Jadual Berpantang Versi Saya

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Assalamualaikum buat semua pembaca blog saya.

Baru-baru ini, beberapa ibu ada mesej saya bertanyakan tentang jadual berpantang saya.

Mesejnya berbunyi begini, “Boleh saya tahu jadual berpantang puan sepanjang berpantang?”.

Jadi, disini saya ingin kongsikan jadual berpantang saya bagi yang ingin tahu sahaja. Cuma, lain orang lain cara pantang dan sesuaikan ikut masa dan kesesuaian diri anda. Untuk pantang kali ni, saya menggunakan 2 set berpantang iaitu Set Pantang Ibusuri dan Set Pantang NR.

1# HARI 1-3 (DI HOSPITAL)

Untuk berpantang di hospital, antara barangan yang saya bawa ialah

  • Minyak Herbanika NR dan Body Beauty Oil (untuk sapuan badan)
  • Bengkung Moden Ibusuri Minyak Berubat Herba (untuk sapuan rambut)
  • Baby Oil
  • BBD Premix Honey Drinks

Jadi, seawal hari pertama selepas bersalin. Saya sudah memakai bengkung Ibusuri, minum air minuman herba dan sapukan badan dan rambut dengan minyak.

Saya juga tidak mandi semasa di hospital kerana sejuk, bilik aircond dan sukar berpeluh. Jadi, untuk mengelakkan bentan saya tidak mandi. Hanya sapu minyak di badan dan rambut, serta berbengkung moden.

Bayi pula sapukan baby oil di perut dan tapak kaki.

2# HARI KE-4 – HARI KE-30

Ketika ini sudah di rumah, jadi antara rutin pantang yang dijalankan ialah saya kategorikan kepada 2 persiapan iaitu persiapan ibu dan bayi. Bangun pagi biasanya sarapan pagi dulu.

Selepas itu, saya akan tengok keadaan baby sama ada bangun ataupun tidur lena. Kalau baby kenyang susu dan tidur lena, saya akan mula dengan persiapan saya (ibu) dulu.

Kalau baby masih bangun dan meragam, saya akan uruskan baby dahulu seperti mandikan baby, siapkan baby dan urutkan baby serta susukan sampailah dia tidur. Bila baby tidur, barulah saya akan buat rutin berpantang iaitu,

  1. Mandian herba
  2. Basuhan dengan vcleanse
  3. Urutan dengan sapu minyak seluruh badan
  4. Bertungku
  5. Berlulur
  6. Bengkung
  7. Sapu pilis

RUTIN SIANG

Untuk makluman, masa memang tiada masa spesifik sebab kita tak boleh nak perfect ikut jadual masa untuk selesaikan semua rutin sekaligus di atas, sebab semuanya bergantung pada keadaan baby.

Biasanya selepas saya mandi herba dan bersihkan diri, lap badan dan keluar toilet. Mandian herba suam hanya bilas badan sahaja je dan tak perlu lama, rambut tak perlu basahkan dan perlu toncet tinggi-tinggi.

Boleh rujuk cara mandi ketika berpantang di link ini.

http://www.nuhababy.com/6-cara-mandi-dalam-pantang-supaya-rambut-ibu-tak-gugur-lepas-bersalin/

Kemudian sapu minyak di badan. Katalah waktu ini, baby bangun nak susu dan meragam. Jadi, saya berhenti dan layan baby dahulu. Agak-agak baby dah okay, sambung pula bertungku.

Selepas itu berlulur, dan memakai bengkung. Yang pasti turutan macam tu, ada juga tak ikut turutan contohnya baby perlu dilayan. Jadi saya pakai bengkung moden sebab cepat dan layan baby.

Saya tak buat lagi lulur dan tungku. Bila baby dah okay, baru saya buka bengkung moden, makan tengah hari lepas tu sambung buat tungku dan lulur.

Baru pakai bengkung tali (sebab tengok baby okay dan ada masa nak pakai) Jadi, semua rutin yang saya buat bergantung pada masa dan keadaan baby. Yang penting, dalam sehari tu, saya pastikan akan tetap buat juga semua rutin yang tersenarai.

Kadangkala baby okay, cepatlah rutin saya selesai seperti pukul 11 dah siap semua aturan pantang. Contoh : baby tidur lena malam jadi saya tidur lena dan dapat bangun awal.

Kadang ada hari yang baby saya berjaga malam dari pukul 3 pagi hingga 6 pagi, jadi pagi tu letih saya bangun lewat dalam pukul 10 pagi. So mula rutin pun lewat dan dalam pukul 3 pm baru habis rutin pantang saya.

Macam tulah, jangan terlalu terikat dengan jadual masa sebab nanti kita akan stress.

Fleksibelkan jadual mengikut kesesuaian diri dan keadaan baby. Ingatkan dalam minda kita ibu berpantang, nak sihat, nak susukan baby, kena lebih tenang, dan jangan stress-stress.

Yang penting kita dah buat semua aturan pantang tu dalam 1 hari tu dah okay, tak kisah pukul berapa buat dan tak kisah cepat atau lambat.

RUTIN MALAM

Sapu minyak seluruh badan. Kalau tak selesa, saya akan buka bengkung, sapu semula sapuan di perut dan kembali berbengkung. Kalau rajin, bertungku sebelum tidur.

#3 HARI KE-30-44

Rutin saya sama sahaja cuma saya tambah dengan rawatan bertangas.

Boleh ke link ini untuk lihat rawatan bertangas.

Bertangas..Amalan Berpantang Yang Hampir Dilupakan

hamil1

Adakah anda akan berpantang sendiri tak lama lagi?

Adakah anda ibu yang bersalin ceaser tapi lepas pantang badan lesu dan tempat ceaser masih sakit?

Selalu beli banyak Set Pantang sebelum ini tapi membazir sebab tak habis pakai & tak tahu guna?

Tercari-cari Set Pantang yang cepat, ready made dan habis guna?

(KLIK GAMBAR DI BAWAH)

 

NuhaBaby

NuhaBaby

NuhaBaby Breastfeeding Centre adalah sumber rujukan khas buat ibu yang hamil, menyusu dan berpantang untuk belajar ilmu kehamilan dan penyusuan.
Pengasas (Founder) merangkap pemilik dan penulis blog nuhababy. com ialah Puan Siti Aisyah.

Beliau adalah seorang kaunselor penyusuan bertauliah dan ibu kepada dua anak, Nuha Areefa dan Umar Furqan.

Dibawah ialah senarai ebook di ebook.nuhababy.com

Antara ebook yang ada di NuhaBaby Breastfeeding Centre ialah (ebook.nuhababy.com) ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
NuhaBaby

Latest posts by NuhaBaby (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.