Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Susu Tiba-Tiba “Drop”? Bayi Kerap Menyusu?

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara soalan yang pernah ditanya kepada saya

Salam Puan Aisyah, Rabu ni saya kerja. Tetiba susu kering, baby pun macam tak puas nak susu kerap jadinya. Hubby dah nak suruh ambik susu formula..sedih rasa. Pam biasa 5oz both breast, ni pagi-pagi pun tak sampai 1 oz.

(bayinya berusia 3 bulan)

Begitulah antara luahan si ibu ini kepada saya. Lantas, saya terus membalas mesejnya.

“M (bukan nama sebenar) , actually apa yang M alami ni normal”.

Dan saya menerangkan apa yang ibu perlu tahu (jawapannya di post bawah ini)

Selepas seminggu, saya kembali mesej ibu ini bertanyakan khabar. Alhamdulillah katanya dah okey keadaannya dan susunya sudah kembali banyak seperti biasa selepas seminggu.

Apa yang berlaku pada ibu di atas?

Sebenarnya, bayi sedang mengalami “growth spurt”. Ini yang saya belajar dari Kelly Bonyata, International Board Certified Lactation Consultant (kellymom.com).

APA SEBENARNYA GROWTH SPURT?

image

Apabila anda melihat tanda-tanda ini berlaku

  • bayi sangat kerap menyusu
  • bayi lebih cerewet
  • Bila ibu nak perah susu, tiba-tiba sedikit sahaja hasilnya daripada biasa

Risau bukan? Jangan risau. Sebenarnya proses ini adalah normal, dan ia bukanlah tanda-tanda yang susu anda berkurang.

Tetapi, ia menunjukkan bayi anda sedang mengalami dorongan pertumbuhan, atau dalam bahasa penyusuan dipanggil “growth spurt”. Bayi anda sedang membesar!

Antaranya punca bayi mengalami “growth spurt” ini ialah kerana bayi mengalami

  • perkembangan emosi fizikal
  • pertumbuhan otaknya
  • perkembangan emosi
  • mendapat kemahiran baru seperti meniarap, merangkak atau bercakap

Jadi, bila bayi mahu membesar seperti di atas, dia perlukan lebih lagi susu.

Sebab itu anda lihat bayi akan kerap menyusu daripada biasa.

APA ANDA PERLU BUAT?

Tak perlu buat apa-apa. Hanya biarkan sahaja bayi menyusu. Kerana bila bayi semakin kerap menyusu, lama-kelamaan susu akan kembali banyak semula seperti biasa.

Ini kerana kilang susu ibu konsepnya semakin kerap bayi menyusu, lama-lama akan semakin banyak susu.

Menyusu secara terus adalah rangsangan semulajadi untuk naikkan penghasilan susu ibu, bukan pam yang canggih atau pam yang kerap. Anda hanya perlu jaga masa penyusuan anda bersama bayi.

Pam hanya jika bayi jauh dari anda.

Ianya adalah “proses semulajadi” yang diciptakan Allah buat ibu untuk membanyakkan susu mengikut keperluan bayi.

Dan..susu ibu juga akan terhasil melalui keperluan bayi tersebut.

Biasanya fasa ini berlaku dalam tempoh 2-3 hari sahaja, namun ada juga yang seminggu.

Dan ia biasa berlaku pada bayi berusia

  • 7-10 hari
  • 2-3 minggu
  • 4-6 minggu
  • 3 bulan
  • 4 bulan
  • 6 bulan
  • 9 bulan

atau dengan kata lain, bila bayi nak dapat kemahiran baru!

image

Ada lagi satu kisah ibu, bayinya berusia 4 bulan, soalannya :

Aisyah, baby kita sekarang ni kerap menyusu sampai termuntah-muntah. Tak tau sebenarnya dia tak puas menyusu atau terlebih susu?

Ibu ini keliru adakah bayinya tidak mendapat cukup susu?

Dia luahkan masalahnya hujung minggu ini dia tak dapat buat stok susu sebab bila marmet pun dapat tak sampai setengah oz (kalau sebelum ni boleh dapat banyak juga lah untuk buat stok kan).

Jadinya, saya terangkan padanya tentang “growth spurt”, dan memberi saranan supaya Sabtu dan Ahad ini tumpukan menyusu bayi sahaja, untuk naikkan penghasilan susu secara semulajadi.

Ia lebih baik daripada mengepam. Layankan saja anak menyusu dan InsyaAllah keadaan ini akan pulih pada hari ke 3.

Dia boleh pam pada hari Isnin pagi nanti, asalkan stok susu cukup untuk hari ini dan esok.

Selepas beberapa lama..ibu ini mesej saya. Katanya

Aisyah, betullah apa yang awak cakap tu, anak kita rupanya dah pandai meniarap lepas tu!

Okey, jadi janganlah cuak atau risau bukan-bukan bila tiba-tiba bayi kerap menyusu dan pam pula hasil sikit dari biasa!

Mana tahu, entah-entah bayi anda sedang alami proses ni kan? Normal proses je tu..

Semoga anda dapat melaluinya dengan baik!

 

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat

Latest posts by Aisyah Samat (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Set Berpantang Lengkap

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

(KLIK PADA GAMBAR)

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.