Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Bagaimana Nak Pam Di Tempat Kerja Kerana Susah Cari Masa Pam?

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara masalah ibu bekerjaya yang ditanya kepada saya ialah :

IBU YANG BEKERJA SEBAGAI PEGAWAI BANK (IBU A)

Bagaimana saya nak ikut waktu mengepam ketika bekerja? Saya bekerja di bank, jadi agak payah nak ikut jadual pam setiap 3 jam? Saya bekerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang (kadang-kadang sampai pukul 8 pm). Kerja back-off (on off jumpa pelanggan) jadi tak boleh nak jangka waktu “peak”. Lunch hour (waktu rehat) kadang-kadang pukul 12 noon – 1 noon bergantung kepada “crowd”.

MASALAH IBU A :

Sebelum ini, anak kedua saya pakai Medela single pam. Tapi sebab tak konsisten pam jadi tiada stok susu. Hari ini pam untuk esok. Itupun hanya dapat 8 oz susu saja untuk 2 kali pam, selebihnya terpaksa minum susu formula.

IBU YANG BEKERJA SEBAGAI AHLI FARMASI (IBU B)

Macam mana saya nak pam setiap waktu 3 jam sebab saya memang tak dapat pam atas faktor kerja. Saya bekerja di kaunter farmasi dan sentiasa kena bergerak-gerak ambil ubat.

Masa bekerja saya ialah : 8 am – 5 am.

Masa last baby menyusu : Pukul 6 am.

Biasanya saya akan pam waktu lunch hour sebab kaunter farmasi sangat sibuk.

MASALAH IBU B :

Saya pam susu dalam masa 40 minit. (20 minit bagi setiap breast). Saya dah cuba double pumping tapi breast jadi lambat kosong dan areola melecet. Saya juga tak selesa nak double pam & hanya pam sebelah-sebelah (single pam)

PENYELESAIAN :

Saya akan terus berkongsi 8 tips dan teknik pada dua ibu yang kerjayanya agak sibuk ini supaya mereka mampu terus pam susu dan susu tak “drop” ketika bekerja.

1# MASA PAM SUSU KETIKA BEKERJA

Seeloknya, masa pam ketika bekerja ialah setiap 3 jam sekali. Jadi, susun plan anda untuk pam susu itu mengikut jadual setiap 3 jam sekali.

Dari situ, barulah anda boleh tahu berapa kali sebaiknya untuk anda perlu pam susu sepanjang di tempat kerja.

Contohnya : Anda bekerja dari pukul 8 am sehingga 5 pm. Masa terakhir anda pam susu atau beri bayi anda susu adalah pada pukul 6 am. Jadi, masa yang terbaik untuk pam susu seterusnya ialah pada pukul 9 am, 12 noon, 3 pm dan 6 pm.

Jika pada 6 pm, anda sudah sampai di rumah dan bersama bayi anda untuk menyusu. Maka, tidak perlulah anda pam lagi kerana sudah sampai di rumah.

Jadi, dari sini kita tahu bahawa anda perlu pam susu sebanyak 3 kali sahaja di tempat kerja iaitu pada pukul 9 am, 12 noon dan 3 pm.

IBU A : Jika masa terakhir menyusu pada pukul 6 am. Jadi masa pam ibu A ialah 9 am, 12 noon, 3 pm dan 6 pm (jika kerja sampai 8 pm).

Pukul 9 pm tidak perlu pam lagi dah fokus menyusu drect sahaja pada bayi.

IBU B : Jika masa terakhir menyusu pada pukul 6 am. Ibu B perlu pam pada pukul 9 am, 12 noon dan 3 pm sahaja.

(Kalau masa pam awal atau lambat 30 minit, tiada masalah) kerana ia fleksibel.

2# MASA PAM YANG EFEKTIF IAITU HANYA 15-20 MINIT SAHAJA

Ramai ibu selalu beranggapan bahawa pam masa perlu lama sehingga mereka pam dalam 40 minit – 1 jam pada setiap sesi pam.

Malah, ada ibu yang kata, “tidak sempat pam” kerana beliau menyangka masa pam susu perlu dan wajib 30 minit setiap sesi. Disebabkan mitos ini, ramai ibu terpaksa melupakan hasrat mengepam ketika masa bekerja kerana mereka tidak punya masa spesifik 30 minit tersebut.

Sebenarnya, masa pam adalah fleksibel bergantung kepada tahap kesibukan ibu. Paling penting, bukan masa pam yang lama. Tapi, kita masih juga pam dalam tempoh masa itu juga walaupun hanya 10-15 minit bagi setiap sesi.

FLEKSIBELKAN APA YANG BOLEH KITA KAWAL

Contoh : Anda biasanya pam susu selama 30 minit. Apabila anda terpaksa pam susu ketika waktu rehat yang hanya ada 20 minit sahaja. Anda perlu adjust masa pam anda.

Katalah masa pam ada 20 minit keseluruhan. Untuk pasang pam ambil masa 5 minit. Jadi, anda hanya perlu pam 10 – 15 minit sahaja. Asalkan breast sudah dikeluarkan susu dan dikosongkan.

Masa pam tiada masalah dan kita boleh adjust berapa minit yang kita mahu pam bergantung pada keadaan kita ketika itu.

Bagi masalah ini, saya akan kongsikan TIPS EFEKTIF MENGEPAM yang mana anda boleh belajar bagaimana menggunakan fungsi mode “massage” dan “express” sebab fungsi ini penting untuk anda “main” ketika mengepam.

Fungsi mode “massage” dan “express ibarat “gear kereta, jika anda bijak mengawal dan menggunakannya. Susu anda akan tetap terhasil cukup untuk bayi anda walaupun anda hanya perlu pam selama 10 minit setiap sesi pam.

Masa pam sebenarnya, ibu perlu melatih ikut masa yang kita nak. Contoh : kalau kita ajar breast untuk pam dan keluarkan susu dalam masa 15 minit saja pada masa yang sama, memang susu akan banyak pada masa dalam 15 minit sahaja.

Bila anda pam lama sampai 1 jam contohnya, maknanya anda sudah “melatih” breast dan diri anda untuk pam lama sampai 1 jam untuk hasil yang sama.

Konsepnya begini : (contoh)

Bila kita latih pelajar siapkan soalan (kerja), 5 soalan perlu disiapkan dalam masa 15 minit. Baru pelajar akan bersungguh fikir untuk siapkan kerja tersebut pada masa yang ditetapkan itu.

Jika kita kata, siapkan 5 soalan ini dalam tempoh masa 1 jam. Biasanya pelajar akan relaks dulu sambil sembang dan baru nak siapkan kerja bila masa dah nak habis.

KONSEP INI SAMA PADA PEKERJA BREAST IAITU HORMON

Breast adalah kilang susu, dan “pekerja” di kilang breast adalah hormon. Dua jenis hormon iaitu oksitosin dan prolaktin.

Bila kita “set” dan biasakan breast untuk sesi mengepam 15 minit sahaja (contoh), atau dengan kata lain. Bila kita melatih breast untuk pam dalam masa yang singkat setiap hari secara konsisten.

Jadi, breast akan keluarkan susu dalam tempoh 15 minit sahaja sebab breast dah di”set” minda, “Okay, aku kena cepat buat kerja aku iaitu keluarkan susu yang tuan aku nak dalam tempoh 15 minit saja.” Sebab diri kita dah “set” kilang breast kita kena kerja keras keluarkan susu dalam tempoh masa itu saja.

Barulah hormon dalam kilang susu akan bersungguh buat susu dalam tempoh masa itu. Pekerja di kilang breast kita, iaitu hormon adalah sama macam “sikap manusia” juga kerana memang hormon yang menzahirkan sikap dan tingkah laku manusia, letaknya dalam badan kita.

Anda boleh baca artikel ini

3 Cara Efektif Mengepam Supaya Susu Badan Anda Sentiasa Banyak

3# SAYA HANYA SEMPAT PAM DALAM TEMPOH 10 MINIT SAJA? SUSU “DROP” TAK?

“Puan, dalam artikel di atas. Puan ada kata eloknya pam sehingga 25 minit sampai breast betul-betul kosong. Cuma, ada hari yang sangat sibuk dan saya tak sempat nak pam sampai breast betul-betul kosong. Saya takut susu “drop”.

Jawapan saya : Tiada masalah puan kerana puan kena selalu set dalam minda yang masa pam adalah fleksibel dan kita boleh kawal.

Jika puan ada masa sampai 25 minit atau lebih lama untuk pam, teruskan dengan cara itu kerana puan mampu. Namun, jika masa puan sangat sibuk dan hanya mampu untuk mengepam 10 minit sahaja pada setiap sesi. Teruskan dan ia boleh kerana ia lebih baik daripada puan “skip” pam dan tidak pam langsung.

Bila puan “skip” pam, kesannya memang susu akan “drop”. Namun, jika puan pam walaupun hanya 10 minit setiap sesi, susu puan akan terus “maintain” terhasil pada sesi seterusnya (walaupun breast tak betul-betul kosong).

Puan boleh baca artikel ini ya untuk lebih faham

Saya Risau Susu Akan “Drop” Bila Breast Tak Betul-Betul Kosong?

4# TAK PERLU BASUH PAM SETIAP KALI GUNA

“Puan, banyak sangat kerja nak buat kalau terpaksa pam susu untuk ibu bekerja ini. Nak kena basuh pam, nak kena pasang part breastpump dan lain lagi. Kerja saya sangat sibuk, apa yang saya boleh buat?”

Jawapan saya :

Sebenarnya, setiap kali puan pam susu. Puan boleh untuk tak perlu basuh pam, dan ada teknik yang betul untuk simpan pam tanpa perlu basuh.

Hanya perlu basuh pam 2 kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan Jumaat@Sabtu sahaja.

Tidak perlu untuk basuh pam setiap kali guna.

Puan boleh baca link ini

Cara Simpan Pam Susu Tanpa Perlu Basuh

Pemilihan breastpump juga amat penting kerana ibu perlu pilih breastpump yang selesa, ringan, senang bawa dan tidak perlu pasang part yang banyak untuk guna.

Saya sendiri di tempat kerja, hanya menggunakan single breastpump dan masa pam saya hanyalah 15 minit sahaja setiap sesi.

Bukan double breastpump atau single breastpump yang menentukan susu banyak atau pam dengan efektif. Tapi, ibu yang selesa itu yang penting.

Saya selesa dengan single pam yang mudah dibawa dan pam bertukar-tukar breast kiri dan kanan (dalam tempoh 15 minit itu)

Anda boleh rujuk sini untuk tips pemilihan breastpump

Tips Pemilihan Breastpump

5#KALAU TERPAKSA PAM DEPAN ORANG ATAU DALAM KERETA? APA NAK BUAT?

Bagi ibu yang terkejar masa dan tidak dapat “mencuri” masa pam yang spesifik untuk bersendirian mengepam, ada beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk pastikan susu tetap dikeluarkan walaupun anda sedang bekerja atau memandu kereta.

Bagi ibu bekerja, ada 3 masa yang kita boleh gunakan secara efektif untuk pam susu iaitu,

1)Masa perjalanan ke tempat kerja

2)Masa perjalanan pulang dari kerja

3)Masa rehat tengah hari (lunch hour)

Katalah, masa perjalanan ke tempat kerja ambil masa 30 minit. Jadi, anda boleh pam susu dalam kereta pada masa ini.

Jadikan pam anda “freestyle” iaitu

1)Pakai nursing bra

2)Letakkan pam dalam baju dan “sangkut” pam anda dengan “tube” yang anda pakai.

Boleh juga anda pakai bra yang boleh jadikan pam anda “freestyle”

3) Cover diri dan dada anda dengan selendang Pashmina (yang dijahit) supaya orang tak perasan anda sedang mengepam.

 

Ini jika anda pandai skill mengepam sambil memandu kereta. Sekiranya anda tidak mahir dan takut untuk mencuba pam susu sambil memandu, anda boleh usahakan pam susu di tempat kerja sama ada

1)Datang awal ke tempat kerja dan pam dulu susu (dalam pukul 8 am)

2) Pam seterusnya pada masa “lunch hour”

3) Balik agak lewat sedikit jika anda pulang pada 5 pm, pam susu dulu dan baru pulang ke rumah.

Atau usahakan pam di tempat kerja, dengan jadikan pam anda “freestyle” dan cover dengan selendang supaya orang tak perasan anda mengepam.

SENTIASA BAWA NURSING COVER

Tujuan nursing cover ini ialah jika kita mahu pam di mana-mana saja seperti dalam kereta atau meja pejabat. Kita boleh pakai nursing cover ataupun selendang Pashmina yang dijahit. Kemudian, baru pakai pam dan mula mengepam. Jadi, orang pun tak perasan yang kita sedang mengepam.

JIKA SUKAR CARI MASA LAGI, CUBA SAMBUNG DENGAN FREEMIE

Freemie products-500x500

Jika anda masih lagi terkejar-kejar dan sukar cari masa juga, anda boleh cuba sambungkan pam anda dengan Freemie. Ianya ialah breastpump yang terus disambungkan dan melekat pada payudara.

(ini adalah opsyen jika anda tidak menggunakan Medela Freestyle)

Malah, wartawan yang menyusukan anak juga memakai pam Freemie dimana mereka boleh pam susu walaupun sedang berjalan.

Anda juga boleh mendapatkan banyak hands free nursing bra yang dijual di pasaran.

Autumz Hands Free Nursing Bra

6# APA NAK BUAT KALAU SAYA KENA HADAPI SITUASI – PAM HARI INI UNTUK STOK ESOK!

Sebenarnya, susu ibu terhasil grafnya seperti gelombang. Ada fasa turun dan ada fasa naik. Maksudnya, susu tiba-tiba banyak dan tiba-tiba “drop” itu adalah normal.

Apa yang penting ialah, bagaimana kita bersedia diri kita untuk berhadapan dengan fasa susu “drop” atau stok hari ini cukup untuk esok?

Untuk masalah supaya susu anda masih tetap cukup walaupun terpaksa pam hari ini untuk esok, anda boleh baca link ini.

Sistem Efektif Menguruskan Susu Ibu Perahan

7# JAGA PEMAKANAN YANG SEIMBANG.

Pemakanan adalah faktor yang paling penting untuk anda pastikan kerana susu yang cukup dan berkualiti tidak mampu terhasil dengan baik sekiranya anda tidak menjaga pemakanan.

Anda boleh refer link ini untuk senarai pemakanan berkhasiat ibu menyusu.

Apakah “Makanan Segera” Yang Bantu Susu Ibu Banyak & Berkualiti?

8#MATLAMAT PERLU JELAS DAN SPESIFIK

Penyusuan susu ibu bagi ibu yang bekerja adalah tidak mudah tanpa matlamat yang jelas.

Anda sendiri perlu mempunyai dorongan dan matlamat yang kuat, kenapa anda memilih untuk menyusukan anak di tempat kerja.

Dorongan dan matlamat anda yang jelas ini akan membantu anda untuk terus kuat apabila anda berhadapan dengan cabaran sepanjang penyusuan nanti.

PENGALAMAN IBU BEKERJA YANG PERLU MENGEPAM KETIKA MEMANDU KERETA

Dibawah ialah sedikit perkongsian daripada sahabat saya, Puan Mazni Mohammad (ahli farmasi)

Anda masih tak faham lagi cara nak simpan dan uruskan stok susu ibu?

Terutama nanti bila naik kerja nak bagi pada pengasuh?

Download panduan ini supaya anda faham pengurusan stok susu ibu yang betul tanpa menjejaskan khasiat susu ibu selepas diperah.

(KLIK PADA IMEJ DI BAWAH SEKARANG)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.