca artikel di bawah.

Bila Masa Yang Sesuai Mengajar Anak Berhenti Menyusu Badan?

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.