Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Bila Masa Yang Sesuai Mengajar Anak Berhenti Menyusu Badan?

April 21, 2016 by Blog, Penyusuan, Weaning Off No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara persoalan yang pernah ditanya kepada saya ialah,

Bila masa yang sesuai ajar anak berhenti menyusu?
Kenapa kita perlu mengajar anak berhenti menyusu selepas 2 tahun?

Ada juga ibu yang bertanya saya,

Bolehkah saya teruskan menyusu anak saya selepas 2 tahun dan cari ibu susuan untuk teruskan penyusuan anak selepas 2 tahun?

Ibu ini juga mahu tahu kenapa saya mula memberhentikan penyusuan sehingga Nuha berusia 2 tahun ?

Boleh saya tahu kenapa puan berhentikan menyusu sewaktu usia Nuha 2 tahun?

Disini, saya menjelaskan kerana di dalam Islam, penyusuan lengkap hingga 2 tahun sahaja.

Jawapan saya ada di link ini

http://www.nuhababy.com/4-teknik-simple-untuk-bercerai-susu/

Untuk mengetahui sebab yang lebih kukuh, saya juga merujuk kepada orang yang lebih pakar iaitu Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani (Pakar Perubatan Islam TIAF dan Pengamal Islamic Homeschooling & Flexilearning)

Saya mendapatkan penjelasan dari Ustaz untuk persoalan di bawah,

Kenapa perlu anak diberhentikan penyusuan sehingga 2 tahun, dan apa kesan buruk jika anak masih menyusu badan hingga usia 4-5 tahun?

Begini jawapan Ustaz Wan Asrul,

Pertamanya, dalam Islam meletakkan menyusukan anak sehingga 2-3 tahun adalah bertujuan membentuk akhlak dan peribadi anak tersebut.

Tidak bersikap bergantung berlebih-lebihan, dengan ibu terutamanya. Dalam ertikata lain, mengajar dengan disiplin berdikari. Kendiri.

Orang Barat, mereka meneruskan pemberian susu badan, itu adalah cara mereka. Kita orang Islam, ada adab tatasusila yang disusun dengan penuh hikmah.

Kerana, peningkatan sel otak anak optimum dari 0-8 tahun. Itu secara optimum, pemberian susu badan selama 2 tahun sudah cukup untuk merangsang sel deria. Selebihnya, sel otak mereka perlu dirangsang dengan perkara lain. Supaya mereka lebih kreatif dan bijak.

Itulah hikmah penyusuan sehingga 24 bulan.

Adapun, tentang umur Saiyiduna Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wasallam menyusu badan sehingga usia 3 tahun, ada khilafnya. Namun, dipersetujui ulama, maksimum 3 tahun dan tidak lebih dari itu.

Walaupun tiada larangan menyusukan anak lebih dari usia tersebut. Namun, ianya juga tiada suruhan atau anjuran. Maka, perlu faham dari sudut ilmu dan hikmah.

====================================================================================

Ini jawapan yang saya dapat daripada Ustaz Wan Asrul.

Diharap jawapan ini membantu anda dalam membuat keputusan.

1

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.