Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Bayi Kerap Menyusu Macam Tak Puas Sampai Kena “Top-Up” Susu Formula?

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara persoalan dari ibu yang pernah ditanya kepada saya ialah,

“Salam puan, saya nak maklumkan anak saya sudah boleh direct breastfeeding dengan saya cumanya setiap kali menyusu, mesti kena top-up susu formula atau susu yang dipam mengikut jam.”

“Jadinya sekarang susu memang cukup-cukup untuk dia, dan saya tak boleh buat stok langsung.”

“Kalau malam hari, Alhamdulillah, tak perlu top-up. Sehari akan ada top-up juga jika baby terjaga lama. Dua kali macam tu (top-up). Bila saya bagi susu botol, bayi macam menerkam.”

“Saya tak tahu di mana silapnya ya.”

“Sekarang usia bayi sudah 33 hari.

Mula-mula menyusu okay, lepas 10 minit macam tu baby macam hisap tapi tak puas. Saya tahu aliran (flow) susu macam perlahan.

Bila saya beri susu top-up dalam botol, baby seperti menerkam mulut dia dan sedut macam kepuasan.

Sudah 5 hari macam ini sejak saya balik rumah sendiri. Bila habis susu top-up ada kala nak menyusu lagi, dan adakala terus tidur masuk buai.”

JAWAPAN SAYA :

Setelah saya memahami situasi sebenar yang berlaku, barulah saya berikan penyelesaian kepada masalah ibu ini.

Pada pandangan saya, bayi puan sedang mengalami fasa growth spurt. Jadi, saya akan kongsi pada puan 3 artikel di bawah dan puan boleh baca dulu ya

#1 PERNAH ALAMI MASALAH SUSU TIBA-TIBA “DROP”? BAYI PULA KERAP MENYUSU DAN HASIL PAM SIKIT?

Susu Tiba-Tiba “Drop”? Bayi Kerap Menyusu?

#2 BAYI SAYA MASIH LAGI MENGHISAP, ADAKAH DIA MASIH LAPAR SUSU?

Bayi Saya Masih Lagi Menghisap! Adakah Dia Masih “Lapar” Susu?

#3 KENAPA BAYI TIDUR LENA JIKA DIBERI SUSU FORMULA

Kenapa Bayi Tidur Lena Jika Diberi Susu Formula?

RESPON IBU

Selepas membaca 3 artikel di atas, ibu ini memberi respon bahawa situasi ini memang berlaku dan beliau hanya risaukan bayi tak dapat susu yang cukup.

RESPON SAYA

Okay, kalau macam itu. Saya kongsikan pada puan tanda bayi dapat cukup susu.

Supaya puan tak keliru lagi sebab sebenarnya, kalau bayi kerap hisap macam tak puas. Itu bukan tanda baby tak dapat cukup susu.

Puan boleh baca link ini.

4 Tanda Bayi Dapat Cukup Susu Ibu

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.