“Dulu, saya stress ajar anak membaca sebab takde ilmu. Tapi kini tidak lagi”

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Baru-baru ini, ada seorang ibu hubungi saya iaitu Puan Amy Farhana. Puan Amy adalah salah seorang pembeli flipcard Iqra yang saya jual dulu ketika usia anaknya, Yusuf 7 bulan. Pada masa itu, dia hanya pasang niat nak ikut saja cara saya didik anak.

_____________________

PROSES SELAMA 19 BULAN

_____________________

Alhamdulillah, sekarang usia anaknya Yusuf sudah 2 tahun 2 bulan dan usaha ini berhasil kerana anak lelakinya, Yusuf sudah kenal dan pandai sebut hijaiyah berbaris atas. Tahniah Puan Amy!

VIDEO YUSUF (2 TAHUN 2 BULAN)

 

Mari kita ikuti kisah puan Amy melalui mesej di bawah.

“Saya Amy dari Johor. Saya nak berterima kasih pada Puan Aisyah kerana mengetengahkan sistem pembelajaran anak dari bayi lagi. Walaupun anak saya pada usia 2 tahun 2 bulan, baru lancar baca huruf hijaiyah. Cara pembelajaran ini memang berkesan.

Alhamdulillah, banyak yang Puan Aisyah bagi pemahaman. Sebelum dia pandai sebut, saya hanya konsisten baca huruf tu walaupun dia tak tengok, tak tunjuk, tak respon.

Amy tetap konsisten baca huruf walaupun anak tak tengok, tak tunjuk dan tak respon.

Rupa-rupanya, pada masa itu adalah proses learning dia (Yusuf) guna otak kanan. Secara tak langsung, ada satu masa tu pagi-pagi dia sendiri buka flipcard, terus dia tunjuk, sebut dan ulang balik sebiji macam yang saya ajar. Terkejut sangat waktu itu.

Saya sekarang cuba nak konsisten belajar lagi cara untuk nak ajar anak membaca tanpa rasa stress. Stress itu sebenarnya terjadi bila kita tak ada ilmu.

Benda ini pun saya berani share dengan puan, once dia sendiri dah pandai. Sampaikan, tak payah suruh. Dia sendiri tiap hari ambil flipcard dan baca. Walaupun dia baca skip-skip, tapi dia tahu itu adalah pembelajaran dia.

Saya masih ingat lagi, saya beli flipcard ini masa Yusuf usia 7 bulan. Waktu itu, saya pasang niat nak ikut saja cara puan didik anak. Tak niat pun nak bagi anak cepat pandai. Akhirnya sekarang usia Yusuf 2 tahun 2 bulan barulah berhasil.

MESEJ PUAN AMY FARHANA KEPADA SAYA

Adakah anda ibu yang rasa “lost” sebab tak tahu bagaimana nak mula mengajar anak-anak di rumah secara “part-time”?

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN EBOOK 

NuhaBaby

NuhaBaby

NuhaBaby Breastfeeding Centre adalah sumber rujukan khas buat ibu yang hamil, menyusu dan berpantang untuk belajar ilmu kehamilan dan penyusuan.

Senarai ebook di ebook.nuhababy.com

Antara ebook yang ada di NuhaBaby Breastfeeding Centre ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
NuhaBaby
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.