Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Bilakah Masa Mengepam Susu Untuk Ibu Bekerjaya?

March 1, 2017 by Blog, Ibu Bekerjaya, Penyusuan No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara soalan ibu yang pernah ditanya kepada saya ialah,

“Saya sudah mula hantar baby kat pengasuh. Minggu depan sudah mula kerja. Saya plan nak pam 5 kali sehari selepas masuk kerja. Okay ke puan? Saya kerja office hour 8 pagi hingga 5 petang.”

Selain itu, ada juga ibu yang bertanya,

“Saya telah kembali mula bekerja selepas cuti bersalin. Waktu free saya setiap hari tidak sama memandangkan saya seorang guru (jadual berbeza setiap hari). Jadi, kemungkinan besar saya mengepam pada waktu yang tidak sama setiap hari.”

“Kadangkala cepat, terlambat atau mungkin tak sempat langsung. Jika masa mengepam tidak konsisten seperti jadual mengepam masa dalam cuti bersalin, adakah ini boleh menyebabkan susu drop?”

“Ada tak cadangan cara untuk saya atasi masalah ini? ”

“Kadangkala, kelas tengah hari sampai 1.30 pm kemudian gap setengah jam mula meeting pula pukul 2 hingga 5 pm. Itu kalau meeting dalaman mungkin okay lagi gap setengah jam tu. Jika meeting di luar, nak ambil kira masa perjalanan dan nak solat Zohor lagi.”

1# MASA PAM SUSU KETIKA BEKERJA

Seeloknya, masa pam ketika bekerja ialah setiap 3 jam sekali. Jadi, susun plan anda untuk pam susu itu mengikut jadual setiap 3 jam sekali. Dari situ, barulah anda boleh tahu berapa kali sebaiknya untuk anda perlu pam susu sepanjang di tempat kerja.

Contohnya : Anda bekerja dari pukul 8 am sehingga 5 pm. Masa terakhir anda pam susu atau beri bayi anda susu adalah pada pukul 6 am. Jadi, masa yang terbaik untuk pam susu seterusnya ialah pada pukul 9 am, 12 noon, 3 pm dan 6 pm.

Jika pada 6 pm, anda sudah sampai di rumah dan bersama bayi anda untuk menyusu. Maka, tidak perlulah anda pam lagi kerana sudah sampai di rumah.

Jadi, dari sini kita tahu bahawa anda perlu pam susu sebanyak 3 kali sahaja di tempat kerja iaitu pada pukul 9 am, 12 noon dan 3 pm.

2# JADUAL MENGEPAM SEORANG GURU

Kerjaya guru pada masa ini amatlah mencabar kerana guru sekarang bukan sahaja masa lapangnya tidak sama, tetapi balik juga lewat petang pada pukul 5 pm.

Bagaimana seorang guru mahu menjayakan sesi mengepam di tempat kerja? Ini cadangan dan pendapat saya.

1 ### PEMILIHAN PAM SUSU YANG SESUAI

Pemilihan pam susu amatlah penting. Jika anda seorang guru, cuba cari pam susu yang efektif, boleh mengosongkan breast secara serentak dan ringan mudah dibawa kemana-mana.

Sebaiknya, pilih pam susu yang :

1) Eletrik dan double breastpump.

2) Ringan dan mudah simpan dalam handbeg (mudah dibawa ke mana saja)

3) Tidak perlukan plug elektrik untuk digunakan (bateri rechargeable atau guna bateri dan ada power bank)

4) Senang dibasuh sebab tak banyak spare part

5) Boleh dijadikan freestyle jika diselitkan dalam baju

6) Mempunyai mode seperti massage dan express serta automatik mode.

7) Boleh buat kerja lain ketika mengepam susu seperti mengepam sambil makan atau memandu kereta.

2### KENALPASTI MASA YANG BOLEH DICURI SEPANJANG WAKTU KERJA

Bagi ibu bekerja, ada 3 masa yang kita boleh gunakan secara efektif untuk pam susu iaitu,

masa perjalanan ke tempat kerja, masa perjalanan pulang dari kerja dan juga masa rehat tengah hari.

Bagi guru pula, akan ada masa rehat pelajar seperti masa pukul 10.30 am dimana semua pelajar akan rehat selama 20 minit ketika itu.

Katalah, masa perjalanan ke tempat kerja ambil masa 30 minit. Jadi, anda boleh pam susu pada masa ini.

1) Masa perjalanan ke tempat kerja. Pukul 7 pagi (30 minit)

2) Masa rehat pelajar Pukul 1030 pagi (20 minit)

3) Masa tengah hari. Pukul 1 pm (20 minit)

4) Masa perjalanan pulang ke tempat kerja. Pukul 5 pm (30 minit)

Ini jika anda pandai skill mengepam sambil memandu kereta. Sekiranya anda tidak mahir dan takut untuk mencuba pam susu sambil memandu, anda boleh usahakan pam susu di tempat kerja dengan datang awal ke sekolah dan balik agak lewat dari sekolah.

Pam susu dahulu dan baru pulang ke rumah.

3###JAGA PEMAKANAN

Sentiasa pastikan anda menyimpan makanan seperti kurma, kismis, kekacang dan bawa 2 liter air di dalam handbeg dan letak juga di tempat kerja anda supaya anda sentiasa mendapat makanan secukupnya.

4### FLEKSIBELKAN APA YANG BOLEH KITA KAWAL

Contoh : Anda biasanya pam susu selama 30 minit. Apabila anda terpaksa pam susu ketika waktu rehat pelajar yang hanya ada 20 minit sahaja. Anda perlu adjust masa pam anda.

Katalah masa pam ada 20 minit keseluruhan. Untuk pasang pam ambil masa 5 minit. Jadi, anda hanya perlu pam 10 – 15 minit sahaja. Asalkan breast sudah dikeluarkan susu dan dikosongkan.

Masa pam tiada masalah dan kita boleh adjust berapa minit yang kita mahu pam bergantung pada keadaan kita ketika itu.

5###SENTIASA BAWA NURSING COVER

Tujuan nursing cover ini ialah jika kita mahu pam di mana-mana saja seperti dalam kereta atau meja pejabat. Kita boleh pakai nursing cover ataupun selendang Pashmina yang dijahit. Kemudian, baru pakai pam dan mula mengepam. Jadi, orang pun tak perasan yang kita sedang mengepam.

6### JIKA SUKAR CARI MASA LAGI, CUBA SAMBUNG DENGAN FREEMIE

Freemie products-500x500

Jika anda masih lagi terkejar-kejar dan sukar cari masa juga, anda boleh cuba sambungkan pam anda dengan Freemie. Ianya ialah breastpump yang terus disambungkan dan melekat pada payudara.

Malah, wartawan yang menyusukan anak juga memakai pam Freemie dimana mereka boleh pam susu walaupun sedang berjalan.

Okay setakat ini saja perkongsian saya. Apakah kesan jika anda terlalu jarakkan masa mengepam susu? Boleh baca dalam artikel di bawah.

Copy of Copy of Copy of Copy of 3 fakta anda perlu tahu tentang demam kuning! (3)

Anda masih tak faham lagi cara nak simpan dan uruskan stok susu ibu?

Terutama nanti bila naik kerja nak bagi pada pengasuh?

Download panduan ini supaya anda faham pengurusan stok susu ibu yang betul tanpa menjejaskan khasiat susu ibu selepas diperah.

(KLIK PADA IMEJ DI BAWAH SEKARANG)

Screen Shot 2016-07-29 at 10.16.48 PM

 

 

 

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat

Latest posts by Aisyah Samat (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.