Bolehkah Saya Teruskan Penyusuan Ketika Hamil?

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara persoalan ibu yang ditanya kepada saya ialah

Saya sedang mengandung anak kedua, anak sulung saya baru 9 bulan. Bolehkah saya meneruskan penyusuan ketika mengandung? Saya risau kerana ada pihak meminta saya berhenti menyusu dan beri susu formula kerana takut tak cukup kalsium.

Malah, ada juga ibu yang bertanya

Betul ke waktu mengandung, air susu rasa tak sedap? Saya masih menyusukan anak pertama 1 tahun 1 bulan dan sedang mengandung lagi, susu pun semakin kurang. Apa perlu saya buat untuk teruskan menyusu anak saya?

Ada juga ibu yang bertanya,

Betul ke kalau pregnant kita dah tak boleh breastfeed anak first? Ada pihak bagitau tak digalakkan sebab takut anak pertama minum susu yang ada kolostrum untuk anak yang bakal lahir.

BOLEHKAH MENYUSU KETIKA MENGANDUNG?

Penyusuan ketika mengandung adalah selamat dan boleh diteruskan jika ibu

  • sihat dan mampu
  • tiada masalah kesihatan atau komplikasi kehamilan

APA PERUBAHAN YANG BERLAKU?

Cuma, ada beberapa perubahan yang akan berlaku ketika ibu mengandung iaitu perubahan hormon yang akan menyebabkan

  • susu akan mula berkurang
  • badan akan letih dari biasa
  • puting terasa sakit atau ngilu (sensitif)
  • ada yang susu terasa sedikit masin ( bila ada uri/placenta)

IBU PERLU BERHENTI MENYUSU SEKIRANYA..

Ibu perlu berhenti menyusu sekiranya pernah mengalami

  • keguguran
  • melahirkan anak pra-matang
  • pernah hamil anak kembar
  • semasa menyusu, ibu sakit perut yang kuat hingga pendarahan dan tidak dapat bersama suami

Jika ibu mengalami pendarahan ketika hamil, dan doktor menyatakan anda tidak boleh bersama suami ketika mengandung.

Ini bermakna, anda juga tidak boleh meneruskan penyusuan.

Hal ini ada kaitannya dengan hormon Oksitosin, yang mana hormon ini ialah hormon yang tugasnya MENGECUTKAN RAHIM.

Dipetik dari buku La Leche League International,

Semasa kita menyusu, kita akan terasa ada pengecutan pada rahim. Ini tidak akan mendorong kelahiran anak pra-matang atau keguguran. Ini kerana, hormon oksitosin yang dirembeskan semasa menyusu tidak cukup merangsang pembukaan serviks sebelum tiba masanya.

Hormon ini akan terhasil ketika anda menyusu atau bersama suami. Cumanya, apabila anda bersama suami, hormon oksitosin yang terhasil adalah LEBIH TINGGI ketika menyusukan anak.

Jadi, kesimpulannya ialah

Jika anda boleh bersama suami ketika mengandung, ini bermakna anda juga boleh meneruskan penyusuan ketika hamil!

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

 

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.