Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Bajet 2018 : Hal Berkaitan Ibu Bekerjaya Yang Anda Wajib Ambil Tahu

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Setiap tahun, saya memang akan tengok pembentangan bajet negara. Dan bahagian yang saya akan fokus gila-gila, dah tentu la berkaitan dengan penjagaan ibu mengandung dan bersalin terutama sekali ibu bekerjaya yang bertugas sebagai penjawat awam.

Mungkin ramai yang tak mampu luangkan masa untuk tengok Bajet 2018.

Jangan bimbang. Sebab dah jadi tugas saya untuk sajikan korang dengan maklumat penting ini. Jemput hadamkan perkongsian saya kali ini.

Penjawat awam yang bergelar ibu untung banyak dengan Bajet 2018? 

Antara perkara yang best dalam bajet kali ini khas untuk penjawat awam yang bergelar ibu ialah :

1) Pegawai wanita mengandung 5 bulan ke atas dan suami dibenarkan balik awal 1 jam (jika suami bekerja di lokasi sama)

Contoh : Jika anda seorang guru yang mengajar di sesi persekolahan petang. Masa kerja bermula daripada 1 pm sehingga 6.40 pm.

Apabila diawalkan 1 jam, ini bermakna anda sudah dibenarkan pulang bekerja pada pukul 5.40 pm untuk bersama keluarga.

Jadi, disaat usia kandungan anda 6 bulan dan ke atas. Dapatlah anda menjaga kandungan dan tidak terlalu terbeban dengan tugasan kerja sama ada di sekolah ataupun di pejabat.

Anda juga dapat mengelakkan daripada merempuh “jem”.

2)Meningkatkan cuti bersalin daripada 300 hari kepada 360 hari (maksimum 90 hari setahun)

Sebelum ini, penjawat awam hanya berpeluang menikmati cuti bersalin sebanyak 300 hari dimana, biasanya seorang anak, hanya 2 bulan cuti bersalin sahaja setahun (dengan gaji penuh) dan tertakluk hanya untuk 5 orang anak.

Seterusnya, anda dibenarkan juga cuti bersalin selama 3 bulan iaitu 90 hari (bergaji penuh) namun ia hanya tertakluk untuk 3 orang anak sahaja.

Apabila cuti bersalin ini sudah dinaikkan kepada 360 hari. Ini bermakna, anda berpeluang menikmati cuti bersalin selama 3 bulan iaitu 90 hari (bergaji penuh) untuk 4 orang anak.

Wah! Lama tu cuti bersalin sampai 3 bulan. Jadi, sempatlah ibu-ibu semua fokus 2 bulan menyusu puas-puas bayi dan 1 bulan seterusnya dah boleh mula buat stok susu ibu perahan sebelum mula bekerja nanti.

3)Bayaran khas sebanyak RM 1500 kepada penjawat awam.

Yang ini memang best sebab bolehlah gunakan wang tersebut untuk membeli kelengkapan bayi terutamanya kelengkapan penyusuan.

Boleh beli breastpump elektrik yang lebih berkualiti dan berbaloi untuk dipakai sepanjang penyusuan 2 tahun yang biasanya berharga RM 400 dan ke atas.

BACA TIPS PEMILIHAN BREASTPUMP DI LINK INI

Maklumat Paling Best Buat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru)

Buat ibu-ibu di sini yang juga bekerja sebagai guru,

1)Menaikkan CRK (Cuti Rehat Khas) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada 7 hari kepada 10 hari.

Untuk tahun 2018 sahaja, jumlah cuti sekolah bagi guru sahaja ialah sebanyak 72 hari setahun.

Itu tidak termasuk lagi Cuti Am seperti Thaipusam, Hari Pekerja, Hari Wesak dan lain lagi.

Jadi, guru wanita diberi lagi Cuti Rehat Khas sebanyak 10 hari setahun.(bermula tahun 2018)

Ini adalah rezeki daripada Allah yang patut kita syukuri. Semoga dengan pelbagai ganjaran ini, dapat membuatkan kita lebih ikhlas dan bersungguh dalam bekerja.

Anda masih tak faham lagi cara nak simpan dan uruskan stok susu ibu?

Terutama nanti bila naik kerja nak bagi pada pengasuh?

Download panduan ini supaya anda faham pengurusan stok susu ibu yang betul tanpa menjejaskan khasiat susu ibu selepas diperah.

(KLIK PADA IMEJ DI BAWAH SEKARANG)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.