Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Bahan Bacaan Nuha Ketika Usia 5 Tahun

September 2, 2017 by Blog, Nuha Parenting No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
  1. BAHAN BACAAN YANG ANAK SAYA SANGAT-SANGAT SUKA

Antara bahan bacaan yang menjadi “kegilaan” anak saya sekarang ialah :

ENGLISH

1) Kick Start To Primary English

Memang best bukunya..sebab anak belajar English dengan Fun dan Interactive.

Seperti mencari jumlah buku yang tersembunyi dan lain lagi..

Dan banyak soalan-soalan yang disediakan mengajar anak berfikir menggunakan otak kanan.

Anak saya baca sampai terkoyak terlerai habis muka suratnya..sayang. Buku mahal pula sebab ianya dari keluaran Singapore.

Mula-mula salotep..tapi terlalu banyak tercabut, akhirnya kami ke kedai fotostat untuk buku ini di “staple” kembali dan dah okay elok semula.

SCIENCE

2) Science Bite

Memang anak belajar Science dari buku ini.

Ianya dari Silibus Science Singapore Education

Apa yang bestnya anak membaca ilmu tersebut dalam bentuk cartoon yang menarik dengan watak-wataknya sekali.

Buat masa ini, Nuha sudah tahu dan kenal tentang living things and non living things.

Malah, saya mengajar pun santai sahaja.

Awalnya Nuha membaca saja kemudian dia bawa buku ini dan tanya saya, apa maksud living things dan non-living things?

Sambil berbaring, kami berdua. Saya menerangkan pada Nuha, benda hidup, benda bukan hidup dan ciri-cirinya.

Kemudian, saya sebut barang dan contoh di sekeliling rumah kami dan Nuha mula kategorikan mana satu living things dan mana satu non living things

Mengajar kaedah begini, anak akan mudah ingat kerana ilmu akan masuk ke dalam memori jangka panjang.

1) Ajar anak sesuatu ilmu bila dia mula bertanya.

Sifat ingin tahu yang tinggi itu, akan buatkan otak lebih agresif dan aktif, jadi memori akan lekat kuat terus ke memori jangka panjang. Anak ingat lama ilmu tersebut.

2) Belajar secara santai, aktif, anak boleh bergerak bebas (tanpa kerusi meja) membolehkan anak mudah serap ilmu dan senang lekat ingatan.

Bila anak seronok dan happy, ia masa sesuai memasukkan apa saja ilmu pada anak dan anak akan ingat lama.

2 teknik ini akan membuatkan ilmu masuk ke memori jangka panjang anak –> ingatnya akan lama.

Ianya berbeza jika kita belajar di sekolah, contohnya. Bulan ini belajar topik ini, tapi jika anak tersebut belajar hanya kerana ianya silibus hari itu (tanpa ada sifat ingin tahu yang tinggi), anak mungkin akan hanya menghafal untuk exam dan mudah lupa.

Kerana memori ini adalah memori jangka pendek sahaja.

ILMU PENGURUSAN KEWANGAN & EKONOMI ASAS

3) Komik Keluarga Bakhil

Bagus komik ini kerana ia mengajar tentang berjimat cermat, simpan duit, menghargai alam sekitar dan sumber alam.

Sehingga Nuha sejak baca komik ini, sudah ada kesedaran pastikan kami tidak membazirkan elektrik.

Kalau di bilik, dia nak keluar dia akan pastikan kipas dan lampu ditutup untuk elakkan pembaziran.

Banyak sifat cermat yang saya lihat dari anak saya lepas dia baca komik ini.

SEJARAH

4) Komik Biografi Tokoh Berjaya

Ianya adalah sebagai sumber motivasi dalaman anak saya apabila dia membaca kisah perjalanan orang-orang berjaya.

Barulah dia tahu sebenarnya orang yang berjaya ialah mereka yang selalu buat silap, banyak kali lakukan kesilapan cuma mereka tidak berputus asa dan akhirnya berjaya.

Pada saya, kita belajar sejarah kerana mahu dapatkan inspirasi dari orang berjaya, dan juga belajar dari sejarah & mengambil pengajaran supaya kita tidak mengulang kesilapan bangsa yang lalu pada masa kini.

Memang seronok anak belajar sejarah biografi ini dalam bentuk komik.

Melalui komik ini, kita akan dapat tahu dengan lebih mendalam anak kita sebenarnya suka apa atau minat nak jadi apa?

Saya pun baru sempat membaca kisah Warren Buffet dan Bill Gates.

Terus terang, memang best!

Alhamdulillah, di usia anak saya 5 tahun lebih. Saya telah dapat memperkenalkan pada anak saya

Ilmu sains, ilmu ekonomi dan kewangan, ilmu sejarah biografi dan English pada anak secara seronok, simple dan menarik dalam bentuk komik dan watak kartun dalam komik ini.

Malah, anak saya belajar tanpa dipaksa dan dia sendiri yang suka.

Masih saya ingat lagi pesanan mentor parenting saya,

1) Ajar anak membaca

2) ajar anak minat membaca..

Step yang ketiga lebih mencabar iaitu

3) Ajarkan anak membaca bahan yang bermanfaat

Tujuan kita ajar anak membaca awal sebenarnya ialah

Kerana kita mahu “memasukkan” ilmu yang bermanfaat pada anak seawal mungkin.

Kerana jika kita tidak sibuk untuk memasukkan ilmu bermanfaat seawal mungkin supaya anak minat pada ilmu,

“benda” lain pula nanti yang akan masuk awal dan bila anak sudah minat yang lain selain ilmu bermanfaat..

Terus terang, pada saya tugas mendidik anak akan menjadi lebih sukar.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

SILAKAN SHARE

 

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.