Homeschooling~Bagaimana Saya Bermula?

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

HOMESCHOOLING~BAGAIMANA SAYA BERMULA?

Pagi ni agak sedih dan rasa hiba bila baca status ni kat news feed,

“Dunia perlu 4-5 tahun untuk kawal Covid-19 sepenuhnya –
Ketua Saintis WHO”

Then, baca pula komen kat bawah tu.

“Mak aih..aku nak kena babysit dan homeschooling my kids la nampaknya!”

Betul, homeschooling atau mengajar anak di rumah bukan satu perkara mudah bagi orang yang tiada ilmu dan tak biasa buat untuk melakukannya.

Saya sendiri, lepas dapat Nuha pada Februari 2012, tak pernah saya terpikir nak ajar anak kat rumah sebenarnya..

Semuanya bermula “start” saya search di Youtube video pembelajaran kanak-kanak.

1) MENCARI ILMU DENGAN MEMBACA BLOG

Masa tu saya pun sama macam ibu-ibu lain, yang “blur” dan tak fokus apa nak buat kat anak saya, tak tahu aktiviti apa yang sesuai dan bagaimana bermula.

Masa ni usia Nuha dalam 6 bulan..Ogos 2012.

Yang pasti masa buka video Youtube, keluar video Hijaiyah Al-Quran dan di hujung video terpapar perkataan.

“Jika anda ingin mendapatkan bahan pembelajaran anak-anak, boleh ke website

www.islamicparentingnetwork.net.my

Jadi, masa tu saya pun buka blog tu dan mula membaca perkongsian di sana.

2) TAMBAH ILMU PENGETAHUAN DENGAN MEMBACA BLOG

Ya..sejak berjumpa blog Islamic Parenting Network.

Saya mula membaca blog dan subscribe emel. Itu adalah cara saya belajar pada tahun 2012 tersebut.

Masa tu memang sibuk dengan kerja guru, jaga anak, breastfeed Nuha lagi sebab dia fully breastfeed walaupun saya bekerja.

Itu tak termasuk lagi kerja rumah dan biasanya di rumah sangat sibuk.

Jadi, dalam hati kata nak masa untuk study dan baca ilmu dalam blog IPN.

So, apa saya perlu buat?

Ya..saya perlu cari masa.

Jadi, hampir setiap malam saya tidur lewat masa tu. Sebab saya akan pastikan sehari saya akan baca at least 1-3 artikel di blog IPN.

Sebab sebelum kita mula sesuatu, kita kena ada ilmu. Ilmu datang melalui bacaan.

Ya..tips mudah saja

SEHARI BACA 1-3 ARTIKEL DI BLOG IPN

Bila kita membaca, baru minda kita terbuka. Kita akan dapat ilmu baru.

Dan..bila kita dapat ilmu baru, kita boleh mula “start” apply 1-2 teknik yang kita dapat pada anak kita secara konsisten.

Itu dipanggil experimentkan teknik tersebut pada anak kita sebab kita nak tengok anak kita sesuai ke tak dengan cara atau teknik pembelajaran tersebut.

Selain tu, saya juga subscribe emel di IPN, jadi bila dapat emel, saya savekan dalam 1 Folder yang saya letak nama IPN juga.

Sebab senang nak rujuk.

Selain tu, bila baca blog secara online. Kadang kita susah nak rujuk sebab nak kena buka hp/laptop kan?

Sedangkan, sekali baca bukannya boleh ingat.

Ilmu yang sama perlulah dibaca berkali-kali supaya dapat ingat dan senang hadam.

Jadi saya beli printer dan ink. Saya printkan artikel dari blog tu dan masukkan simpan dalam 1 fail supaya senang nak rujuk.

Jadi, masa masa ni fokus dan target saya ialah

1) Baca, hadam dan khatam blog IPN

2) Baca, hadam dan khatam emel yang dapat dari IPN

3) Lihat video anak-anak kecil di IPN supaya saya mendapat inspirasi untuk mendidik anak-anak saya juga.

Ya, saya hanya melakukan 3 perkara ni dalam tempoh 1-2 bulan.

Maksudnya, sampai baca habis dah khatam blog IPN tu sampai kita rasa takde apa dah benda baru yang kita belajar dan kita pun dah mula buat tips dalam blog tu.

(Tak kisah betul ke salah sebab yang penting kita mula buat)

Barulah saya mula pasang impian untuk ke Seminar Parenting yang pertama dalam hidup saya.

Sebab masa tu nak pastikan apa yang aku buat selama ni betul ke tak macam yang dalam blog ajar?

Kawan-kawan semua, tiada benda di dunia ini datang dengan mudah dah bergolek.

Perlu usaha, rajin cari ilmu, rajin membaca, perlu buat juga, experiment, try and adjust sebelum mula mengajar anak.

Usah kelam-kabut tengok orang lain ajar anak, dia pun nak ikut juga buat sedangkan ilmu belum lagi digali.

Saranan saya pada tahun 2020 ni, ada banyak di internet saya tengok lambakan sifu parenting.

Anda boleh mula follow dan tambah ilmu dulu.

Tapi, ingat. Zaman ini adalah zaman overloaded information.

Untuk berjaya, anda perlu fokus sorang atau 1-1 dulu. Ambil masa baca dan hadam dulu ilmu dari sorang sifu, then baru boleh fokus baca atau ikut yang lain.

Sebab nanti anda akan jadi overloaded information dan rasa macam terlalu banyak benda nak buat, at last tak buat-buat pun!

So…

Saranan saya fokus baca dari 1 sumber dulu untuk tempoh 1 bulan pertama.

Bedah dan gali ilmu yang ada dan cuba apply dulu.

#TIPSHOMESCHOOLING

Pagi ni cuba buat, bila anak bangun tidur.

Bacakan kat anak doa bangun tidur.

Baca doa sekali dengan maksud dia, buat setiap pagi.

Asasnya, nak biasakan anak DENGAR kita baca.

Cuba bayangkan, kalau setiap pagi kita baca doa ni selama setahun, maksudnya 365 kali kita dah baca kat anak.

Anak dah dengar suara kita baca doa ni selama 365 kali.

Anda rasalah kan..kalau anak kita dah dengar doa bangun tido ni sebanyak 365 kali setiap pagi dari suara kita.

Amat mustahillah anak kita tak mampu hafal doa bangun tido beserta maksudnya.

Saya yakin tak sampai setahun pun, anak-anak kita dah boleh lancar hafal doa ni dan maksudnya setiap kali bangun tido.

KENAPA SAYA AS IBU PULA NAK KENA BACA? BUKAN KE TU TANGGUNGJAWAB USTAZAH ANAK SAYA KAT SEKOLAH YANG PATUT AJAR?

Ya..saya faham tips ni mungkin tak releven untuk sesetengah orang.

Sebab pada mereka tugas nak ajar anak baca dan hafal doa bangun tido ni tugas ustazah kat sekolah.

Biarlah ustazah yang paksa anaknya hafal doa ni beserta maksudnya.

Kawan-kawan semua, ini adalah mindset yang salah dalam parenting.

Anak-anak perlukan contoh dalam kehidupan mereka, apatah lagi ibu bapa sebagai role model di rumah.

Ya..saya akui ada saja anak-anak yang boleh hafal doa ni even parents tak perlu nak susah-susah ajar pun.

Tapi, hafalan tak sama dengan praktikal.

Suara ustazah pun tak sama dengan suara ibu.

Mungkin anak hafal di sekolah sebab ustazah suruh dan sebab nanti ustazah puji jadi mak sayang.

Tapi..kalau anak dah besar. Adakah anak nanti akan konsisten praktiskan baca doa bangun tido dan maksudnya ni, seumur hidup dia di dunia ni,

dia baca sebab nak zahirkan rasa syukur pada Allah dan dah biasa dengan routine tu? (Sebab selalu tengok mak dia bacakan kat dia)

Atau…

Dia hanya hafal kat sekolah tapi tak tahu bila nak baca doa bangun tido ni sebab takda contoh “real life” yang dia lihat depan dia baca doa ni?

Setiap dari kita adalah “leader” atau pemimpin, dan ibu juga adalah pemimpin atau “leader” contoh untuk anak-anaknya☺️☺️

Usahlah berkata,

“Saya tak pandai ajar anak”

Pada saya, kata-kata itu hanyalah zikir, doa dan sumpahan anda sendiri pada diri anda juga.

Kenapa diri sendiri nak doa buruk dan sumpah diri dengan benda negatif macam cakap tak pandai ajar anak?

Usah label diri dengan words yang negatif, sebab Allah dah jadikan kita dengan sebaik kejadian.

Walaupun realiti sekarang anda mungkin rasa gagal, tapi kena sentiasa doa yang positif,

“Saya ibu hebat, saya ibu penyayang, saya pandai ajar anak…”

Adakah anda ibu yang rasa “lost” sebab tak tahu bagaimana nak mula mengajar anak-anak di rumah secara “part-time”?

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN EBOOK

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.