Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Bayi saya tidur lama sampai lebih 4 jam tak bangun menyusu, takpa ke?

August 23, 2018 by Blog, Breast Clinic No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara soalan penyusuan yang ditanya oleh ibu kepada saya ialah :

“Bayi saya, pagi-pagi akan menyusu around pukul 6 pagi macam tu. Selalunya dalam pukul 9 lebih (pagi) baru dia bangun. Takpa ke? Feeding baby kan sepatutnya 2 jam sekali. Ke bayi kenyang sebab tu dia tidur lama?”

Soalan lain,

“Anak saya tidur pukul 11 pagi tadi. Sampai sekarang masih lena lagi. Kalau 4 jam @ 5 jam @ 6 jam atau mungkin sehingga Subuh dia tak minta susu, tak ada masalah ke?”

Jawapan saya :

Haah ya takpa sebab puan tak boleh stick dengan mindset baby feed ikut 2 jam sekali. Ini kerana itu adalah teori dan praktikal penyusuan adalah berbeza.

Puan perlu faham baby adalah manusia yang ada emosi macam kita. Jadi, sesekali bayi memang akan feed ikut diri dia (bayi) rasa nak susu atau tak nak susu.

Sebab bayi adalah sama macam puan, bukan macam robot yang ada jadual makan 2 jam sekali. Macam kita sesekali nak makan lewat sedikit, sesekali nak ikut time macam tu.

Jadi puan perlu feed ikut demand bayi, dan bukan masa 2 jam sekali. Boleh, tak apa dan tiada masalah. Puan tak perlu kejut. Tak ada masalah selagi anak masih penuhi tanda bayi dapat cukup susu.

Kalau anak puan tak bangun sampai Subuh tak menyusu dan katalah seminggu lepas itu, puan tengok anak puan tak aktif, berat tak naik, tak berak lebih seminggu dan tak kencing dengan kerap. Yup itu baru masalah tak cukup susu dan baru perlu risau.

Puan cuma perlu faham bayi semakin dewasa dan pattern tidur semakin matang. Memang ada bayi macam itu yang tidur sepanjang malam dan tak rasa nak hisap susu macam manusia dewasa yang biasanya tidur dan tak rasa nak bangun minum air banyak kali sebab rasa tidur dan letih lebih utama daripada rasa dahaga atau memang bayi tak dahaga pun.

Lagipun mungkin bayi letih kat rumah pengasuh, contohnya bayi tak cukup tidur dan aktif main. Bila bayi dah letih waktu siang, memang badan senang letih.

Kesannya, bayi perlukan lebih tenaga dan dia bukan tak nak terus susu tapi rasa mengantuk, letih dan nak tidur lagi utama dari rasa nak minum susu. Jadi, biarkan bayi tidur untuk “charge” tenaga. Tidur yang banyak pada bayi usia ini penting untuk tumbesaran otak dan badan bayi.

Kalau tidur bayi terganggu, bayi akan bermasalah perkembangan. Selagi bayi puan penuhi tanda bayi dapat cukup susu, tiada masalah.

Yang penting puan perlu “observe” baby, baru boleh tahu susu cukup atau tidak. Pemerhatian puan pada bayi puan melalui tanda yang saya kongsikan di bawah iaitu tanda bayi dapat cukup susu.

Sebab semua orang akan bagi pendapat yang tak tentu betul atau tidak. Hanya puan saja yang boleh tahu bayi cukup susu atau tidak melalui data dari observation puan sendiri pada bayi puan. Itu lebih tepat.

4 Tanda Bayi Dapat Cukup Susu Ibu

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.