Bila boleh mula ajar anak kenal huruf hijaiyah yang takda baris ?

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Ini adalah soalan daripada salah seorang pembeli ebook Parenting saya, Puan Tini (nama samaran).

..

Puan Tini sekarang sedang mengajar anak yang ketiga usia 1 tahun 5 bulan.

Dia ada tanya, dia lihat saya ajar guna baris fathah.

Jadi, soalannya :

“Bila kita boleh mula ajar huruf yang takda baris kat anak?”

Katanya bila ajar huruf takda baris, lambat sikit bila dibandingkan dengan huruf fathah sebab “terbuka” dan satu patah perkataan.

Contoh macam jim dan dal.

Jawapan saya :

Sebenarnya puan tak perlu pun ajar huruf tunggal (huruf takda baris) kat anak sebab biasanya anak-anak akan belajar huruf ini kat tadika atau pra-sekolah.

jadi, kenapa perlu ajar lagi huruf takda baris sebab anak pun sudah dihantar ke tadika dan guru tadika akan mengajar huruf tersebut.

Macam anak saya, Nuha tidak masuk mana-mana tadika tetapi boleh kenal hijaiyah takda baris hanya melalui video sahaja.

Itupun ketika usianya mencecah 6 tahun dan bukan saja ajar.

Tujuan anak kenal huruf jawi iaitu huruf tunggal (takda baris) adalah kerana anak biasanya perlu pandai baca buku jawi di usia 7 tahun (darjah 1) nanti.

Jadi, buat masa sekarang target hanya anak boleh membaca Al-Quran > kenal hijaiyah baris atas.

Target pada masa ini bukan nak ajar anak membaca Jawi lagi. Sebab itu kita tak ajar lagi anak huruf tunggal.

Untuk makluman,

Anak saya Nuha Areefa waktu usia 7 bulan~saya hanya perkenalkan huruf hijaiyah berbaris atas terus dan tak perlu ajar lagi huruf hijaiyah takda baris.

Boleh lihat video Nuha di bawah (pada usia 1 tahun 5 bulan) dia dah boleh kenal dan sebut majoriti hijaiyah berbaris atas.

Sebabnya bila anak dah boleh baca Al-Quran nanti. Dia sendiri akan senang kenal huruf takda baris dengan lagu hijaiyah di Youtube.

Nuha hanya hafal dan kenal huruf hijaiyah tanpa baris dan sebutan hanya pada usianya 6 tahun. Tu pun saya tak ajar tapi sebab tengok video.

Boleh tonton dua video Nuha di atas.

Jadi, ibu-ibu jangan risau kalau tak ajar lagi hijaiyah tanpa baris dan hanya terus ajar hijaiyah berbaris.

Sebab ramai kanak-kanak mereka hanya hafal lagu tapi tak kenal huruf.

Sedangkan, kita nak anak boleh kenal huruf, sebut, baca dan tulis.

Dibawah pula ialah video anak kedua saya iaitu Umar Furqan.

Masa ni Umar berusia dalam 1 tahun diajar flashcard berbaris atas.

https://youtu.be/_EeJfvJS7lo

Video dibawah ni pula ketika Umar berusia 3 tahun 2 bulan dan dah mula diajar membaca buku Al-Furqan 1.

https://youtu.be/8ezD3RshRBA

Alhamdulillah, anda hanya perlu ikut flow di atas saja. Anak saya juga sekarang usia 8 tahun dan sudah boleh membaca buku tulisan Jawi di usia ini.

Apa yang penting fokus satu-satu dahulu.

Adakah anda ibu bekerjaya yang rasa “lost” sebab tak tahu bagaimana nak mula mengajar anak-anak di rumah secara “part-time”?

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN EBOOK 

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.