Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Apakah Susu Yang Terbaik Selepas Usia Anak 1 Tahun Ke Atas?

June 15, 2016 by Blog, Penyusuan, Weaning Off No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Saya pasti, setiap ibu pasti akan tertanya-tanya dengan persoalan ini,

Apakah pilihan susu yang terbaik untuk anak berumur 1 tahun ke atas? Susu kambing atau susu lembu atau susu fresh?

APAKAH JAWAPANNYA?

Ini ialah apa yang saya belajar daripada Dr Hairin Anisa Tajudin, Pakar Paediatrik, Pakar Penyusuan dan Klinik Pakar Kanak-kanak Adda.

Selepas usia anak 1 tahun, susu bukanlah lagi makanan utama. Susu bukan lagi sumber utama segala zat. Sebelum kita memikirkan apakah susu terbaik selepas susu ibu, perkara lebih penting yang perlu difikirkan ialah,

Bagaimana kita mahu pastikan anak mendapat zat makanan secukupnya daripada hidangan makanannya dari 3 hingga ke 5 kali sehari?

Hidangan susu hanyalah perlu sebanyak 2-3 cawan sehari sahaja.

Sumber kalsium juga bukan hanya daripada susu sahaja tetapi boleh didapati daripada roti, yogurt, cheese dan lain lagi.

Tentang susu yang terbaik, hanyalah susu fresh yang paling terbaik kerana ia tidak diproses. Susu fresh tidak kisah sama ada lembu, kambing, susu badan atau susu santan. (bergantung kepada penerimaan badan anak sama ada boleh terima susu lembu atau kambing)

Jika anak anda alah kepada produk tenusu seperti susu lembu, anda boleh cuba susu alternatif ini iaitu susu santan dan susu badam.

Boleh ke link ini untuk melihat resipi susu santan dan susu badam >>

susu badam

 

PERLUKAH SUSU FORMULA SELEPAS ANAK 2 TAHUN?

Susu formula biasanya mengandungi gula bagi memastikan susu yang cair diubah menjadi tepung. Sebab itu selalunya susu formula manis dan ia boleh menyebabkan sistem imun anak berkurang.

Disini saya kongsikan pendapat beberapa pendapat pakar tentang isu perlukah susu formula ini selepas usia anak 2 tahun. Boleh klik gambar dibawah.

fm

 

FITRAH PEMAKANAN BAYI

Disini saya ingin terangkan secara ringkas, apa itu fitrah perkembangan seorang bayi dari segi mental, social dan otot-otot serta perkaitannya dengan fitrah pemakanan mereka.

FITRAH PERKEMBANGAN BAYI PADA USIA 4 – 6 BULAN

Otot leher bayi sudah mula kuat dan tegak sendiri, jari-jarinya sudah boleh menggapai apa sahaja untuk dimasukkan ke dalam mulut. Ada juga bayi yang sudah boleh didudukkan dengan sokongan ketika usianya 6 bulan. Ketika ini, bayi suka menggigit barang-barang yang dicapai ke mulutnya dan membuat gerakan mengunyah.

Dari sudut pemakanan pula, kepala sudah tegak dan diangkat sendiri dimana otot sudah kuat untuk duduk semasa makan. Tangan bayi juga sudah memasukkan barang seawal usia 4-6 bulan serta pada usia 12 bulan, bayi sudah boleh menyuap makanan sendiri.

Otot mulut bayi pula suka menggigit semua benda dan mulutnya suka “membebel”. Malah, mata bayi juga akan terbeliak melihat makanan, malah ada bayi yang mancapai makanan yang ibunya makan disamping air liurnya meleleh keluar.

Ini adalah fitrah berdasarkan kajian Sains, Sosial, Psikologi dan Kemanusiaan.

BAYI KURANG MENYUSU PADA USIA 4 BULAN KE ATAS

Sebenarnya, ramai bayi yang kurang menyusu dan mengalami nursing strike semasa menyusu terutama bayi yang berusia 4 bulan ke atas. Nursing strike bermaksud semasa menyusu, bayi akan cepat berhenti menyusu dan suka menoleh ke arah perkara yang menarik perhatiannya.

Bayi cenderung melihat persekitaran daripada menumpukan perhatian untuk menyusu. Maka, penyusuan menjadi seolah-seolah seperti bermain sahaja. Ramai ibu salah sangka dan merasakan anaknya kurang menyusu apabila bayi berusia 4 bulan ke atas.

Malah, ada sesetengahnya, penyusuan menjadi kerap tetapi hanya sekejap-sekejap.

Persoalannya ialah,

Adakah kalori yang diperlukan bayi mencukupi jika bayi mengalami situasi di atas dan hanya menyusu ibu sahaja?

KEPERLUAN KALORI BAYI

0 – 6 BULAN     : Bayi perlukan 520 – 570 kalori ( sumber dari susu ibu ialah 100%)

6 – 8 BULAN     : Bayi perlukan 615 kalori ( sumber dari susu adalah 2/3 sahaja)

9 – 12 BULAN   : Bayi perlukan 686 kalori ( sumber dari susu adalah 1/2 sahaja)

12 – 24 BULAN : Bayi perlukan 945 kalori ( sumber dari susu adalah 1/3 sahaja)

Sumber : Malaysian Dietery Guideline 2013

Jika anda perhatikan, keperluan kalori dan zat makanan bayi semakin bertambah kerana bayi akan mengalami perkembangan seperti meniarap, menyelusur, duduk dan bergerak.

Penggunaan otak bayi untuk belajar daripada semua yang dilihatnya memerlukan tenaga yang banyak. Malah, sistem imun bayi juga memerlukan zinc, iron dan vitamin C yang cukup untuk bayi.

Jadi, selepas usia anak anda 6 bulan. Anda perlu memberi makan anak anda dengan pemakanan yang seimbang daripada sumber protein, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan.

JIKA BAYI HANYA MENYUSU SUSU IBU SAHAJA SELEPAS 6 BULAN, ADAKAH CUKUP?

Jika bayi anda hanya menyusu susu ibu sahaja, untuk mencukupkan keperluan kalori seperti di atas. Bayi anda perlulah menyusu dua hingga tiga kali ganda kerapnya daripada umur bayi 6 bulan.

PILIHAN SAYA

Namun, saya lebih suka memilih mengajar bayi makan dengan makanan pejal seawal usianya 6 bulan. Pada pendapat saya, bayi bukan sahaja makan untuk kenyang dan mencukupkan keperluan kalori. Namun bayi juga belajar banyak skill dan kemahiran ketika makan seperti menelan, mengunyah dan memegang tekstur makanan tersebut.

Mengajar anak makan ialah salah satu proses pembelajaran juga. Jika anda ingin melihat resipi makanan pejal yang saya ada sediakan untuk anak saya, boleh ke link ini >>

http://www.nuhababy.com/penyediaan-solid-food-gaya-nuha/

1

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat

Latest posts by Aisyah Samat (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.