Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Bolehkah Saya Terus Menyusu Anak Ketika Saya Sedang Sakit?

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara persoalan ibu yang pernah ditanya kepada saya ialah,

“Puan Aisyah, saya sekarang mengalami demam dan cirit-birit. Bolehkah saya teruskan penyusuan kepada bayi saya?”

Antara persoalan ibu ini ialah, bolehkah beliau terus menyusukan anaknya dengan susu ibu walaupun sedang demam dan cirit-birit?

Untuk menjawab soalan ini, saya telah merujuk kepada salah seorang Pakar Penyusuan iaitu Kelly Bonyata, International Board Certified Lactation Consultant (IBCLC)

====

APA YANG KITA BOLEH BELAJAR DARIPADA KELLY BONYATA?

====

Menurut Kelly di dalam blognya bertajuk Should Breastfeeding Continue When Mom is Sick di blog kellymom.com ialah,

Sebenarnya, sangat jarang untuk seorang ibu itu memberhentikan penyusuan hanya kerana dia sakit. Hanya ada beberapa sakit yang serius sahaja yang buatkan ibu perlu berhenti menyusu untuk jangka masa tertentu atau selama-lamanya.

Seperti kata Dr Ruth Lawrence,

“HIV and HTLV-1 are the only infectious diseases that are considered absolute contraindications to breastfeeding in developed countries” (Lawrence & Lawrence 2001).

Jika anda hanya mengalami sakit biasa seperti selsema, sakit tekak, demam, cacar air (chicken pox), dan mastitis, maka anda boleh teruskan penyusuan. Anda hanya perlu ingatkan doktor bahawa anda ibu menyusu supaya doktor akan berikan anda ubat yang sesuai dan tidak akan mengganggu proses penghasilan susu anda.

Biasanya keseluruhan ubat adalah selamat untuk diambil ibu menyusu, dan jika ada ubatan yang tidak boleh diambil, biasanya ada juga ubatan alternatif yang selamat untuk diambil.

JIKA IBU ALAMI KERACUNAN MAKANAN, ADAKAH BOLEH DITERUSKAN PENYUSUAN?

Jika anda mengalami keracunan makanan, ya anda masih boleh teruskan menyusu. Selagi mana simptom yang anda alami itu hanya melibatkan muntah-muntah, cirit dan sakit perut iaitu melibatkan “gastrointestinal tract”, maka penyusuan boleh diteruskan tanpa gangguan kerana ia tidak membawa sebarang risiko kepada bayi.

Ini ialah kes keracunan yang terlalu biasa berlaku. Sekiranya ibu mengalami keracunan makanan sehingga bakteria itu sudah masuk ke dalam salur darah (septicemia) dan ibu hingga perlu ditahan di wad hospital.

Anda boleh baca panduan daripada Dr. Ruth Lawrence ini:

“Maternal infections of the genitourinary or gastrointestinal tract do not pose a risk to infants except in the rare circumstances when septicemia occurs and bacteria might reach the milk.

Even in this event, continued breastfeeding while the mother receives appropriate antibiotic therapy that is compatible with breastfeeding is the safest course for the infant. If the infecting organism is especially virulent or contagious (e.g., an invasive group A streptococcal infection causing severe disease in the mother),

breastfeeding should continue after a temporary suspension during the first 24 hours of maternal therapy. Prophylactic or empiric therapy for the infant, against the same organism, may be indicated.”

[source: Lawrence RM & Lawrence RA. Given the Benefits of Breastfeeding, what Contraindications Exist? Pediatric Clinics of North America2001 (February);48(1): 235-51.]

 

Berdasarkan kenyataan ini juga menunjukkan, penyusuan juga masih boleh diteruskan jika ibu dalam kondisi seperti di atas.

Saya suka untuk memetik kata-kata Kelly Bonyata iaitu,

“The best thing you can do for your baby when you’re sick is to continue to breastfeed. “

Dimana maksudnya, perkara terbaik yang anda boleh lakukan ketika anda sakit ialah menyusukan bayi bayi anda!

bf-while-sick

Sebenarnya, apabila anda mengalami sakit seperti demam, selsema, batuk ataupun virus lain, bayi anda akan terdedah kepada sakit tersebut dahulu sebelum anda sendiri tahu anda sakit. Susu anda tidak akan “menghantar” sakit anda kepada bayi anda, tetapi susu anda mengandungi antibodi khas yang specifik kepada penyakit yang anda sedang alami.

Antobodi yang specifik kepada penyakit anda itu akan dihantar melalui susu ibu kepada bayi anda. Ia akan membantu mengelakkan bayi anda daripada jatuh sakit, atau jika bayi anda sakit juga, dia tidak akan sakit teruk seperti anda.

Bak kata Kelly,

Withholding your breastmilk during an illness increases
the possibility that baby will get sick, and deprives baby
of the comfort and superior nutrition of nursing.

Atau dengan kata lainnya, apabila anda menghentikan penyusuan ibu ketika anda sakit akan meningkatkan kebarangkalian bayi anda juga akan sakit, bayi juga akan hilang keselesaan dan tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya daripada penyusuan.

APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN UNTUK MENGELAKKAN BAYI SAKIT JUGA?

Anda boleh mengelakkan bayi anda jatuh sakit dengan memastikan anda kerap membasuh tangan, elakkan bersin dan batuk di hadapan bayi dan kurangkan face-to-face contact.

Apabila anda sakit, boleh letakkan bayi anda di katil bersebelahan anda dan menyusukan bayi sambil berbaring apabila bayi lapar.

Ramai ibu tidak menyusukan bayi dengan kerap dan tidak mendapatkan air yang secukupnya untuk memastikan penghasilan susu anda terus terhasil. Kadangkala, ubat juga boleh menyebabkan susu anda “drop”. Jadi, untuk mengelakkan susu anda “drop”, pastikan anda minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi, teruskan menyusu dengan kerap dan cuba untuk elakkan atau limitkan sebarang ubatan yang membuatkan penghasilan susu berkurang.

bf-sick-2

PETUA BIDAN LAMA

Ini ialah petua bidan lama yang saya belajar daripada seorang bidan berpengalaman di Gunung Keriang. Nasihat beliau, ibu perlu pastikan minum air jintan manis dan makan sayur sawi untuk memberi tenaga dan meredakan demam sambil menyusukan anak.

InsyaAllah ibu akan cepat sembuh dan sihat semula.

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat

Latest posts by Aisyah Samat (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.