Cara Uruskan Stok “Frozen Solid Food” bagi bayi 6 bulan

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

“Kalau frozenkan puri, macam mana nak cairkan? Lepas tu kena panaskan tak?”

Soalan di atas keluar dari mulut salah seorang pembeli ebook Solid Food iaitu Puan Melbie.

Sebelum ini, masalah Melbie ialah dia tak tahu cara penyediaan solid food untuk bayi usia 6 bulan ke atas.

Soalannya,

“Ada tak ebook untuk bayi 6 bulan ke atas?”

Dan beliau terus dapatkan ebook solid food di link ini.

Ebook Pemakanan Anak Usia 6 Bulan Ke Atas

Lepas dapatkan ebook, antara soalan beliau ialah.

1 – “Kalau frozenkan puri, macam mana cara nak cairkan?”

Jawapan saya :

Puan alirkan kat air paip. Biasa lepas 5 minit dah cair.

2 – “Lepas tu perlu panaskan tak?”

Jawapan saya :

“Tak perlu. Kalau puan nak lagi cepat cair & lagi panas, rendam dengan air panas”

3 – “Untuk bayi 6 bulan, berapa kali patut bagi makan dan berapa banyak?”

“Dua kali sehari ke? Berapa oz puri atau bubur nak bagi?”

“Tengah hari dan petang ke?”

Jawapan saya :

Dalam 2-3 kali sehari (bergantung pada bayi). Dalam 2 oz biasanya sekali makan.

Tapi puan kena sentiasa experiment pada anak untuk lebih tepat.

Tengok bayi puan makan banyak mana then adjust dari situ.

Biasanya pagi, tengah hari & petang. Ikut mana puan mudah. Kalau pengasuh suka bagi dua kali then macam tu la.

Setiap hari biasanya bayi makan tak sama.

4- “Air masak pula berapa banyak? Sebab saya ada EBM juga.”

Jawapan :

Beli 1 botol air masak isi penuh. So lepas makan, suakan air masak je kat anak bagi tekak dia hilang dahaga.

Memang tak perlu sukat sebab ia just asal anak hilang dahaga saja lepas makan tu.

Ikut anak air masak tu, dia nak minum boleh sedut. Dia tak nak, tak perlu bagi.

Sediakan 1 botol khas utk air masak.

5 – “Macam mana pula dengan susu? Patut dikurangkan atau bagi sama saja? Sebab setiap hari saya bekalkan 15 oz – 20 oz pada pengasuh”

Jawapan saya :

Kalau bayi dah mula makan puan dah boleh kurangkan susu.

Masa awal-awal maintain dulu bagi 15-20 oz.

Then setiap hari puan kena dapatkan feedback pengasuh dan dan pantau berapa banyak anak puan makan dan minum.

So mula kurangkan susu lepas pengasuh bagi feedback lepas 2-3 hari puan bagi solid food tu.

Means awal-awal tu puan kena alert dan pantau.

Saya bagi contoh : kata harini pengasuh cakap anak minum 15 oz saja. So puan bagi 15 oz.

Then katalah anak dah biasa makan dan dalam minggu tu pengasuh kata anak minum 10 oz saja. Then puan bekalkan 10 oz. macam tu.

Asasnya sentiasa berkomunikasi tanya pengasuh. Dapatkan feedback dan pantau anak puan.

.

Adakah anda ibu seperti Puan Melbie yang anak dah usia 6 bulan tapi tak tahu cara nak sediakan solid food untuk anak?

Boleh dapatkan ebook solid food di link ini :

Ebook Pemakanan Anak Usia 6 Bulan Ke Atas

NuhaBaby

NuhaBaby

NuhaBaby Breastfeeding Centre adalah sumber rujukan khas buat ibu yang hamil, menyusu dan berpantang untuk belajar ilmu kehamilan dan penyusuan.

Senarai ebook di ebook.nuhababy.com

Antara ebook yang ada di NuhaBaby Breastfeeding Centre ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
NuhaBaby

Latest posts by NuhaBaby (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Leave a Reply

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.