Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Bayi Kerap Menyusu, Adakah Ianya Normal?

October 29, 2015 by Blog, Newborn, Penyusuan No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara persoalan ibu

Saya nak tanya, normal ke kalau bayi saya hisap susu sejam sekali? Mak mertua saya kata anak saya tak cukup susu sebab tu asyik meragam. Lepas tu terus dia bagi susu formula. Tidur jelah jawabnya bayi saya, macam mane tu?

Selalu ibu lepas bersalin, akan kerap menyusukan bayi sehingga ada kala terfikir,

Susu saya tak cukup ke?

Tambah pula, selepas bayi diberi susu formula, bayi tidur lama menyebabkan ibu berfikir

Susu formula mengenyangkan!

Adakah ini benar?

Mari saya kongsikan 5 situasi normal yang biasanya berlaku kepada bayi baru lahir dan ianya akan berlarutan sehinggalah usia bayi mencapai 2 bulan dan kadangkala lebih kerap terutama bila bayi mengalami fasa pembesarannya.

Apakah situasi normal tersebut?

#1 MENYUSU KERAP KERANA SUSU IBU MUDAH DIHADAM

Susu ibu mudah dihadamkan dan diserap. Susu ibu mengambil masa 60-90 minit untuk dicernakan, sebab itu kita akan lihat bayi kerap menyusu. Ia bagus kerana tandanya susu ibu mudah dihadam dan khasiat nutrisinya diserap sepenuhnya oleh bayi.

Susu ibu pula mengandungi protein lembut dan ia mudah dicernakan. Tambahan pula, saiz perut bayi sangatlah kecil, hanya sebesar guli sahaja ketika lahir.

Sekiranya bayi anda kerap menyusu di waktu malam, ketahuilah bahawa susu ibu di waktu malam, tinggi kandungan lemaknya!

Susu ibu di waktu malam lebih pekat, kaya dengan lemak dan ia membantu tumbesaran dan pertambahan berat bayi.

Jadi, mustahil jika bayi terdampar kekenyangan selama 3-4 jam selepas menyusu. Jika bayi diberi susu formula, sememangnya susu formula mengambil masa 3-4 jam untuk dicernakan dan biasanya susu formula sukar dihadamkan dan diserap oleh usus bayi. Ia menyebabkan usus bayi yang belum matang “terbeban” dan mengambil masa yang lama untuk mencernakan susu tersebut.

#2 MENYUSU KERAP KERANA DADA IALAH HABITAT BAYI

8013_696065327080859_1433013029_n

Ianya normal untuk bayi baru lahir kerap menyusu dan lama. Ini kerana, bayi dalam proses menyesuaikan diri dengan habitat barunya iaitu di rumah. Sebelum ini, bayi selesa sempit dan “berkepit” di dalam rahim, maka proses perubahan tempat tinggal daripada rahim ke alam dunia ini, perlukan masa untuk bayi sesuaikan.

Dari tidak pernah mandi, kini perlu mandi dua kali sehari

Dari tidak pernah memakai baju, kini kena berbaju dan berstokin setiap hari

Dari tidak pernah makan guna mulut (kerana dulu makanan melalui uri ibu), kini perlu latih mulut untuk hisap dan menyusu.

Dari tidak pernah pakai pampers, kini kena 24 jam memakai pampers pula!

Semua ini membuatkan bayi kurang selesa.

Jadi, dada ibu dan payudara ibu menjadi rumah/habitat sementara bayi sebelum dia betul-betul stabilkan diri berada di rumah anda yang luas tu hehe.

Ini kerana, dada ibu ialah tempat yang suasananya sama seperti di dalam rahim di mana bayi selesa mendengar bunyi jantung ibu serta panas-panas suam suhunya.

Disitulah bayi mendapat ketenangan, keselesaan, haba daripada kulit ibu yang lembab dan terasa perlindungan serta keselamatan.

Dr Nils Bergman, seorang doktor di Afrika Selatan mengatakan di dalam buku Anak Hebat Susu Ibu,

Dada ibu adalah habitat terbaik untuk bayi

Malah, kajian ahli biologi juga mendapati kajian tentang habitat mamalia iaitu manusia,

Habitat ini bermula di dalam rahim, kemudian di badan ibu, dan dalam lingkungan keluarga sebelum menemui dunia realiti.

Anda perlu faham, ketika ini dada ibu ialah habitat sementara untuk bayi baru lahir. Di payudara, bayi bukan sahaja mahukan susu untuk hilangkan lapar, tetapi juga bayi mahukan ketenangan dan keselesaan di situ.

Pendek kata, dada ibu ni kira macam tempat lepak yang paling bestlah untuk bayi.

Sebab itu bayi asyik melekap sahaja. Kadangkala bukan untuk menyusu saja, tetapi untuk me”relaks”kan dirinya

Ianya normal dan lama-kelamaan akan okey.

#3 BAYI KERAP BUANG AIR

baby_poo-660x488

Anda akan dapati, bila mana bayi anda kerap menyusu. Dia juga akan kerap buang air kecil dan air besar.

Ini kerana, antara kelebihan susu ibu ialah ia sangat mudah dicernakan oleh usus bayi.

Pada ketika ini, usus bayi masih belum matang.

1000114_154351878090889_524504656_n

Jadi, bayi akan menyusu kerap, sudah kenyang dan akan buang air besar kerap! Ianya bagus kerana menunjukkan sistem pencernaan bayi sudah mula berfungsi dengan baik dan lama-kelamaan usus bayi akan cepat matang.

Juga, bila bayi kerap buang air besar, ia menunjukkan susu ibu mudah dicernakan dan bayi tidak mengalami masalah sembelit.

#4 CORAK PENYUSUAN YANG BERBEZA SETIAP HARI

c995ca9d194071f152ac280d397e1a89

Ianya normal jika anda dapati adakala bayi kerap menyusu tanpa masa yang tetap. Ini kerana, bayi ketika ini menyusu mengikut keperluannya dan bukan mengikut jam.

Jadi, layankan sahaja kehendak bayi. Juga, perlu difahami, ketika ini bayi menyusu bukan sahaja kerana lapar, tetapi juga kerana mahukan keselesaan.

Bak kata imej di atas, “Watch your baby, not the clock!”.

Maksudnya, perhatikan tanda lapar bayi anda, bukannya tengok jam selalu ye.

 

10561721_283724205153655_6183393163650106573_n

#5 BAYI KERAP MENYUSU KERANA FASA TUMBESARAN

growth spurt

Ada satu ketika di mana anda akan melihat bayi menyusu lebih kerap daripada biasa, dan anda mungkin beranggapan susu anda tidak cukup.

Sebenarnya, ianya adalah kerana bayi anda semakin membesar dan proses ini dikenali sebagai “growth spurt”. Penyelesaiannya, anda hanya perlu terus menyusukan bayi kerana lama-kelamaan susu anda akan meningkat secara semulajadi.

Bila bayi kerap menyusu, ianya adalah cara semulajadi untuk membanyakkan susu!

Jika anda mahu faham detail apa sebenarnya yang berlaku ketika ini, boleh membaca artikel saya tentang bayi yang semakin membesar ini.

Kalau anda mahu tahu bagaimana caranya untuk pastikan bayi mendapat cukup susu ibu, boleh klik link ini

4 Tanda Bayi Dapat Cukup Susu Ibu

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.