Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Apa Kesan Jika Ibu Tak Makan Herba Bila Baby Kuning?

October 19, 2016 by Berpantang, Blog No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara persoalan ibu yang pernah ditanya kepada saya ialah,

“Apa pendapat puan tentang makan jamu ketika berpantang?”

Maksud ibu ini ialah, makan jamu dan herba ketika ibu berpantang, boleh atau tidak?

Ini adalah apa yang saya belajar daripada Puan Siti Aishah, seorang Juru Urut Bertauliah dan Pengamalan Warisan Perbidanan Melayu Lama sewaktu saya hadir ke Ceramah Aturan Berpantang yang beliau anjurkan.

BEZA JAMU DAN HERBA

Mengikut ilmu yang saya belajar daripada beliau (Kak Aishah, Bidan Mengurut), ada beza diantara jamu dan herba yang mana ramai orang tidak tahu.

JAMU

Berasaskan akar kayu seperti manjakani, tongkat ali dan akar serapat. Ianya lebih kepada merapat dan sifatnya panas. Jika anda amalkan semasa lepas bersalin, ia akan membuatkan rahim cepat “mengering”, cepat menopous dan darah nifas juga tidak keluar lancar dan tak keluar habis.

Darah nifas yang tertinggal di dalam rahim ini akan meracun sistem rahim dan kesan jangka panjang adalah cyst.

Anda perlu faham pada hari 1-30 selepas bersalin, fokus kita ialah melancarkan darah nifas.

Jamu seperti ini boleh diambil tetapi eloknya selepas hari ke-30.

HERBA

Herba dan rempah ratus pula terdiri daripada pucuk-pucuk daun seperti bunga lawang, ketumbar, jintan hitam dan lada hitam.

Herba ini sangat selamat diambil ketika anak terkena kuning, juga perlu diambil oleh ibu selepas bersalin kerana ia akan membantu melawaskan pembuangan air besar, lancarkan darah nifas dan juga buatkan bayi lawas buang air besar.

Jika bayi lawas buang air besar barulah kuning akan cepat turun kerana 80% kuning keluar melalui najis bayi.

MASALAH DEMAM KUNING

Ibu selepas bersalin, adalah normal untuk bayi terkena kuning. Demam kuning biasanya sangat merisaukan sang ibu. Namun, sebenarnya kuning bukanlah satu penyakit tetapi ia hanyalah satu proses detoksifikasi normal yang berlaku pada 90% bayi di Asia.

Ditambah pula, jika anak terkena kuning. Sebenarnya kita hanya perlu memantau perkembangan kuning anak melalui rawatan di hospital. Teknologi perubatan di hospital dan kepakaran para doktor dan nurse akan membantu supaya kuning anak turun dan tidak naik ke paras bahaya.

Klik sini untuk tahu 4 fakta penting tentang demam kuning.

3 fakta anda perlu tahu tentang demam kuning!

Masalah yang berlaku ialah, apabila anak terkena kuning. Ibu terlalu risau sehingga susu menjadi kurang dan tidak mahu makan sebarang herba atau jamu selepas pantang.

Apabila ditanya kenapa? Jawapannya ringkas iaitu kerana takut herba atau minuman herba yang dimakan akan membuatkan kuning bayi naik.

KENAPA NAK KENA MAKAN HERBA DALAM PANTANG

Kita jawab soalan ini dulu,

Kenapa ibu berpantang perlu makan herba?

Herba akan bantu untuk imbangi kembali hormon ibu selepas bersalin. Ketika mengandung dan bersalin, banyak pakai hormon.

Jadi, herba akan pergi kepada punca hormon atau “kilang hormon” itu dan herba boleh kenal dan bantu untuk betulkan balik hormon mana yang sesuai dan tidak sesuai untuk badan ibu. Pendek kata, bantu seimbangkan kembali hormon.

Tetapi, tahukah anda apakah kesan kepada badan ibu yang berpantang jika tidak memakan sebarang herba atau minuman herba sewaktu anak terkena demam kuning?

Disini saya ingin kongsikan.

KESAN JIKA IBU BERPANTANG TIDAK MAKAN HERBA KETIKA ANAK KUNING.

Sebelum saya terangkan apa kesan pada badan anda, saya ingin bertanyakan soalan.

“Selepas 1 minggu, adakah anak anda masih lagi demam kuning?”

Kebiasaannya ibu akan menjawab, bayi sudah turun kuning, sudah keluar wad dan sudah sihat. Melainkan jika bayi anda mengalami prologed jaundis iaitu kuning berpanjangan sehingga boleh berlarutan selama 1 bulan.

Namun, sekiranya bayi anda mengalami prologed jaundis dan dibawah pemantauan doktor. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

Klik sini untuk 4 Teknik Mudah Turunkan Demam Kuning Anak.

kuning

 

Ramai ibu mengabaikan pengambilan sebarang herba ketika anak kuning, akibatnya ialah:

Kesan yang anda akan alami jika anda tidak mengambil sebarang herba (ketika anak kuning) ialah:

Badan senang naik (gemuk) kerana masalah hormon yang tidak seimbang.

Muka senang naik jerawat akibat ketidak seimbangan hormon yang kronik

Selalu kena migrain dan sakit kepala membuatkan anda sukar nak beri perhatian pada anak yang makin membesar.

Selalu rasa penat dan letih lesu walaupun anda cukup rehat

Masalah seperti keputihan dan kentut faraj.

Itu belum lagi termasuk masalah penyusuan seperti susu kurang dan sebagainya..

kesan-tak-pantang

Pendek kata, bayi terkena kuning dan ada doktor serta pakar yang memantau. Biasanya lepas habis kuning, bayi akan membesar dengan sihat dan sentiasa meminta sepenuh perhatian daripada kita.

Tetapi, ibu pula? Waktu dalam pantang mengalami macam-macam masalah dan semakin sakit. Dengan tertekan terpaksa berjaga malam untuk bayi, masalah sembelit dan darah nifas pula tak keluar habis menyebabkan ia meracun di dalam rahim dan ke seluruh badan.

Akibatnya, selepas habis pantang badan ibu masih terasa letih dan lesu. Nak dukung anak lama-lama pun tak larat, anak meragam pun dah sakit kepala. Belum termasuk lagi sakit tumit dan sakit urat. Emosi yang tidak stabil, cepat marah dan baran tanpa sebab selepas habis pantang serta senang gemuk lepas bersalin.

Puncanya?

Puncanya hanyalah kerana ibu yang tak mahu amalkan sebarang herba ketika berpantang hingga buatkan masalah sembelit dan darah nifas tidak lancar.

Jadi rahim tidak sihat.

RESIPI AIR HERBA

KESIMPULAN

Amatlah penting supaya ibu-ibu dapat amalkan herba yang sesuai ketika berpantang. Supaya darah nifas keluar lancar dan rahim kembali sihat. Amalan ini akan membantu untuk merawat dalaman badan ibu yang lemah ketika berpantang.

Supaya selepas pantang nanti, hormon ibu akan kembali stabil dan seimbang. Badan pun sihat dan bertenaga untuk menguruskan anak dan suami. Serta kerjaya dan urusan rumah tangga.

Bila kita sebagai isteri dan ibu sihat, barulah ceria rumahtangga. Anak pun gembira dan suami pun senang hati.

hamil1

Adakah anda akan berpantang sendiri tak lama lagi?

Adakah anda ibu yang bersalin ceaser tapi lepas pantang badan lesu dan tempat ceaser masih sakit?

Selalu beli banyak Set Pantang sebelum ini tapi membazir sebab tak habis pakai & tak tahu guna?

Tercari-cari Set Pantang yang cepat, ready made dan habis guna?

(KLIK GAMBAR DI BAWAH)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.