Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Apakah “Makanan Segera” Yang Bantu Susu Ibu Banyak & Berkualiti?

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara persoalan yang ditanya kepada saya oleh ibu menyusu ialah,

Assalam puan, saya nak tanya. Apakah “makanan segera” yang boleh membantu penghasilan kualiti susu ibu?

Iyalah, masa berpantang, kita makan ikut disiplin sebab tak nak perut masuk angin.

Selepas berpantang, dah uruskan rumahtangga sendiri. Tak terkejar masa nak masak, uruskan anak-anak lagi. 

Jadi, puan ada tak tips makanan yang membantu kualiti susu ibu untuk ibu menyusu?

JAWAPAN SAYA :

1#MENU PEMAKANAN SAYA SENDIRI 

Ini ialah apa yang saya belajar dan amalkan tentang pemakanan daripada Dr Rizal Abu Bakar, Pakar Otak Cantik Otak Cerdik.

SARAPAN PAGI

Roti bakar multigrain, telur separuh masak (2 biji). Saya makan telur ayam kampung.

Susu fresh (biasanya jarakkan selama 30 minit selepas makan telur)

Teh hijau atau Roboibos Tea (kadang kala)

Roti pula kadangkala disapu butter, jem seperti kaya atau blueberry atau tuna.

Kadangkala, roti tuna saya letakkan sayur salad segar dan tomato. Terpulang pada citarasa saya sendiri.

Yang pasti asasnya ialah : TELUR 2 BIJI + ROTI MULTIGRAIN.

Dua asas makanan ini adalah wajib. Selebihnya hanya “aksesori” sahaja.

TENGAH HARI (DALAM 12-1 PM)

Nasi dan lauk seperti ayam atau ikan.

Sayuran hijau seperti bayam, sawi, salad dan tomato.

ASAS : NASI + PROTEIN + SAYURAN HIJAU

MAKAN PETANG (DALAM PUKUL 4 PM)

Biasanya saya akan makan petang awal kerana saya sebolehnya akan pastikan tidak mengambil nasi selepas jam 7 pm.

Jadi, makan petang saya pun biasanya berat juga kerana menu nasi yang sama seperti makan tengah hari.

MAKAN MALAM

Biasanya kalau masih lapar, saya akan makan buah-buahan, roti, spageti atau mee.

2#MAKANAN “SEGERA” YANG BERKHASIAT

Dari apa yang saya belajar dengan Dr Rizal Abu Bakar tentang pemakanan. Antara makanan yang mudah disediakan dan berkualiti untuk ibu menyusu ialah

  1. Roti multigrain dan roti wholemeal
  2. Regular oat dan rolled oat
  3. Multigrain cereal
  4. Buah-buahan dan sayur-sayuran
  5. Capati, tosai dan kuah dhal
  6. Kekacang seperti badam dan gajus
  7. Kurma, kismis dan buah tin
  8. Ikan masak sup atau direbus
  9. Ayam golek, ayam panggang dan ayam kampung.
  10. Air kosong secukupnya untuk ibu menyusu
  11. Ubi keledek rebus

Untuk anda dapatkan lagi senarai pemakanan supaya susu ibu banyak dan berkualiti, boleh terus ke link ini

Pemakanan Ibu Supaya Susu Banyak Dan Berkualiti

Juga, senarai pemakanan yang perlu dielakkan oleh ibu menyusu.

Pemakanan Yang Perlu Dielakkan Ibu Menyusu

Semoga bermanfaat!

Anda masih tak faham lagi cara nak simpan dan uruskan stok susu ibu?

Terutama nanti bila naik kerja nak bagi pada pengasuh?

Download panduan ini supaya anda faham pengurusan stok susu ibu yang betul tanpa menjejaskan khasiat susu ibu selepas diperah.

(KLIK PADA IMEJ DI BAWAH SEKARANG)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.