Bolehkah Saya Menyusu Semula Walaupun Telah Berhenti Menyusu?

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara persoalan ibu yang pernah ditanya kepada saya ialah

Saya dah takde susu, dah 5 bulan kering. Bolehkah saya adakan susu semula?

Ini jawapan saya :

Untuk kembali adakan susu, ianya tidak mudah untuk semua ibu tetapi tidak mustahil.

Ini kerana, ia perlukan motivasi dan usaha yang sangat tinggi dan komited.

Anda perlu jelas dengan sebab dan masalah utama yang buatkan anda pernah gagal menyusu, dan apakah sebab yang membuatkan anda mahu menyusu semula.

Anda juga perlu jelas MATLAMAT UTAMA YANG MAHU DICAPAI.

Contoh : Adakah anda mahu hasilkan susu semula atau kembali memujuk bayi untuk kembali menyusu?

Seterusnya, adakah anda sanggup untuk pam sebanyak 8 – 12 kali sehari jika mahu adakan kembali susu?

Jika anda hanya pam 4 kali sehari, ianya masih tidak cukup untuk “buka” semula kilang susu anda.

Usaha permulaan untuk kembali adakan susu ialah anda perlu mengepam 8 – 12 kali untuk sehari.

Sentuhan kulit ke kulit juga amatlah penting, walaupun bayi masih belum berminat mahu menyusu di payudara anda.

Disini saya kongsikan kisah seorang ibu yang berjaya adakan kembali susunya

KEMBALI ADAKAN SUSU WALAUPUN TELAH BERHENTI MENYUSU

IBU INI BERJAYA MENYUSUKAN BAYI SEMULA WALAUPUN TELAH BERHENTI MENYUSU SELAMA 5 BULAN

Kisah kejayaan seorang ibu yang telah berhenti menyusu anaknya selama 5 bulan ketika anaknya masih kecil

( bawah 2 tahun).

Dan telah berjaya hasilkan kembali susu ibu dengan nasihat dan panduan pakar laktasi.

Buat ibu yang tidak berjaya menyusu anak kerana pelbagai masalah, percayalah!

Ada jalan keluar untuk anda berjaya menyusu, walaupun kini anda telah berhenti SEPENUHNYA penyusuan ibu.

Ilmu, semangat dan komitmen yang tinggi perlu seiring dengan doa.

Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan orang itu yang berusaha mengubahnya!

( Kagum dengan semangat ibu yang bukan Islam ini namun sangat kuat tekadnya mahu susukan anak – memenuhi tuntutan menyusukan anak dalam surah AlBaqarah )

10599169_1063022283718493_4180633930812279453_n

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.