Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

June 2018 ~ School Holiday

June 24, 2018 by Blog, Nuha Parenting No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Bulan ini ialah bulan Jun dimana kali ini, kami menyambut cuti sekolah sekaligus dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas nikmat kurniaan rezeki dariNya.

Pada 20 Jun 2018 yang lalu, anak saya Nuha Areefa telah mencecah umur 6 tahun 4 bulan.

PAST YEAR BACK~MY HOMESCHOOLING JOURNEY NUHA AREEFA

PENCAPAIAN SEKARANG TAHUN 2018

Disini saya ingin memorikan pencapaian anak saya serta kenangan bercuti kami sekeluarga sebagai memori indah untuk rujukan di masa akan datang.

1) Nuha telah memasuki Kelas English Cambridge pada usianya 5 tahun 10 bulan (Awal Januari 2018). Beliau bermula dengan level Pre-Starter dan telah berjaya menghabiskan level ini selama 6 bulan saja.

Pada Jun 2018, beliau telah memasuki level Starters di usia 6 tahun 4 bulan. Jika secara normal, level Starters sesuai untuk kanak-kanak usia 7-8 tahun.

Buku Pre-Starters

Buku Starters

Pre-test yang Nuha ambil pada 23 Jun 2018

Pada cuti sekolah kali ini, kami banyak menghabiskan masa ke Komtar Dome, Penang dan Aeon Mall.

Kami bertiga, saya dan anak-anak (Nuha Areefa dan Umar Furqan)

Nuha dan Umar di Aeon Mall

Kami bermain di Komtar Dome, Penang

Saya dan Nuha di cermin “ajaib”

Nuha dan Umar membaca buku di Aeon Mall Library

Nuha lukis gambar kami sekeluarga dan dia ajarkan Umar menyebut perkataan-perkataan yang dia tuliskan.

Nuha bermain snow ground dan snow slides di Aeon Mall

 

Nuha juga belajar buat Banana and Chocolate Chip Muffin with Walnut.

InshaAllah, pada Disember tahun ini. Anak saya akan menduduki Exam Communication Skill di Penang. Examinar dari UK.

Exam ada 4 slot iaitu Introduction (memperkenalkan diri), Nuha perlu komunikasi dengan juri (hakim), bercerita tentang “her favourite toys” dan slot terakhir ialah perform short stories.

Video dibawah ialah Nuha praktis untuk slot ketiga.

In homeschooling journey, work hard and your percentage of “lucky” is high.

Untuk pelaburan homeschooling anak-anak.

Pada 5 tahun lepas, saya menghadiri lebih dari 10 seminar parenting, membeli dan membaca banyak buku parenting dan homeschooling, kemudian konsisten bereksperimen setiap hari di mana buat dan sentiasa adjust.

Sampailah sekarang, saya sudah tidak lagi ke Seminar melainkan seminar parenting 3 mentor utama saya iaitu Puan Lina Karim (Islamic Parenting Network), Puan Siti Rohana (Early EduKids) dan Puan Fadilah Nur (Pengasas homeschooling dan flexischooling).

Sehingga sekarang, saya masih follow rapat-rapat mereka dan mesej mereka jika ada masalah, membaca buku parenting dan merujuk pada nota parenting 5 tahun lepas serta membaca buku Robert Kiyosaki berkaitan parenting dan homeschooling.

Disamping terus mengajar anak menghafal AlQuran (surah Juzuk Amma), Tadabbur Daily, riadah harian setiap pagi, memberikan 3 muka surat soalan Mental Arithmetic sebelum saya ke sekolah (bekerja) dan menyemak latihan Nuha pada malamnya, serta aktiviti hujung minggu seperti drawing dan art (bahan-bahan saya beli di Mr Diy).

Perancangan seterusnya saya mahu memasukkan ilmu Sains pada anak saya dan kemudiannya mengaitkan dengan ayat Al-Quran yang sudah beliau hafal.

Dalam parenting, saya percaya. “Action speaks louder than words”.

Semoga Allah memudahkan urusan saya.

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.