Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Bagaimana Memujuk Bayi Yang Tiba-tiba “Merajuk” Enggan Menyusu?

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara persoalan ibu yang pernah ditanya kepada saya ialah,

Minta tolong sis, saya tengah susah hati anak tak nak minum susu badan. Start daripada semalam dia tak nak direct feed. Anak saya baru berusia 9 bulan.
Sebelum ini memang dia konsisten fully and direct breastfeeding. Tapi sekarang bila suakan breast kat dia langsung dia berpaling dan merengek. Bila bagi air masak dalam botol, dia minum macam kehausan.
Breast saya bengkak sis, bila pam dan try isi dalam botol dia minum one shot. Minta tolong kalau ada nasihat, saya nak anak direct feed dengan saya semula.

Kes yang dialami ibu ini ialah anaknya enggan menyusu dengannya atau dalam bahasa penyusuan dipanggil nursing strike.

Disini saya kongsikan beberapa info yang telah saya belajar daripada salah seorang Konsultan Penyusuan Antarabangsa iaitu Kelly Bonyata (kellymom.com)

PUNCA BERLAKU

Punca berlaku nursing strikes biasanya ada beberapa sebab antaranya:

1) Bayi sakit atau demam seperti sakit tekak dan selsema. Ini membuatkan bayi tidak selesa untuk menyusu dengan ibu.

2) Fasa beralih bulan bayi atau dalam bahasa lainnya, growth spurt. Dimana bayi baru nak tumbuh gigi jadinya gusi bayi berasa tidak selesa

3) Emosi bayi yang tidak stabil. Bayi juga mempunyai emosi malah bayi lebih beremosi dan sangat sensitif lebih daripada orang dewasa. Ini kerana, otak kanan bayi ketika ini 100% aktif membuatkan bayi lebih rasa emosi ibunya walaupun tidak faham lagi perkataan yang orang dewasa tuturkan.

Bayi akan merajuk tidak menyusu sekiranya bayi tidak selesa dengan cara ibunya menukarkan posisi badannya ketika menyusu, apabila ibunya memakai perfume baru lain daripada biasa, apabila ketika menyusu ibunya tidak memberikan perhatian kepadanya seperti banyak melihat hanphone dan tv atau menjerit dengan kuat ketika menyusukan.

Hal ini akan membuat bayi jadi terkejut dan akan seperti trauma untuk kembali menyusu dengan ibu.

BAYI MERAJUK

Bagi kes ibu diatas, setelah saya bertanyakan puncanya. Ini ialah jawapan si ibu.

Semalam last dia menyusu, dia ada gigit puting saya. Saya tertinggi suara dan dia mencebik. Start dari itu dia tak nak menyusu.
Kemungkinan besar saya tinggi suara itu buat dia merajuk.

BAGAIMANA CARA UNTUK PUJUK SEMULA BAYI?

1) Banyakkan skin-to-skin contact. Iaitu pelukan kulit ke kulit antara bayi dan ibu. Kerapkan sentuhan kasih sayang dan pelukan sama ada sebelum atau selepas menyusu atau ketika bayi kelihatan mahu berdakap dengan kita.

2) Berikan perhatian kepada bayi sepenuhnya terutama ketika menyusu, peka dengan keperluan dan kehendak bayi.

3) Biasanya, bayi akan menggigit puting kerana mahukan perhatian. Terutama jika ibu melihat gajet ketika bayi sedang menyusu, bayi akan cuba menarik perhatian dengan menggigit puting ibu. Jadi, cuba elakkan sebarang gajet atau gangguan ketika anda menyusu. Jadikan sesi menyusu anda adalah bonding time one-to-one dengan anda.

4) Jika bayi menggigit juga, mungkin kerana gusinya sakit atau kebas tumbuh gigi. Anda boleh minta bayi anda keluarkan puting bukan dengan cara menjerit. Iaitu dengan cara tekapkan seketika (rapatkan) muka dan hidung bayi anda ke dada anda sendiri.

Nanti dia akan mula terasa lemas dan cepat-cepat melepaskan puting anda. Ia akan mengelakkan anda daripada tertinggi suara pada bayi anda.

5) Apa yang penting, banyakkan juga bercakap dan memujuk bayi anda. Caranya, bayangkan anda sendiri merajuk, bagaimana anda mahu orang itu memujuk anda. Jadi, pujuklah bayi anda sebagaimana anda suka orang lain pujuk anda dengan cara itu.

InsyaAllah, gunakan naluri anda sendiri sebagai ibu. Inilah masanya untuk anda menggunakan “mothers instinct”.

BAGAIMANA MENGELAKKAN SUSU DROP?

Untuk mengelakkan susu drop sepanjang bayi enggan menyusu, anda perlu pastikan anda mengepam susu setiap 3 jam sekali jika bayi enggan menyusu atau masih tidak mahu menyusu. Itu sahaja.

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

 

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.