Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Jom Fahami Kenapa Bayi Keliru Puting?

March 22, 2016 by Blog, Breast Clinic, Penyusuan No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara tanda bayi yang kerap membuatkan ramai ibu fikir bayi tak kenyang, rasa lapar dan tak cukup susu ialah :

  1. Apabila bayi terlalu kerap menyusu dan mengempeng pada payudara ibu.
  2. Apabila menyusu, bayi akan marah-marah macam tak cukup susu.
  3. Bayi juga tidur tak lena dan tak lama seperti bayi tidak kenyang
  4. Apabila bayi diberi susu topup (susu formula atau susu ibu yang dipam dalam botol), barulah bayi akan senyap.

Pendek kata, situasi ini secara ringkasnya. Bayi akan mengamuk apabila menyusu dan akan senyap apabila diberi susu topup dalam botol.

Ia membuatkan ibu mula merasakan susunya tidak cukup. Sebenarnya, bukan susu ibu tidak cukup tetapi bayi mengalami masalah “keliru puting”.

Susu ibu yang “slow” dan perlahan membuatkan bayi lebih sukakan puting botol kerana aliran susu lebih laju dan lancar.

MASALAH KELIRU PUTING

Apa maksud sebenar keliru puting pada bayi?

Kenapa kita disuruh elakkan memberi puting botol kepada bayi baru lahir?

Ini kerana, bayi baru lahir masih belum pandai menyusu di payudara ibu, dan bayi dalam proses untuk belajar menyusu.

bf

Jika diberi puting botol, bayi akan menjadi keliru puting, iaitu lebih suka hisap botol dan lama-lama akan enggan menyusu di dada ibu.

Pendek kata, jika bayi diberi puting botol selepas lahir, risiko untuk ibu gagal menyusu adalah TINGGI !

Dan juga ramai bayi akan FAIL untuk melekap menyusu di dada ibu.

Bila bayi kurang menyusu di payudara dan lebih suka menyusu di botol, ia juga menunjukkan bayi anda sedang alami masalah keliru puting.

Okey sebelum tu, mari sini nak bagitahu..apa dia keliru puting nie ya..

BAYI KELIRU PUTING

Bayi yang baru lahir, kemudian dikenalkan dengan puting botol dan diberi susu formula atau susu ibu (yang dipam di dalam botol).

Akibatnya, bayi yang baru mula belajar menyusu akan jadi “keliru” dan akhirnya lebih sukakan puting botol berbanding menghisap di payudara ibu.

APA PERBEZAAN ANTARA BAYI KETIKA HISAP PUTING BOTOL VS PAYUDARA ?

Ini kerana, anda perlu faham beza hisapan bayi melalui payudara vs puting botol.

Masalah Keliru Puting berlaku kerana perbezaan pergerakan dan penggunaan otot mulut bayi yang menyusu di dada ibu vs puting botol.

Malah, ada kajian oleh AP Donna Geddes & Peter Hartmann published in 2008, mereka buat kajian ultrasound untuk lihat pergerakan lidah bayi yang sedang menyusu ibu.

FAHAMI PERBEZAAN INI

Hisapan menyusu di payudara memerlukan bayi

  • Lidah bayi aktif bekerja, bergerak ke depan, menjulur melebihi gusi
  • Lidah bayi menolak aroela (kawasan hitam keliling puting) seperti gerakan menekan ke arah lelangit atas.
  • Pipi memberi tekanan negatif supaya susu mengalir keluar apabila lidah menekan aroela ibu, dan pipi bayi kelihatan cembung.
  • Semua otot mulut bayi dan lidah sangat aktif  “bekerja keras” dan ini amat bagus untuk persediaan bayi untuk belajar makan dan bercakap nanti (pertuturannya jelas)
  • Aliran susu dikawal oleh bayi, maknanya susu hanya keluar jika bayi menghisap. Jika bayi tidak menghisap, susu tidak keluar

Hisapan menyusu di puting botol pula membuatkan bayi

  • lidah bayi jadi “malas”
  • kurang pergerakan dan lidah berada di belakang (dalam mulut di tekak)
  • bayi guna tekanan positif dari otot pipi untuk hisap puting botol
  • Pipi mencengkung ke dalam
  • Lidah hanya menelan susu yang keluar dari lubang botol tanpa perlu “kerja keras”
  • Lidah tidak perlu menghisap kuat ( dipanggil “lazy tongue” )
  • lidah juga tidak perlu menjulur keluar

Apabila kita uji pergerakan lidah bayi ini melalui rangsangan hisapan, kita akan dapati lidah bayi tidak akan terjulur keluar melebihi gusi. Lidah bayi hanya berada di dalam mulut, hanya bibirnya yang mencari-cari.

Pendek kata, bayi ini sudah lupa cara sebenar nak menyusu di payudara kerana..yelah dah selesa hisap pakai puting botol kan!

Jadi, saya harap anda faham kenapa bayi anda keliru puting, lebih sukakan botol susu dan enggan menyusu di dada.

Ada juga bayi yang tidak keliru puting sebab dah pandai menyusu kat breast, pendek kata, skill menyusu bayi tu dan “establish”.

Tetapi, bila bayi bawah 1 bulan diperkenalkan puting botol terutama bayi yang masih belum lagi “establish” menyusu di dada, lebih ramai bayi yang gagal akhirnya untuk belajar lekapan di puting ibu kerana masalah keliru puting ini.

Jadi, pemberian botol susu walaupun susu ibu yang di pam tetap tidak menyelesaikan masalah anak yang tak pandai lekap di puting ibu.

Perlu kuatkan semangat untuk beri susu ibu yang diperah pakai cawan kecil jika bayi tak mahu menyusu secara terus ye.

download

Ataupun gunakan sudu untuk beri susu.

Treat-

Jadi, bayi akan belajar juga men”julur”kan lidah untuk menyusu.

Supaya masalah keliru puting dapat dielakkan.

Bagaimana pula jika bayi saya sudah keliru puting?

Ada penyelesaiannya iaitu Terapi Rangsangan Mulut Dan Lidah Bayi, yang mana anda boleh belajar bagaimana mau keluarkan lidah bayi semula.

Copy of 3 fakta anda perlu tahu tentang demam kuning! 12769620_1050469558307099_1809619018_n

Ianya diajar di dalam EBOOK PUTING TENGGELAM BUKAN MASALAH LAGI!

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat

Latest posts by Aisyah Samat (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Set Berpantang Lengkap

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

(KLIK PADA GAMBAR)

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.